Sunday, 31 January 2016

Teguran


Bukan senang nak terima teguran kan?
Nak tegur kesalahan seseorang pon bukan mudah..lagi lagi kalau itu kawan kita..orang yang rapat dengan kita..

Untuk awak yang menegur :)

Mesti selalu tye soalan ni kan..

"macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa. Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa. FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa dan terasa itu tanda hati hidup!

Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!

Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.

Nabi Zakaria di gergaji.

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.

Nabi Musa di buru oleh Firaun.

So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa? Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

Tegurlah..Jadilah sahabat syurga untuk dia.. In shaa Allah..Allah akan buka kan pintu hatinya..berdoalah..

Untuk kamu yang menerima teguran pulak :)

Cara kita hadapi teguran itu ada dua..positif dan negatif. Teguran itu bukan untuk mencari kesalahan..tapi untuk memperbaiki diri.. Bile kite di tegur, jangan tanya aku salah ke? Aku buat silap ke? Itu mindset negative namanya.. Seperti merendah kan diri.. Terlalu ekstrem mencari kesalahan diri, lantas bila ada mindset yang negatif, kita akan down.. Susah menerima kebenaran dan teguran.. Betul x?  Sebaliknya tanyakan pada diri, apa perlu aku buat..untuk perbaiki diri.. Untuk mencantikkan situasi..   Itu positif..mind set yang positif akan memotivasikan diri untuk memperbetulkan kesilapan..In shaa Allah.. lahirlah tindakan atau action yang positif.. Hati lebih terbuka untuk menerima teguran bila mindset kita positif.

Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

1. ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

2. ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?

Wallahhualam..
Wassalam :)

Saturday, 30 January 2016

Tunang

Assalamualaikum

Pagi ni dpt sharing dri group wassap pmim. 

 Assalamualaikum...sedikit perkongsian...Tunang... Tunang adalah waktu kita dan dia berkenalan... ramai yg hanya mengambil pandangan tunang hanya sekadar "cop" dan dh boleh testing ajak keluar, wassapp2... Islam memberi peluang kpd dua insan berkenalan dn jika dirasa tidak sepadan... boleh saja ditolak... tunang bukan tittle yg sgt mulia... cuma proses ke arah yg lebih mulia...kesilapan org bertunang juga ialah dicanang2kan kpd org ramai... org skrg anggap tunang tu satu yg special dn xleh putus... klu putus habis jiwanya... jangan salah anggap...

Jdi nasihat saya... umur kita ialah umur yg sesuai ntuk proses ini jka dh bersedia... bila hati mudah jatuh cinta maka perlu persediaan kearah ini... duit, study semua kita kena serah pda Allah dlm erti kata lain bersedia dn berserah... dh boleh mula study ilmu2 perkahwinan terutama perempuan sbb bgi saya rugi umur sepatutnya kamu boleh kahwin kamu kaburkan dgn study... atleast studylah pasal ilmu rumahtangga...
Bgi lelaki... saya tahu jiwa anda... saya juga lelaki... byak benda yg nk kita buat... tpi jgn terlalu dikejar nnti hati bercintakan dunia... bila kahwin kamu boss aka ketua keluarga.. bila rasa dh bersedia.. pinanglah dgn cara Rasulullah... jika ditolak itu biasa... shbt Rasulullah Salman Al-farisi juga pernah ditolak... balik study sirah... perempuan pun klu rasa berkenan kt sesiapa... tanya ja kekosongan... plan setahun dua lgi kahwin.. jdi seperti Saidatina Khadijah... wanita mulia bertakhta dihati sang Nabi... jgn malu jgn segan...
Sory mengganggu kamu semua tpi ini antara perkara yg bermain dlm hati seumur2 kita... ada yg ambik mudah ada yg rugi pasal ini... apa2 pun saya doa kalian dpt jodoh yg hatinya bertakhtakan Allah...




Monday, 25 January 2016

Be strong nana! !

Be strong nana!! Sakit tu ujian dari Allah..

Aku x sangka kali ni terjadi kat orang yang palinggggg rapat dengan aku.. Memang sebelum ni, aku dikelilingi kisah kawan kawan yang ada diantara dierang atau keluarga dierang yang diuji Allah. Seolah olah Allah nak beri petunjuk..

kali ini orang yang palingggg rapat dengan aku pula yang diuji..

" nana sakit. Doktor cakap, ada ketumbuhan..Ketumbuhan tu semakin membesar"

Allahu, hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu, bila ibu bagitahu aku..

Aku takut..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kau nana, dan dikurniakan kesihatan yang baik.. In shaa Allah.. Banyak kan berdoa.. Kita sama sama doa..

Nana, aku just nak pesan..jangan terlalu berahsia dengan aku..im your sister.. Aku sedih sebenarnya bila kau tak bagitahu aku yang kau sakit..sejak matrik kot..kau diamkan aje.. Kalau lah kau rasa benda ni buat aku rasa terbeban atau risau..kau silap.. Kita kan dah lama buat benda semua sama sama. Aku sebenarnya tunggu je bila kau nak cerita kat aku..sebab tu aku buat buat tak tahu.. Aku tak nak desak kau..tapi aku nak kau jangan lah lagi rahsiakan apa apa lagi kat aku.. Sekarang pon kita dah tak selalu jumpa.. Study pon tempat lain lain..masa tu tak sama macam dulu..im really miss you.. 

Kau tahu tak nana, hidup kita ni singkat je.. Jangan sia siakan waktu yg ada ni.. Kita yang kene pilih untuk bahagiakan hidup kita atau sebaliknya. Bahagiakn diri kau dulu..jangan asyik fikir nak bahagiakn hidup orang lain sampi lupa untuk bahagiakan hati sendiri.. Kau tak boleh jadi aku.. Aku pon tak boleh jadi kau.. Just be your self.. Aku sayang kau.. Aku tak suka bila kau cakap nak jadi macam aku.. Sedangkan dalam hati aku..aku nak jadi macam kau..  Teruskan jadi diri kau.. Youre already have the beauty inside yourself.. You should appreciate yourself more than i do..

Dah banyak ujian yang kau lalui..kisah kau buat aku sedar..walaupon aku kakak..tapi youre more stronger than me.. Sebab tu Allah pilih kau..setiap kali kau rasa sedih, rasa keseorangan kau ada aku.. Ingat tu! Dan yang paling penting.. Kau ada Allah..

Lagi satu hal! Kawan aku..kawan kau jugak.. Janganlah rasa sedih..kau tahu tak, semua kawan kawan aku kat sini teringin nak jumpa kau..kau jangan lah sedih bila rasa lonely kat sana..kawan aku kawan kau..aku tak suka bila kau cakap "kau tak pe lah kakak kau ade geng kau..kawan kau." Oi mak cik! Kawan aku kawan hang jugak..dierang semua kenal kau.. In shaa Allah, nanti kita jumpa ramai ramai..  

Ingat lagi tak dulu kita janji..kau nak jadi ahli mikrobiologi..aku pulak minat nak jadi ahli botani..walaupon sekarang impian tu macam tak akan tercapai sebab study pon amik course lain..tapi ingat the first real our intention kenapa kita pilih cita cita tu.. 

Ya sebab kita nak teroka bidang tu.. Yang buat kita semakin dekat dengan Allah..sekarang pon walaupon dah berlainan cita cita.. Selagi kita hidup berlandaskan agama yang Allah redha.. In shaa Allah..hidup kita pasti bahagia.. Dont give up okay! Aku nak kau datang waktu aku convo.. Dan aku pon nak tengok kau convo nanti :) jangan sedih kalau aku convo dulu.. Sebaliknya apa yang aku dapat nanti tu semua untuk kau juga.. Cheer up! Gain your spirit.. Ingat Allah , ibu, ayah.. Aku happy giler bile tengok kau berjaya kat matrik, aku senang hati bila tengok kau gembira, Aku bahagia..bila tengok kau bahagia..so, bahagiakan diri kau kalau kau nak tengok aku bahagia.. 



Monday, 11 January 2016

Aku lupa

Kadang kadang kite lupe untuk mendoakan orang lain..kite lupe apa yg kite miliki sekarang pon semua berkat doa dari insan lain.. Kite lupa walau sebesar apa pon dugaan..tak boleh dibanding dengan kuasa Allah yang maha besar..maha mengetahui maha bijaksana..teruskan berdoa kerna tiada apa yang mustahil dengan kun fa ya kun Allah.. Bersyukurlah atas setiap yang kita miliki dalam hidup kita, kerna masih ada insan lain yang berjuang untuk hidup..doakan mereka. Kuasa doa itu tersembunyi tapi magikal. Hanya perlukan spirit keyakinan yang penuh kebergantungan sebagai hamba kepada tuhannya.. Cepat atau lambat..pasti Allah akan beri yang terbaik..keep praying :)

Terima kasih ya Allah beri aku peluang untuk bertemu dengan sahabatku.. setelah bekali kali tertangguh. Sesungguhnya Engkaulah sebaik baik perancang..

Wahai tuhan yang tak pernah mengecewakan kami, kabulkan lah doa kami, kabulkan lah doa orang tua nya, kabulkanlah doa orang yang menyayanginya, sembuhkan lah dia.  Sesungguhnya, Engkau lah yang memberi penyakit sebagai ujian untuk hambamu, dan kau jualah yang memberi penyembuhan atas segala kesakitan..
Sayangi mereka ya Allah.. Jadikanlah kami hamba mu yang tak pernah putus berdoa kepada mu..