Monday, 22 February 2016

Meniti detik terakhir dia

Assalamualaikum..

Dapat khabar berita pasal seorang sahabat.. Sedih sangat..  Nur hakimah binti hasbullah..pernah jadi roommate masa sem 4. Seorang yang sangat sangat menjaga solat.. Sentiasa solat di awal waktu.. Jaga wuduk..seorang yang sangat tertib..sopan bicaranya.. Senyuman tak pernah lekang..

Agak sedikit terkilan..masa pergi melawat dia cuti sem hari tu..ada hajat dia yang tak dapat dipenuhi.. Kimah nak sangat pergi bendang dengan kawan kawan dia walaupon berkerusi roda. Tapi sebab kesihatannya yang tak mengizinkan..ayahnya tak benarkan.. Kami pon faham.. Cume tu la.. Agak terkilan..

Malam tu sampai sampai je rumah hakimah.. 'Mama' jamu makan laksa lepastu kiteorang berborak lama dengan kimah..macamacam la kiteorang cerita. Tidur kat rumah kimah best giler.. Buat orang teringat suasana rumah atok.. Tidor ramai ramai atas toto.. 'Mama' siap sediakan air masak kat bilik atas sebab takut kiteorang haus..tuala diberi, memang kiteorang dilayan macam anak raja..tapi yang terkilannya..kiteorang sedap sedap tidor kat bilik atas.. Tak tahu pulak kimah tak boleh tidor malam tu.. Sampai ke subuh.. Mama dengan abah die yang jaga kimah kat bawah..  Terasa macam " aishhh kawan apa la aku ni, tak ada waktu dia memerlukan :'( "

Pagi tu baru dia bagitahu dia tak boleh tidur..dia muntah muntah..dia mengadu sakit.. allahu.. Kuat nya dia ya Allah.. Walaupon keadaan kimah macam tu tapi still boleh senyummm.. Pagi tu kiteorang bacakan yassin untuk hakimah, pastu mama ada ajar macam mana nak buat urutan fisioterapi kat kimah bagi darah jalan.. Kiteorang pon buat kat kimah.. Masatu nampak macammana mama tabah, kuat jaga kimah.. Lepas solat zohor, kiteorang makan ramai ramai. Kimah pon join walaupon makan atas katil..dia sanggup tggu kiteorang habis solat baru dia jamah nasi..  Sblom makan tu, syifa ngan zuraidah sanggup amik movie dilwale kat rumah basirah sebab kimah kata die teringin nak jalan jalan tengok wayang citer tu dengan kawan ramai ramai.. So lepas makan kiteorang tengok la cerita dilwale tu kat laptop kimah..tgok ramai ramai macam tgok wayang tu..haha.. Ya Allah rindunya..='(

Sekejap jer masa berlalu..macam tak percaya hakimah dah tak ada.. Sebenarnya saat entri ini ditulis ianya hasil sambungan dari draft diari yang ditulis sebelum ni..tapi tak di'publish'kan sebab terlalu banyak perkongsiaan yang nak ditulis waktu kami melawat hakimah cuti sem yang lepas..tapi akhirnya end up dengan 'draft' dengan niat dan harapan nak jenguk hakimah lagi..nak bawak dia jalan gi bendang.. Then baru sambung penulisan ni.. Tapi rancangan Allah lagi maha hebat..lagi maha bijaksana. Allah lebih sayangkan hakimah..

jadi sebak.. Dua waktu yang berbeza. Situasi yang berbeza tapi masih dengan kenangan yang sama.. Hari jumaat pagi tu kiteorang bertolak ke rumah hakimah.. Semuanya ada hikmah..plannya nak pergi hari sabtu..sebab semua tengah ada masalah transport dengan duit poket. Jadi tunggu duit elaun masuk..tapi x tahu kenapa. Rasa tak sedap hati, lagipon jumaat hari yang baik..tak tahu nak explain macammne..tapi memang nak pergiiiiii sangattt tengok kimah.. Dah tak fikir dah duit ke, assaignment ke, yang penting nak pergi jugak.. Malam sebelom nak pergi tu dapat berita pasal keadaan kimah.. Yang aku terkilannya ada jugak yang bila diajak pergi melawat dierang cakap " kenapa? Kimah dah teruk sangat ke??" ya allah.. Aku diam je..tak kata apa..tak nak paksa..

Malam tu semua dah rasa tak sedap hati.. Semua menangis..mcam nk bertolak jugak mlm tu.. "Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami" Alhamdulillah.. Dalam pukul 12 kiteorang sampai..hanya Allah yang tahu perasaan ni bila masuk masuk je pintu tengok keadaan kimah.. Kiteorang masuk jumpa dan salam mama. Mama kt dapor masatu.. Dia nampak kiteorang dia terus peluk sebak tak kata apa.. Mungkin sebab kiteorang baya baya kimah..mama dah cuba tahan supaya tak menangis tapi akhirnya jatuh juga air mata seorang ibu..  Hanya Allah yang tahu perasaan waktu itu..

Paling tak boleh lupa bila abang kimah, abah kimah sempat ajarkan kimah mengucap sebelum pergi solat jumaat..  Mungkin doa seorang ayah..kimah dikembalikan semula kepada penciptaNya lepas solat jumaat..  Nampak raut wajah ayah hakimah tenang je..redha dengan pemergian hakimah. Hakimah pergi waktu orang selesai solat jumaat, suasana berangin tak panas macam sebelom ni.. Mungkin petunjuk dari Allah.. Hamba Allah yang baik pasti pengakhirannya pon baik.. Subhanallah..

Aku tak pernah merasai situasi bila orang yang kita rapat, sayang menghembuskan nafas terakhir depan mata sendiri..  Mungkin ini ingatan dari Allah buat hamba yang mudah lupa seperti aku..

Semoga roh NUR HAKIMAH BINTI HASBULLAH dicucuri rahmat mu ya Allah serta diampunkan dosa dosanya sepanjang hayatnya didunia.. dia kawan yang baik ya Allah..dia yang rajin ajak solat berjemaah.. Aku rindu ya Allah, rindu bila dia tepuk perlahan bahu ku..untuk solat berjemaah.. Rindu saat dia share pasal ujian hidup dia.. Rindu senyuman dia, rindu tutur bahasa dia yang sopan.. Cume aku je Ya Allah.. Yang tak pernah bersyukur dengan kurniaan seorang sahabat untuk hadir seketika dalam hidup aku.. Biar pon hanya seketika, tapi rindu akan kebaikannya itu selalu ada..

Alfatihah..