Monday, 25 July 2016

Hidup matrik memang kejam!!

Assalamualaikum....

Dah 3 tahun lebih aku tinggalkan hidup matrik.. hidup kat matrik memang kejam..kejam sebab sampai la ni..aku masih tak boleh lupakan segala pahit manis belajar kat matrik.. dan aku rasa..semua yang pernah belajar kat matrik setuju dengan penyataan aku ni.kan? Kan?

Dekat matrik ni la aku jumpa siapa kawan.. siapa gunting dalam lipatan.. siapa yang tak pernah putus bagi sokongan.. walaupon setahun je belajar kat matrik..tapi sampai sekarang hubungan persahabatan tu terus mewangi seolah olah kami dah lama kenal... dan aku tak akan jumpa orang yang sama macam diaorang..

Aku ada kembar. Tapi regulation kat matrik ni, kembar memang tak boleh duduk satu block.. masa mula mula masuk aku okay lagi..dah masuk fasa hujung sem 1 aku dah jadi PATI kat bilik yana..haha.. ada sebabnya aku buat macam tu.. tapi ketiga tiga roommate aku paham.. (I guess)  sejak tu lah aku rapat dengan rommate yana..dan rapat ngn budak budak floor tu haha..

Mula mula memang kelakar..sebab banyak classmate aku satu block dan satu floor dengan kembar aku ni.. dan dierang tak pernah tahu aku ada kembar.. ( aku memang tak pernah bagitahu tiap kali introducekan diri kat kelas)  istilah sombong tu memang dah biasa kene.. last last terbongkar jugak..

Sejak aku pindah senyap2x kat bilik yana ni la..aku jadi sangat sangat rapat dengan roommate dia.. pika, tasya and su ;) macam macam ragam ada.. bilik ni la yang paling kecoh paling giler, paling bising kat floor ni hahaa.. kiteorang penah main air kat bilik air (serius macam budak budak main simbah simbah balas demdam haha) masa tu dah lewat malam.. orang lain semua tengah sibuk study sebab dah nak final exam (budak matrik panggil pspm1) tapi kiteorang boleh buat keje gila ni macam orang kene histeria kat dalam bilik air haha.. yang paling kelakar tu..akibat terlampau bising sangat sampai ada lecturer intai kiteorang. Bukan intai sebenarnya tapi dia tengok lah check bunyi bising tu.. apa lagi kiteorang terus lari menyorok dalam tandas dengan baju basahnya..haha.. masa tu memang dah tak peduli la apa budak floor cakap.. (ala dierang pon paham..dah nak exam kan jadi tu la salah satu nak bagi hilang stress kejap haha..)

Lagi satu kiteorang penah pergi blok lelaki..malam malam pulak tu dengan pakai telekungnya.. semua gara gara pintu bilik terkunci.. so sarunglah telekung surau gi minta kunci kat felo blok budak laki.. (mengadakan masa tu ) last last lepas punya la lama kiteorang meronda belakang blok lelaki..akhirnya felo tu suruh minta kunci pendua tu kat felo blok kiteorang jugak haha..( nampak tak permainannya disitu) serius memang aku malu dengan perangai aku yang dulu.. lagi satu aku ingat lagi kiteorang masuk taman permainan budak budak kat rumah lecturer.. kiteorang main buaian kat situ dengan hujannya..haha..dah lah esok ada muet.. tak ke gila?  Last last kene marah dengan sorang lecturer tu.. kebetulan rumah lecturer BI tu kat situ.. memang kene habis la.. hahaha.. aku x bole lupa sampai sekarang..

Lagi satu ada jugak kenangan pahit.. aku memang tak berapa rapat sangat dengan budak kelas aku.. hanya 3 orang je yang aku rapat..tu la kawan susah senang.. aku pernah kene fitnah dengan kawan sendiri.. sampai aku terasa dipulaukan.. tapi kawan aku 3orang ni la yang selalu dengan aku. Dan kiteorang sekepala sangat :) selalunya kalau study week aku ada 2 group. Satu group burung hantu, satu lagi group siang la kan..  serius waktu matrik ni la secara automatik kau akan jadi seorang yang sangat rajin.. masjid, libry, tepi koop, dataran, susur gajah semua penuh dengan budak budak study group. Kadang kadang kene pergi awal sebab nak cop tempat, cop meja , cop papan hitamla.. aku ingat lagi masa study group kat masjid masatu hujan lebat giler..dan dah malam..rule kat matrik pukul 11pm (x silap aku la) dah kene balik bilik. Setiap pukul 11pm akan ada pakgurd meronda menghalau budak budak ni balik bilik..oleh sebab kiteorang geram kat pakcik ni..kiteorang buat tak nampak pak guard tu yg dari tadi dok menjerit suruh kiteorg balik..kesiann pakcik tu basah kuyup nak suruh kiteorang balik.hahah.. (degilnya aku dulu!!)

Tipu kan kalau kat matrik tak pernah ada kes cinta kan? Apa taknya semua sebaya..tapi mujur aku tak terpedaya.. tipu la kalau tak ada orang yang nak berkawan tapi masa tu aku memang akan jauhkan diri dari sesiapa je yang cuba nak berkawan. kenapa? Sebab aku rasa hubungan tu tak bawa kemana pon. Malah menambahkan dosa ada la.. sampai sekarang pon memang susah nak ada perasaan. lagi lagi kalau budak masjid.. bukan tujuan aku nak memburukkan tapi kebanyakan yang aku jumpa semua cuma jadikan agama untuk tutup maksiat. Aku tak setuju woii! Dan aku sangat anti dengan orang macam ni..faham agama tapi..hmmm entahlah.. aku pon jahil jugak.. aku harap kita sama sama berubah. Tapi tak semua macam tu.. ada satu kes kat matrik aku ni. Tup tup ada sorang budak perempuan ni disunting dan bertunang..padahal dieorang tak pernah bercakap pon..cuma dalam diam diam budak laki tu berkenan dan kumpul duit lastly jumpa mak ayak perempuan tu..(ini kisah benar weii )

Okay gi cerita lain pulak.. kalau nak tahu kat matrik ni la aku lalui macam2 pengalaman.. nak kene hadap lecturer gatal, duit pernah kene curi waktu bulan puasa plak tu..(hujung bulan plak tu..adoyaiii hanya Allah yang tahu susah macammana ), pernah ada case sampai gaduh besar satu floor..haishhh macam macam lagi la.. kene kacau dengan mahluk halus tu memang dah tak rare dekat matrik aku ni.. kalau malam malam tu ada tempat larangan yang pak guard akan ronda utk pastikan x ada student study kat situ.. korang bayangkan kat dalam masjid pon selalu sangat ada jin ni buat kacau.. sampai kadang kadang kiteorang dah jadi terbiasa kalau dengar orang histeria terjerit terlolong malam malam.memang keras matrik aku ni..termasuklah bilik aku.

Meh aku cerita satu. Blok yang aku duduk ni memang antara blok yang keras.. (toksah cakap la blok apa kang kesian adik2 yang bakal masuk ni) aku masa mula mula masuk matrik ni tak pernah tahu or amik tahu pon pasal cerita mistik macam ni.. dan aku sangat rajin klua malam sesorang pergi ziarah adik aku (ziarah sangat makcikk nii) kadang pergi bilik study. So roommate aku ni sangat 'care' pasal aku.. tiap kali lepas solat aku biasanya akn duduk lama kat sejadah tiap kali tu la dia akan tanya "alia okay?"  Banyak kali la dia ulang tabiat tu..pastu baru la dia buka cerita. Dia nasihatkan aku supaya
Janganlah jadi forever alone. Sebab dia selalu tengok aku sesorang..pendiam pulak tu.. dan 'benda' tu pulak memang suka orang macam ni. Sejak tu aku memang tak berani kelua lewat malam nak beli air gedegang ke..nak gi bilik study sesorang ke.. memang tak!  Pernah masa tu bilik kiteorang dah banyak kali benda tu munculkan diri..dengar suara la..haishh sapa yang tak takut.. so kiteorang decide nak azan bilik tu.. lepas solat johor , eh johor pulak dah **solat zohor** berjemaah kiteorang pon nak azan..tapi malangnya tak ada sesiapa pon yang volunteer nak azan.. aku suruh kau, kau suruh dia, dia suruh awak, awak suruh kita??  Akhirnya decide guna phone je la.. pastu nak bagi azan phone tu gema kuat sikit so roommate aku ni pergilah amik teko yang ala besi tu.. dalam kotak yang memang khas kteorang sediakan utk barang dapur kat situ..atas kotak tu memang ada cermin memanjang dilekatkan kat dinding.. tiba tiba roomate aku tu amik teko dan terus nangis.. aku dah seriau dah masa tu..w/p kejadian ni waktu siang tapi naik bulu roma.. lepastu dia bukak cerita, rupanya masa dia amik teko tu dia nampak lembaga tu kat cermin dengan jelas sedang gelakkan kiteorang..  moral of the story kalau nak buat sesuatu benda tu kene yakin! Ni tidak, boleh bergaduh nak suruh azankan bilik haishhh...memang padan la kene gelak dengan syaitoonnn ni..

Satu lagi kes masa lepas habis majlis annual dinner. Matrik kiteorang ni memang dah banyak kali blackout..kadang2 mcm ikut turn blok c, d, e.. satu malam tu lepas annual dinner tiba tiba satu blok e ke f aku tak ingat. Tapi salah satu blok tu black out. So dalam bilik yang tgh blackout tu 4 roommate ni sibuk ber selfie, berwefie dengan guna flash la kot..sebb gelap kan.. tiba tiba orang yang ambik gambar tu menjerit lari kelua bilik.. yang  lain semua kejar la..takut, pelik..apehal minah ni? Nak dipendekkan cerita masa dia amik gambar dia nmpak dalam kamera tu ada 'benda' pon nak menyelit jugak.. x ke dia terkejut, terkujat..semua ada.. itu pon ada moral jugak.. first skali pakailah pakaian tutup aurat walau nk nampak cantik g annual dinner, pastu jangan tabaruj , then jganlah over berselfie sangat ..tempat gelap pon nak selfie..adoyaii

Pada malam yang sama tu jugak ada kes budak lelaki masuk bilik perempuan. Aku tak nak ulas panjang panjang sebab dah jadi kes polis pon.. satu je aku nak pesan ko dah besar dah boleh fikir baik buruk. Mana kawan yang bawak pengaruh tak baik tak payah la ikut.. mana jantan jantan yang nak rosakkan kan kau tu..tinggalkan lah.. malu woii kat budak non muslim! 

Bercakap pasal budak non muslim ni. Aku teringat kisah ni waktu study kat matrik dulu..nama dia michael.. dia budak kos akaun. Memang diverge dari kos aku. Aku kenal pon sebab ada member aku ni syok sangat kat dia..maksud aku admirer giler kat dia. Orangnya memang ada rupa..nampak baik dan sangat rajin woii. Apa tak nya,  tiap kali pagi lepas subuh dia dah ada study sesorang kat meja tepi koperasi tu. Memang tu spot dia..kalau nak pergi masjid memang akan lalu koperasi.. sebelum ni kalau aku pergi study kat masjid tak pernah perasan lansung pon dia. Walaupon dia sesorang je kat situ . (Sebab selalunya pagi pagi ni tak ramai orang pon lagi) Memang aku tak pernah amik peduli. Tapi sejak kawan aku ni asyik dok puji melambung pasal dia ni..rajin study la..sampai kawan aku ni dah boleh hafal time bila si Michael ni study. Eh dulu kalau kiteorang nak gosip pasal dia kiteorang guna nama samaran mikhail. (Dengan harapan semoga dia masuk islam suatu hari nanti haha) so sejak tu aku kenal dia.. dan dia pon lama lama perasan lah kat kiteorang bertiga ni.. apa tak nya, tiap kali lalu kwan aku ni buat macam2 nak  bagi hint la kat si mikhail ni.. tapi lain plak jadinya. Niatnya cuma aku nak tolong kawan aku tapi.. Hmmm tak payah cerita la apa jadinya..(akhirnya tak bawa ke mana pon..lepas habis matrik memang terus hilang macam tu je.) Memang aku pernah ada perasaan 'sikitlah' kat dia..tapi aku lagi sayang kawan aku ni.. aku waras lagi okay!  Dan kiteorang pon x pernah memulakan apa apa, apatah lagi nak kenal..aku mula jauh kan diri dari dia, saat dia mula nak berkawan dengan aku. its the best step ever! (Fb dia pon aku unfriend!)

Okay next cerita pasal roomte classmate tu aku pernah ceritakan dalam entry sebelum2ni.. yang pasal gaduh besar satu floor tu pon sampai sekarang aku tak boleh lupakan.. disebab kan incident tu lah aku down giler..sebab incident tu berlaku sehari sebelum ujian (bdak matrik panggil UPS) result aku jatuh teruk..malam sebelum exam aku nangis teruk..lepas dapat result pon aku nangis terok giler.. mana tak nya, aku punye pointer dari 3.5 jatuh terok tinggal 1. Something je..tahu takk!! Sampai sekarang aku tak boleh lupa! Satu benda aku belajar, dalam hidup ni, kita memang tak boleh puaskan hati semua orang, so, kita nak dengar cakap orang pasal kita or kita nak pikir nilaian Allah terhadap  kita. Betul tak? Dan tolong lahhhh
Kalau aku ada buat silap janganlah letakkan khilaf aku tu pada tudung labuh yang aku pakai or pada agama aku! Kalau aku buat silap, tu sebab silap aku bukan agama aku. So tak payah lah sarcastik sangat cakap " harap tudung je labuh tapi hati hitam"  hakikatnya biar Allah je la tahu perangai kau. Sebab aku tak pandai nak nilai orang macam kau nilai aku..oh yeahh! Semoga kau bahagia :)

Dalam 1 tahun..macam macam suka duka yang aku tempuh..macam macm orang yang aku jumpa. Yang menyebabkan aku berjaya habiskan matrik dengan jayanya (jaya ke? Hohohh) adalah kawan kawan aku yang sentiasa sokong dan doakan aku..thanks korang ;)

No comments: