Friday, 8 April 2016

Boleh ke aku Ya Allah?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. Tunjukkan lah aku jalan ya Allah.. Beri aku kekuatan untuk melawan nafsu kejahilan atas kelalaian ku ini.. Jadikanlah aku hambamu yang bersungguh-sungguh dalam berdoa meminta kepada mu, bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu, bersungguh -sungguh dalam hijrah menjadi hamba mu yang lebih baik, menjadi anak yang lebih baik, menjadi hubban limaanan..

Ya Allah, kau kurniakanlah kepada kami sebaik baik jalan.. Sesungguhnya engkau maha sebaik baik perancang.. Jadi kan lah kami hamba mu yang berlapang dada, dan sabar dalam apa jua perkara yang kau rancangkan untuk kami.. Kami mohon agar kau beri yang terbaik untuk diri kami, untuk keluarga kami, serta untuk agama kami..

Ya Allah.. Aku nak jadi anak yang baik.. Semoga kau buka kan hati ayah dan ibu untuk terima keputusanku..seandainya itu yang terbaik. Dan sekiranya ada peluang yang lebih baik, ada jalan yang lebih mereka redha, maka kau lapangkanlah dadaku dalam penantian menanti peluang yang terbaik itu datang. Kau lapangkan lah dada ku untuk melepaskannya agar aku lebih dekat dengan mu YA Allah..membawa bersama barakah dan redha ibu ayah.. Sesunguhnya aku tahu, redha mu ya Allah terletak pada redha orang tua ku..

Ya Allah, aku mohon kau tunjukkanlah aku jalan...aku amat berharap dapat gembirakan hati ibu dan ayah ku, di samping dapat menjadi sumber inspirasi, sumber kekuatan semangat buat adik adik ku..

Ya Allah, tuhan yang maha kaya, lagi maha permberi rezeki, kau lapangkanlah rezeki buat ibu dan ayah ku.. Sesungguhnya mereka orang yang paling banyak berkorban, berhempas pulas mencari rezeki, menebalkan muka meminta, hanya untuk lihat kami adik beradik meneruskan pengajian kami.. Terlalu besar ihsan dan pengorbanan mereka ya Allah.. Aku tak nak hampakan mereka.. Sesungguhnya kejayaan ku nanti adalah kejayaan untuk mereka. Maka aku mohon kau kurniakanlah kejayaan keatas kami, agar ibu dan ayah gembira..

Ya Allah,ya rab.. Kau kurniakanlah kebahagian didunia dan diakhirat buat ibu dan ayahku..haramkanlah tubuh mereka dari seksaan azab api neraka, kau ampunkanlah segala dosa mereka sepanjang hayat mereka, kau terimalah taubat dan amal ibadah mereka, kurniakan lah kepada mereka kemanisan iman, masukkanlah mereka ke syurgamu tanpa dihisab..sesungguhnya tak terbalas pengorbanan dan ihsan mereka terhadap kami adik beradik.

Oleh itu aku mohon ya Allah, berilah aku kekuatan dalam melayari sisa sisa akhir bergelar mahasiswa yang penuh dugaan.. Serta berilah aku kesempatan untuk menghadiahkan ibu dan ayah ku segulung ijazah kejayaan.. Dan jadikanlah kami anak anak yang soleh dan soleha untuk mereka ..

Amin..

Amin..