Monday, 25 July 2016

Hidup matrik memang kejam!!

Assalamualaikum....

Dah 3 tahun lebih aku tinggalkan hidup matrik.. hidup kat matrik memang kejam..kejam sebab sampai la ni..aku masih tak boleh lupakan segala pahit manis belajar kat matrik.. dan aku rasa..semua yang pernah belajar kat matrik setuju dengan penyataan aku ni.kan? Kan?

Dekat matrik ni la aku jumpa siapa kawan.. siapa gunting dalam lipatan.. siapa yang tak pernah putus bagi sokongan.. walaupon setahun je belajar kat matrik..tapi sampai sekarang hubungan persahabatan tu terus mewangi seolah olah kami dah lama kenal... dan aku tak akan jumpa orang yang sama macam diaorang..

Aku ada kembar. Tapi regulation kat matrik ni, kembar memang tak boleh duduk satu block.. masa mula mula masuk aku okay lagi..dah masuk fasa hujung sem 1 aku dah jadi PATI kat bilik yana..haha.. ada sebabnya aku buat macam tu.. tapi ketiga tiga roommate aku paham.. (I guess)  sejak tu lah aku rapat dengan rommate yana..dan rapat ngn budak budak floor tu haha..

Mula mula memang kelakar..sebab banyak classmate aku satu block dan satu floor dengan kembar aku ni.. dan dierang tak pernah tahu aku ada kembar.. ( aku memang tak pernah bagitahu tiap kali introducekan diri kat kelas)  istilah sombong tu memang dah biasa kene.. last last terbongkar jugak..

Sejak aku pindah senyap2x kat bilik yana ni la..aku jadi sangat sangat rapat dengan roommate dia.. pika, tasya and su ;) macam macam ragam ada.. bilik ni la yang paling kecoh paling giler, paling bising kat floor ni hahaa.. kiteorang penah main air kat bilik air (serius macam budak budak main simbah simbah balas demdam haha) masa tu dah lewat malam.. orang lain semua tengah sibuk study sebab dah nak final exam (budak matrik panggil pspm1) tapi kiteorang boleh buat keje gila ni macam orang kene histeria kat dalam bilik air haha.. yang paling kelakar tu..akibat terlampau bising sangat sampai ada lecturer intai kiteorang. Bukan intai sebenarnya tapi dia tengok lah check bunyi bising tu.. apa lagi kiteorang terus lari menyorok dalam tandas dengan baju basahnya..haha.. masa tu memang dah tak peduli la apa budak floor cakap.. (ala dierang pon paham..dah nak exam kan jadi tu la salah satu nak bagi hilang stress kejap haha..)

Lagi satu kiteorang penah pergi blok lelaki..malam malam pulak tu dengan pakai telekungnya.. semua gara gara pintu bilik terkunci.. so sarunglah telekung surau gi minta kunci kat felo blok budak laki.. (mengadakan masa tu ) last last lepas punya la lama kiteorang meronda belakang blok lelaki..akhirnya felo tu suruh minta kunci pendua tu kat felo blok kiteorang jugak haha..( nampak tak permainannya disitu) serius memang aku malu dengan perangai aku yang dulu.. lagi satu aku ingat lagi kiteorang masuk taman permainan budak budak kat rumah lecturer.. kiteorang main buaian kat situ dengan hujannya..haha..dah lah esok ada muet.. tak ke gila?  Last last kene marah dengan sorang lecturer tu.. kebetulan rumah lecturer BI tu kat situ.. memang kene habis la.. hahaha.. aku x bole lupa sampai sekarang..

Lagi satu ada jugak kenangan pahit.. aku memang tak berapa rapat sangat dengan budak kelas aku.. hanya 3 orang je yang aku rapat..tu la kawan susah senang.. aku pernah kene fitnah dengan kawan sendiri.. sampai aku terasa dipulaukan.. tapi kawan aku 3orang ni la yang selalu dengan aku. Dan kiteorang sekepala sangat :) selalunya kalau study week aku ada 2 group. Satu group burung hantu, satu lagi group siang la kan..  serius waktu matrik ni la secara automatik kau akan jadi seorang yang sangat rajin.. masjid, libry, tepi koop, dataran, susur gajah semua penuh dengan budak budak study group. Kadang kadang kene pergi awal sebab nak cop tempat, cop meja , cop papan hitamla.. aku ingat lagi masa study group kat masjid masatu hujan lebat giler..dan dah malam..rule kat matrik pukul 11pm (x silap aku la) dah kene balik bilik. Setiap pukul 11pm akan ada pakgurd meronda menghalau budak budak ni balik bilik..oleh sebab kiteorang geram kat pakcik ni..kiteorang buat tak nampak pak guard tu yg dari tadi dok menjerit suruh kiteorg balik..kesiann pakcik tu basah kuyup nak suruh kiteorang balik.hahah.. (degilnya aku dulu!!)

Tipu kan kalau kat matrik tak pernah ada kes cinta kan? Apa taknya semua sebaya..tapi mujur aku tak terpedaya.. tipu la kalau tak ada orang yang nak berkawan tapi masa tu aku memang akan jauhkan diri dari sesiapa je yang cuba nak berkawan. kenapa? Sebab aku rasa hubungan tu tak bawa kemana pon. Malah menambahkan dosa ada la.. sampai sekarang pon memang susah nak ada perasaan. lagi lagi kalau budak masjid.. bukan tujuan aku nak memburukkan tapi kebanyakan yang aku jumpa semua cuma jadikan agama untuk tutup maksiat. Aku tak setuju woii! Dan aku sangat anti dengan orang macam ni..faham agama tapi..hmmm entahlah.. aku pon jahil jugak.. aku harap kita sama sama berubah. Tapi tak semua macam tu.. ada satu kes kat matrik aku ni. Tup tup ada sorang budak perempuan ni disunting dan bertunang..padahal dieorang tak pernah bercakap pon..cuma dalam diam diam budak laki tu berkenan dan kumpul duit lastly jumpa mak ayak perempuan tu..(ini kisah benar weii )

Okay gi cerita lain pulak.. kalau nak tahu kat matrik ni la aku lalui macam2 pengalaman.. nak kene hadap lecturer gatal, duit pernah kene curi waktu bulan puasa plak tu..(hujung bulan plak tu..adoyaiii hanya Allah yang tahu susah macammana ), pernah ada case sampai gaduh besar satu floor..haishhh macam macam lagi la.. kene kacau dengan mahluk halus tu memang dah tak rare dekat matrik aku ni.. kalau malam malam tu ada tempat larangan yang pak guard akan ronda utk pastikan x ada student study kat situ.. korang bayangkan kat dalam masjid pon selalu sangat ada jin ni buat kacau.. sampai kadang kadang kiteorang dah jadi terbiasa kalau dengar orang histeria terjerit terlolong malam malam.memang keras matrik aku ni..termasuklah bilik aku.

Meh aku cerita satu. Blok yang aku duduk ni memang antara blok yang keras.. (toksah cakap la blok apa kang kesian adik2 yang bakal masuk ni) aku masa mula mula masuk matrik ni tak pernah tahu or amik tahu pon pasal cerita mistik macam ni.. dan aku sangat rajin klua malam sesorang pergi ziarah adik aku (ziarah sangat makcikk nii) kadang pergi bilik study. So roommate aku ni sangat 'care' pasal aku.. tiap kali lepas solat aku biasanya akn duduk lama kat sejadah tiap kali tu la dia akan tanya "alia okay?"  Banyak kali la dia ulang tabiat tu..pastu baru la dia buka cerita. Dia nasihatkan aku supaya
Janganlah jadi forever alone. Sebab dia selalu tengok aku sesorang..pendiam pulak tu.. dan 'benda' tu pulak memang suka orang macam ni. Sejak tu aku memang tak berani kelua lewat malam nak beli air gedegang ke..nak gi bilik study sesorang ke.. memang tak!  Pernah masa tu bilik kiteorang dah banyak kali benda tu munculkan diri..dengar suara la..haishh sapa yang tak takut.. so kiteorang decide nak azan bilik tu.. lepas solat johor , eh johor pulak dah **solat zohor** berjemaah kiteorang pon nak azan..tapi malangnya tak ada sesiapa pon yang volunteer nak azan.. aku suruh kau, kau suruh dia, dia suruh awak, awak suruh kita??  Akhirnya decide guna phone je la.. pastu nak bagi azan phone tu gema kuat sikit so roommate aku ni pergilah amik teko yang ala besi tu.. dalam kotak yang memang khas kteorang sediakan utk barang dapur kat situ..atas kotak tu memang ada cermin memanjang dilekatkan kat dinding.. tiba tiba roomate aku tu amik teko dan terus nangis.. aku dah seriau dah masa tu..w/p kejadian ni waktu siang tapi naik bulu roma.. lepastu dia bukak cerita, rupanya masa dia amik teko tu dia nampak lembaga tu kat cermin dengan jelas sedang gelakkan kiteorang..  moral of the story kalau nak buat sesuatu benda tu kene yakin! Ni tidak, boleh bergaduh nak suruh azankan bilik haishhh...memang padan la kene gelak dengan syaitoonnn ni..

Satu lagi kes masa lepas habis majlis annual dinner. Matrik kiteorang ni memang dah banyak kali blackout..kadang2 mcm ikut turn blok c, d, e.. satu malam tu lepas annual dinner tiba tiba satu blok e ke f aku tak ingat. Tapi salah satu blok tu black out. So dalam bilik yang tgh blackout tu 4 roommate ni sibuk ber selfie, berwefie dengan guna flash la kot..sebb gelap kan.. tiba tiba orang yang ambik gambar tu menjerit lari kelua bilik.. yang  lain semua kejar la..takut, pelik..apehal minah ni? Nak dipendekkan cerita masa dia amik gambar dia nmpak dalam kamera tu ada 'benda' pon nak menyelit jugak.. x ke dia terkejut, terkujat..semua ada.. itu pon ada moral jugak.. first skali pakailah pakaian tutup aurat walau nk nampak cantik g annual dinner, pastu jangan tabaruj , then jganlah over berselfie sangat ..tempat gelap pon nak selfie..adoyaii

Pada malam yang sama tu jugak ada kes budak lelaki masuk bilik perempuan. Aku tak nak ulas panjang panjang sebab dah jadi kes polis pon.. satu je aku nak pesan ko dah besar dah boleh fikir baik buruk. Mana kawan yang bawak pengaruh tak baik tak payah la ikut.. mana jantan jantan yang nak rosakkan kan kau tu..tinggalkan lah.. malu woii kat budak non muslim! 

Bercakap pasal budak non muslim ni. Aku teringat kisah ni waktu study kat matrik dulu..nama dia michael.. dia budak kos akaun. Memang diverge dari kos aku. Aku kenal pon sebab ada member aku ni syok sangat kat dia..maksud aku admirer giler kat dia. Orangnya memang ada rupa..nampak baik dan sangat rajin woii. Apa tak nya,  tiap kali pagi lepas subuh dia dah ada study sesorang kat meja tepi koperasi tu. Memang tu spot dia..kalau nak pergi masjid memang akan lalu koperasi.. sebelum ni kalau aku pergi study kat masjid tak pernah perasan lansung pon dia. Walaupon dia sesorang je kat situ . (Sebab selalunya pagi pagi ni tak ramai orang pon lagi) Memang aku tak pernah amik peduli. Tapi sejak kawan aku ni asyik dok puji melambung pasal dia ni..rajin study la..sampai kawan aku ni dah boleh hafal time bila si Michael ni study. Eh dulu kalau kiteorang nak gosip pasal dia kiteorang guna nama samaran mikhail. (Dengan harapan semoga dia masuk islam suatu hari nanti haha) so sejak tu aku kenal dia.. dan dia pon lama lama perasan lah kat kiteorang bertiga ni.. apa tak nya, tiap kali lalu kwan aku ni buat macam2 nak  bagi hint la kat si mikhail ni.. tapi lain plak jadinya. Niatnya cuma aku nak tolong kawan aku tapi.. Hmmm tak payah cerita la apa jadinya..(akhirnya tak bawa ke mana pon..lepas habis matrik memang terus hilang macam tu je.) Memang aku pernah ada perasaan 'sikitlah' kat dia..tapi aku lagi sayang kawan aku ni.. aku waras lagi okay!  Dan kiteorang pon x pernah memulakan apa apa, apatah lagi nak kenal..aku mula jauh kan diri dari dia, saat dia mula nak berkawan dengan aku. its the best step ever! (Fb dia pon aku unfriend!)

Okay next cerita pasal roomte classmate tu aku pernah ceritakan dalam entry sebelum2ni.. yang pasal gaduh besar satu floor tu pon sampai sekarang aku tak boleh lupakan.. disebab kan incident tu lah aku down giler..sebab incident tu berlaku sehari sebelum ujian (bdak matrik panggil UPS) result aku jatuh teruk..malam sebelum exam aku nangis teruk..lepas dapat result pon aku nangis terok giler.. mana tak nya, aku punye pointer dari 3.5 jatuh terok tinggal 1. Something je..tahu takk!! Sampai sekarang aku tak boleh lupa! Satu benda aku belajar, dalam hidup ni, kita memang tak boleh puaskan hati semua orang, so, kita nak dengar cakap orang pasal kita or kita nak pikir nilaian Allah terhadap  kita. Betul tak? Dan tolong lahhhh
Kalau aku ada buat silap janganlah letakkan khilaf aku tu pada tudung labuh yang aku pakai or pada agama aku! Kalau aku buat silap, tu sebab silap aku bukan agama aku. So tak payah lah sarcastik sangat cakap " harap tudung je labuh tapi hati hitam"  hakikatnya biar Allah je la tahu perangai kau. Sebab aku tak pandai nak nilai orang macam kau nilai aku..oh yeahh! Semoga kau bahagia :)

Dalam 1 tahun..macam macam suka duka yang aku tempuh..macam macm orang yang aku jumpa. Yang menyebabkan aku berjaya habiskan matrik dengan jayanya (jaya ke? Hohohh) adalah kawan kawan aku yang sentiasa sokong dan doakan aku..thanks korang ;)

Saturday, 16 July 2016

Atok

Assalamualaikum.wbt..

Hari ini baru terbuka hati nak menulis balik..phone rosak jadi agak sukar nak update coretan baru.. berkat hadiah dari seorang sahabat maka dapatlah meneruskan hobi menulis ni..tq teman ;) semoga dimurahkan rezeki!!

Raya tahun ni dapat balik sekejap je kat kampung..rasa x puas duduk dengan atok sebab dah lama tak balik rumah atok.. aku harap lepas habis belajar ni dapat la luangkan masa untuk atok dan keluarga.. in Shaa Allah..

Atok aki, atok milah..orang yang selalu mendoakan aku..selalu bagi nasihat positif, selalu mengingatkan aku..dulu masa kecik kecik selalu tolong atok buat kuih..tolong jual kuih kat pondok depan rumah atok . Masa buat kuih tu la atok akan buka cerita.. atok cerita pasal susah payah atok besarkan 10org ank.  Atok dulu orang susah..anak ramai..jadi memang tak dapat biayai sepenuhnya pelajaran anaknya.. maksu, makzah salah seorang anak atok yg dapat meneruskan pelajaran ke peringkat U.  Atok cerita dulu masa maksu belajar atok tak dapat bagi duit belanja.  Tapi atok selalu doakan anak anaknya..atok selalu sedekah kuih, air yang atok jual..atok kata masa maksu belajar ada je orang bantu maksu..sedekah makanan kat maksu.. sebabtu atok pesan selalu bersedekah, kalau ada kawan susah jangan kedekut, tolong..rezeki Allah yang bagi..jangan takut nak bersedekah..

Atok aki pon pernah cerita pasal anak anaknya kat aku..atok cerita macammna pakcik makcik aku kahwin.. kalau nak tahu waktu usia aku baru tingkatan 1 x silap aku, atok dah pesan, waktu sujud terakhir mintak banyak banyak pada Allah..salah satunya minta jodoh yang baik..nampak atok memang ambil berat.. atok cerita kat aku pasal macam mana  makcik aku jumpa jodoh..masa tu makzah tengah belajar..atok cerita makzah la anak yang paling rajin belajar..lepas mengaji terus masuk bilik belajar. Tup..tup..ada seorang ni jumpa atok dan cakap ada orang berkenan kat mak zah..dia yakinkan atok pasal ahlak pemuda tu (pak cik aku sekarang) . Dia siap kata disebabkan pakcik aku tu lah..dia sekarang dekat dengan Allah, rajin ke surau..dan pemuda tu pulak askar..tak tahu macammana boleh kenal mak zah..   sebabtulah kadang kadang jodoh tu akan datang bila waktunya tiba.. tok sah nak berdating bagai.. hanya yakin dengan perancangan Allah :)

Ibu pernah cerita, dulu masa kecik kecik kalau tak bangun subuh atok aki akan pergi depan pintu bilik dan berceramah pasal akhirat sampaiiii anak anaknya bangun.. atok memang ambil berat pasal akhirat.. sangat jaga hukum agama.. masa kecik dulu pon atok dah testing aku dengan bacaan solat, doa qunut, baca jawi..atok siap hadiahkan buku pasal solat ngan wuduk kat aku.. kalau atok datang rumah nanti atok akan tanya " ada simpan lagi tak buku atok bagi? Baca tak?"

Atok seorang yang sangat pembersih, pengemas, teratur, amanah..sangat..sangat.  aku perasan atok aki kalau duduk rumah mesti pakai baju tshirt putih..walaupon dah pakai banyak kali tapi masih bersih dari tahi lalat semua.. aku tahu sebab aku pernah basuhkan baju atok.. sekali tu je aku basuhkan baju atok aki.. pastu esoknya atok milah kata tak payah basuh baju atok aki..sebab atok aki nak atok milah yang basuh..aku faham..kadang kadang peranan isteri ni lain, apatah lagi aku ni cucu lagi lah lain..mungkin ada cara aku basuh baju tu tak sama macam atok milah basuhkan baju atok aki.. nampak tak sampai ketahap itu ketelitian atok aki..

Ada satu lagi, Kalau senduk nasi pulak jangan senduk yang atas je..senduk terus kebawah..sebab nanti kesian orang lain makan kerak nasi je..kalau tolong atok buat karipap ja jangan kedekut inti, buat cantik cantik, jangan tebal sangat tepungnya kalau tak nanti tak masak.. atok kata kita nak jual kat orang..kene amanah..

Kalau balik kampung, orang pertama yang bangun ke dapur adalah atok milah..tapi atok jugaklah orang yang terakhir tidor waktu malam.. atok akan pastikan semua kerja selesai..anak anak cucu dia semua selesa.. atok mesti akan masuk bilik aku pastu tanya "ubat nyamuk dah pasang? Selimut , bantal cukup tak? Telekung sejadah ada tak?"

Selalunya kalau balik kampung, ibu pesan siap siap, nnti tolong atok sapu sampah kat laman rumah atok.. lepastu nanti atok milah selalu suruh gi kedai beli barang, atok siap bagi duit jajan..duit upah sebab tolong atok.. kiteorang paling syok kalau dapat pergi kedai..budak budak kan masa tu pikir jajan je..tak pon pikir tikam je haha..kedai dekat je boleh jalan kaki.. Aku rasa rindu dengan zaman kanak kanak aku..

Sampai sekarang walaupon aku dah besar..atok masih ambil berat.. tiap kali balik kampung atok akan peluk dan kata " atok tunggu korang balik,  hari hari lepas solat atok tak pernah henti doakan kau lia, yana.." " belajar rajin rajin sampai berjaya, jaga solat, buat ibu dengan ayah senang pulak" itu nasihat yang atok selalu bagi..

Sekarang aku dah nak habis belajar.. tinggal lagi satu sem akhir utuk praktikal.. maksudnya tanggungjawab aku semakin besar.aku akan ke alam pekerjaan.. semoga Allah bukakan jalan untuk aku bantu keluarga aku pulak..semoga Allah permudahkan jalan untuk aku sara hidup ibu ayah dan adik adik aku.. ada rasa gusar dalam hati aku.. takut kalau aku masih belum mampu menjadi seperti orang yang diharapkan oleh ibu ayah aku..

Tapi aku yakin Allah maha mendengar.. teruskan berdoa..semoga Allah panjangkan usia ibu ayah dan keluarga ku dalam rahmatmu..dan moga mereka sentiasa dalam lindungan dan jagaan mu ya rab..

Friday, 8 April 2016

Boleh ke aku Ya Allah?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. Tunjukkan lah aku jalan ya Allah.. Beri aku kekuatan untuk melawan nafsu kejahilan atas kelalaian ku ini.. Jadikanlah aku hambamu yang bersungguh-sungguh dalam berdoa meminta kepada mu, bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu, bersungguh -sungguh dalam hijrah menjadi hamba mu yang lebih baik, menjadi anak yang lebih baik, menjadi hubban limaanan..

Ya Allah, kau kurniakanlah kepada kami sebaik baik jalan.. Sesungguhnya engkau maha sebaik baik perancang.. Jadi kan lah kami hamba mu yang berlapang dada, dan sabar dalam apa jua perkara yang kau rancangkan untuk kami.. Kami mohon agar kau beri yang terbaik untuk diri kami, untuk keluarga kami, serta untuk agama kami..

Ya Allah.. Aku nak jadi anak yang baik.. Semoga kau buka kan hati ayah dan ibu untuk terima keputusanku..seandainya itu yang terbaik. Dan sekiranya ada peluang yang lebih baik, ada jalan yang lebih mereka redha, maka kau lapangkanlah dadaku dalam penantian menanti peluang yang terbaik itu datang. Kau lapangkan lah dada ku untuk melepaskannya agar aku lebih dekat dengan mu YA Allah..membawa bersama barakah dan redha ibu ayah.. Sesunguhnya aku tahu, redha mu ya Allah terletak pada redha orang tua ku..

Ya Allah, aku mohon kau tunjukkanlah aku jalan...aku amat berharap dapat gembirakan hati ibu dan ayah ku, di samping dapat menjadi sumber inspirasi, sumber kekuatan semangat buat adik adik ku..

Ya Allah, tuhan yang maha kaya, lagi maha permberi rezeki, kau lapangkanlah rezeki buat ibu dan ayah ku.. Sesungguhnya mereka orang yang paling banyak berkorban, berhempas pulas mencari rezeki, menebalkan muka meminta, hanya untuk lihat kami adik beradik meneruskan pengajian kami.. Terlalu besar ihsan dan pengorbanan mereka ya Allah.. Aku tak nak hampakan mereka.. Sesungguhnya kejayaan ku nanti adalah kejayaan untuk mereka. Maka aku mohon kau kurniakanlah kejayaan keatas kami, agar ibu dan ayah gembira..

Ya Allah,ya rab.. Kau kurniakanlah kebahagian didunia dan diakhirat buat ibu dan ayahku..haramkanlah tubuh mereka dari seksaan azab api neraka, kau ampunkanlah segala dosa mereka sepanjang hayat mereka, kau terimalah taubat dan amal ibadah mereka, kurniakan lah kepada mereka kemanisan iman, masukkanlah mereka ke syurgamu tanpa dihisab..sesungguhnya tak terbalas pengorbanan dan ihsan mereka terhadap kami adik beradik.

Oleh itu aku mohon ya Allah, berilah aku kekuatan dalam melayari sisa sisa akhir bergelar mahasiswa yang penuh dugaan.. Serta berilah aku kesempatan untuk menghadiahkan ibu dan ayah ku segulung ijazah kejayaan.. Dan jadikanlah kami anak anak yang soleh dan soleha untuk mereka ..

Amin..

Amin..

Wednesday, 23 March 2016

Kawan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. allah permudahkan urusan nak pergi site visit untuk inspect fishing vessel kat LKIM perlis.. Jauh..nun di sana.. Terima terima kasih kt sorang kawan kite ni.. Dia dah banyak tolong.. Hanya Allah dapat membalasnya..

Betul lah orang kata, kalau nak tahu perangai seseorang tu kene bermusafir dengan dia.. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan mu sahabat =).  Tatkala semua orang pegang dengan prinsip 'ikan' tu, tapi kawan ni lah yang selalu ada di sisi..sentiasa care pasal diri ini..

Terima kasih buat dia sekeluarga sebab bagi makan..bagi tempat tidur.. Layan tetamu sangat baik.. Dah dua kali pergi rumah dia.. First masa raya haji, masa tu tak balik muar, jadi dia ajak balik rumah dia..best giler.. Rupanya budaya orang kedah, sambut raya haji aidiladha meriah macam raya aidilfitri.. Budak budak datang rumah, kutip duit raya.. Sediakan kuih muih, jamuan ringan untuk tetamu..macam masa hari raya..lepas tu ziarah keluarga terdekat..memang best. Kalau kat tempat orang tak la semeriah ini..biasanya masak ketupat je..then berkongsi dengan jiran..bertukar juadah.. Macam tu je la..x de pulak kutip duit raya semua tu..

Ya Allah semoga kau murahkan rezeki buat keluarga ini.. Dari kulim ke perlis jauh la jugak.. Lepastu  pergi Arau..hantar aku ke stesen kereta api.. Sampai segamat dlm pukul 8 pagi.. Pukul 7, dia dah call aku, kejutkan aku, sebab risau takut aku tak jaga..nanti terlepas stesen pulak.. Aduyaiii sayang betul kawan aku sorang ni kat aku.. Masa hantar aku gi stesen KTM tu..dia tak berhenti ckap "risau kat alia".. "risau kat alia, dah lah sorang bawak banyak barang"  dia siap offer diri nak teman balik segamat pastu pusing balik kedah balik..sebab tiket dah terbeli 2, sepatutnya yana yang ikut, tapi last minit terpaksa cancel, dia ade appointment ngan doktor. Risau betul kawan aku sorang ni..

Terima kasih mira..selalu ada waktu susah dan senang..banyak kenangan pahit manis susah payah dengan dia. dia yang ajar diri ni bawak motor..masa tu cuti sem 3minggu je kalau tak silap.. Kiteorang berdua tak balik..masa tu mira duduk rumah sewa. Dia la  ajar naik motor.. Aku ni harap je kaki panjang tapi penakut bawak motor..  Yang kelakarnya masa tu, mira suruh bawak motor gi kedai makan  seberang jalan tu.. Entah macammana aku bawak, nervous agak nye ada kenderaan lain..last last masuk semak..mira yg naik motor belakang aku ni..punye la menjerit macam dia pulak yg duduk depan..haha.. Kelakarnya la hai.. Akhirnya, pak pak pakistan yang makan area kedai tu yang tolong kiteorang..haha.. Nasib baik cuti sem. So, budak mimet x ade..x de la malu sangat..tapi rupenya serious best naik motor..

Ingat lagi masa tu, kiteorg gi giant malam tu..dah nak sampai giant baru perasan aku tak pakai helmet..nak patah balik dah jauh dah..lepastu terjah je la..haha sabo je la mira oii dapat kawan pelupa macam orang ni..

Time study week die lah orang yg paling aku senang study dengan dia.. Bile study ngan die, akan ada komunikasi 2 hala.. 'Give & take'. So, aku akan jadi lebih faham bila ada orang yang sudi share apa yang dia faham.. Dan aku boleh ingat apa yang aku faham.. So, jarang aku hafal bulat bulat nota yang dibuat.. Otak aku bukan jenis yang menghafal.  Aku ingat lagi pernah masa study week, kiteorang berdua kene keracunan makanan. 2-2 muntah..cirit birit.. Hahah.. Padahal lusa nak exam dah.. Tapi alhamdulillah.. Tak berlarutan..

Sepanjang kenal mira ni, die ni senang kalau nak minta tolong.. Serious talk beb! Susah nak cari orang macam ni.. Yang aku perasan prinsip dia ni "biar orang buat dia, jgan dia buat kat orang"  tapi ada jugak certain situation yang memang x boleh apply prinsip ni..haha..  Kalau ade masa kita kene pertahankan hak kita, so tak payah peduli apa orang kata! Lantak pi lah.. Haha..

Tq yer kawan,teman, bestie, sudi jadi kawan basuh baju tengah malam sama sama, sudi jadi penasihat yang baik tatkala aku down, sudi jadi teman yang sabar dengan perangai aku yang entah ape ape ni, sudi jadi driver motor yang aku rasa paling selamat cuma naik motor ngan mira je..haha, sudi jadi teman diet walaupon sekerat jalan, sudi jadi kawan yana jugak.. Sudi eh macam macam la.. Tqqqqqqq sangat sangat.. Hanya Allah dapat membalasnya..

Untuk Amira Adzwa kite doakan semoga persahabatn ini kekal hingga ke jannatul firdaus..semoga hubungan ini yang digelar 'hubban limaanan' semoga mira dan keluarga mira dimurahkan rezeki, dikurniakan berita gembira dari Allah, dikurniakan nikmat iman yang bertambah, dipanjangkan umur dalam rahmat Allah..serta in shaa Allah kita doakan mira cepat cepat sampai jodoh.. Tak elok tunggu lama lama..haha semoga dipermudahkan urusan untuk pekerjaan yang baik tu.. In shaa Allah.. Amin..

Ya Allah terima kasih sebab kurniakan aku sahabat2 yang baik.. Sepatutnya aku perlu bersyukur kerna dipertemukan dengan mereka.. Sayangi mereka ya Allah.. Sayangi keluarga ku jua ya Allah..

Wednesday, 16 March 2016

Cuba sehabis baik :) im sory :(

Kadang kadang rasa nak give up..
Tapi..apa yang jadi tak boleh nak elak..
Apa yang perlu aku buat sekarang.. Chin up! Buat sehabis baik..walaupon kadang kadang kau rasa apa yg kau buat tu macam sia sia..tapi ingat janji Allah..  Sesudah kepayahan pasti ada kelapangan di akhirnya =).. Tak ade usaha yang sia sia!  Just move on.. Accelerate your effort..and dont forget to keep praying.. Dont think too much about the other people think about you.. They dont know who are you.. Sometime.. Im being heartless..selfish..and they dont know yet..they are the reason for im being like that.. Hence the only way is..im keep silent..and pray..try harder to avoid from doing the same thing.. 

If all happen because of my wrongdoing, im really wish you could fogive me.. Truthly, i dont do it intentionly.. Some time, some how it happen when im not in a good mood.. Sejak kebelakangan ini, macam macam benda jadi.. And im keep thinking about it..i cant stop my mind from thinking about all of these matter.. I cant.. Lately, im just want to be alone.. And you keep calling me 'anti-social' 'snobish' 'bussy person'. Eventhough im trying to keep pretending im not hear that..but it hurts.. If you dont know my problem..dont make me feel bad.. If only you in my position..then you'll feel what im handling right now..  How can i smile, if youre the roots.. I cant pretend. Sorry for all my bad attitude. Im soryy.. Please let me alone maybe it can help me to feel better.. To find my own mistake. To improve myself. Please understand my situation.. Thank you for all of your dua..im really appreciate it..  Hanya Allah dapat membalasnya..


Someone said to me, you have the right to choose the bright future on your own... And forget your passes.you dont live there anymore..chin up! Okay =)

Kbye..assalamualaikum

#sory for my broken english..i wish a few years from today, ill laugh reading this entry..

Monday, 22 February 2016

Meniti detik terakhir dia

Assalamualaikum..

Dapat khabar berita pasal seorang sahabat.. Sedih sangat..  Nur hakimah binti hasbullah..pernah jadi roommate masa sem 4. Seorang yang sangat sangat menjaga solat.. Sentiasa solat di awal waktu.. Jaga wuduk..seorang yang sangat tertib..sopan bicaranya.. Senyuman tak pernah lekang..

Agak sedikit terkilan..masa pergi melawat dia cuti sem hari tu..ada hajat dia yang tak dapat dipenuhi.. Kimah nak sangat pergi bendang dengan kawan kawan dia walaupon berkerusi roda. Tapi sebab kesihatannya yang tak mengizinkan..ayahnya tak benarkan.. Kami pon faham.. Cume tu la.. Agak terkilan..

Malam tu sampai sampai je rumah hakimah.. 'Mama' jamu makan laksa lepastu kiteorang berborak lama dengan kimah..macamacam la kiteorang cerita. Tidur kat rumah kimah best giler.. Buat orang teringat suasana rumah atok.. Tidor ramai ramai atas toto.. 'Mama' siap sediakan air masak kat bilik atas sebab takut kiteorang haus..tuala diberi, memang kiteorang dilayan macam anak raja..tapi yang terkilannya..kiteorang sedap sedap tidor kat bilik atas.. Tak tahu pulak kimah tak boleh tidor malam tu.. Sampai ke subuh.. Mama dengan abah die yang jaga kimah kat bawah..  Terasa macam " aishhh kawan apa la aku ni, tak ada waktu dia memerlukan :'( "

Pagi tu baru dia bagitahu dia tak boleh tidur..dia muntah muntah..dia mengadu sakit.. allahu.. Kuat nya dia ya Allah.. Walaupon keadaan kimah macam tu tapi still boleh senyummm.. Pagi tu kiteorang bacakan yassin untuk hakimah, pastu mama ada ajar macam mana nak buat urutan fisioterapi kat kimah bagi darah jalan.. Kiteorang pon buat kat kimah.. Masatu nampak macammana mama tabah, kuat jaga kimah.. Lepas solat zohor, kiteorang makan ramai ramai. Kimah pon join walaupon makan atas katil..dia sanggup tggu kiteorang habis solat baru dia jamah nasi..  Sblom makan tu, syifa ngan zuraidah sanggup amik movie dilwale kat rumah basirah sebab kimah kata die teringin nak jalan jalan tengok wayang citer tu dengan kawan ramai ramai.. So lepas makan kiteorang tengok la cerita dilwale tu kat laptop kimah..tgok ramai ramai macam tgok wayang tu..haha.. Ya Allah rindunya..='(

Sekejap jer masa berlalu..macam tak percaya hakimah dah tak ada.. Sebenarnya saat entri ini ditulis ianya hasil sambungan dari draft diari yang ditulis sebelum ni..tapi tak di'publish'kan sebab terlalu banyak perkongsiaan yang nak ditulis waktu kami melawat hakimah cuti sem yang lepas..tapi akhirnya end up dengan 'draft' dengan niat dan harapan nak jenguk hakimah lagi..nak bawak dia jalan gi bendang.. Then baru sambung penulisan ni.. Tapi rancangan Allah lagi maha hebat..lagi maha bijaksana. Allah lebih sayangkan hakimah..

jadi sebak.. Dua waktu yang berbeza. Situasi yang berbeza tapi masih dengan kenangan yang sama.. Hari jumaat pagi tu kiteorang bertolak ke rumah hakimah.. Semuanya ada hikmah..plannya nak pergi hari sabtu..sebab semua tengah ada masalah transport dengan duit poket. Jadi tunggu duit elaun masuk..tapi x tahu kenapa. Rasa tak sedap hati, lagipon jumaat hari yang baik..tak tahu nak explain macammne..tapi memang nak pergiiiiii sangattt tengok kimah.. Dah tak fikir dah duit ke, assaignment ke, yang penting nak pergi jugak.. Malam sebelom nak pergi tu dapat berita pasal keadaan kimah.. Yang aku terkilannya ada jugak yang bila diajak pergi melawat dierang cakap " kenapa? Kimah dah teruk sangat ke??" ya allah.. Aku diam je..tak kata apa..tak nak paksa..

Malam tu semua dah rasa tak sedap hati.. Semua menangis..mcam nk bertolak jugak mlm tu.. "Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami" Alhamdulillah.. Dalam pukul 12 kiteorang sampai..hanya Allah yang tahu perasaan ni bila masuk masuk je pintu tengok keadaan kimah.. Kiteorang masuk jumpa dan salam mama. Mama kt dapor masatu.. Dia nampak kiteorang dia terus peluk sebak tak kata apa.. Mungkin sebab kiteorang baya baya kimah..mama dah cuba tahan supaya tak menangis tapi akhirnya jatuh juga air mata seorang ibu..  Hanya Allah yang tahu perasaan waktu itu..

Paling tak boleh lupa bila abang kimah, abah kimah sempat ajarkan kimah mengucap sebelum pergi solat jumaat..  Mungkin doa seorang ayah..kimah dikembalikan semula kepada penciptaNya lepas solat jumaat..  Nampak raut wajah ayah hakimah tenang je..redha dengan pemergian hakimah. Hakimah pergi waktu orang selesai solat jumaat, suasana berangin tak panas macam sebelom ni.. Mungkin petunjuk dari Allah.. Hamba Allah yang baik pasti pengakhirannya pon baik.. Subhanallah..

Aku tak pernah merasai situasi bila orang yang kita rapat, sayang menghembuskan nafas terakhir depan mata sendiri..  Mungkin ini ingatan dari Allah buat hamba yang mudah lupa seperti aku..

Semoga roh NUR HAKIMAH BINTI HASBULLAH dicucuri rahmat mu ya Allah serta diampunkan dosa dosanya sepanjang hayatnya didunia.. dia kawan yang baik ya Allah..dia yang rajin ajak solat berjemaah.. Aku rindu ya Allah, rindu bila dia tepuk perlahan bahu ku..untuk solat berjemaah.. Rindu saat dia share pasal ujian hidup dia.. Rindu senyuman dia, rindu tutur bahasa dia yang sopan.. Cume aku je Ya Allah.. Yang tak pernah bersyukur dengan kurniaan seorang sahabat untuk hadir seketika dalam hidup aku.. Biar pon hanya seketika, tapi rindu akan kebaikannya itu selalu ada..

Alfatihah..

Sunday, 31 January 2016

Teguran


Bukan senang nak terima teguran kan?
Nak tegur kesalahan seseorang pon bukan mudah..lagi lagi kalau itu kawan kita..orang yang rapat dengan kita..

Untuk awak yang menegur :)

Mesti selalu tye soalan ni kan..

"macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa. Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa. FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa dan terasa itu tanda hati hidup!

Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!

Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.

Nabi Zakaria di gergaji.

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.

Nabi Musa di buru oleh Firaun.

So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa? Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

Tegurlah..Jadilah sahabat syurga untuk dia.. In shaa Allah..Allah akan buka kan pintu hatinya..berdoalah..

Untuk kamu yang menerima teguran pulak :)

Cara kita hadapi teguran itu ada dua..positif dan negatif. Teguran itu bukan untuk mencari kesalahan..tapi untuk memperbaiki diri.. Bile kite di tegur, jangan tanya aku salah ke? Aku buat silap ke? Itu mindset negative namanya.. Seperti merendah kan diri.. Terlalu ekstrem mencari kesalahan diri, lantas bila ada mindset yang negatif, kita akan down.. Susah menerima kebenaran dan teguran.. Betul x?  Sebaliknya tanyakan pada diri, apa perlu aku buat..untuk perbaiki diri.. Untuk mencantikkan situasi..   Itu positif..mind set yang positif akan memotivasikan diri untuk memperbetulkan kesilapan..In shaa Allah.. lahirlah tindakan atau action yang positif.. Hati lebih terbuka untuk menerima teguran bila mindset kita positif.

Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

1. ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

2. ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?

Wallahhualam..
Wassalam :)

Saturday, 30 January 2016

Tunang

Assalamualaikum

Pagi ni dpt sharing dri group wassap pmim. 

 Assalamualaikum...sedikit perkongsian...Tunang... Tunang adalah waktu kita dan dia berkenalan... ramai yg hanya mengambil pandangan tunang hanya sekadar "cop" dan dh boleh testing ajak keluar, wassapp2... Islam memberi peluang kpd dua insan berkenalan dn jika dirasa tidak sepadan... boleh saja ditolak... tunang bukan tittle yg sgt mulia... cuma proses ke arah yg lebih mulia...kesilapan org bertunang juga ialah dicanang2kan kpd org ramai... org skrg anggap tunang tu satu yg special dn xleh putus... klu putus habis jiwanya... jangan salah anggap...

Jdi nasihat saya... umur kita ialah umur yg sesuai ntuk proses ini jka dh bersedia... bila hati mudah jatuh cinta maka perlu persediaan kearah ini... duit, study semua kita kena serah pda Allah dlm erti kata lain bersedia dn berserah... dh boleh mula study ilmu2 perkahwinan terutama perempuan sbb bgi saya rugi umur sepatutnya kamu boleh kahwin kamu kaburkan dgn study... atleast studylah pasal ilmu rumahtangga...
Bgi lelaki... saya tahu jiwa anda... saya juga lelaki... byak benda yg nk kita buat... tpi jgn terlalu dikejar nnti hati bercintakan dunia... bila kahwin kamu boss aka ketua keluarga.. bila rasa dh bersedia.. pinanglah dgn cara Rasulullah... jika ditolak itu biasa... shbt Rasulullah Salman Al-farisi juga pernah ditolak... balik study sirah... perempuan pun klu rasa berkenan kt sesiapa... tanya ja kekosongan... plan setahun dua lgi kahwin.. jdi seperti Saidatina Khadijah... wanita mulia bertakhta dihati sang Nabi... jgn malu jgn segan...
Sory mengganggu kamu semua tpi ini antara perkara yg bermain dlm hati seumur2 kita... ada yg ambik mudah ada yg rugi pasal ini... apa2 pun saya doa kalian dpt jodoh yg hatinya bertakhtakan Allah...




Monday, 25 January 2016

Be strong nana! !

Be strong nana!! Sakit tu ujian dari Allah..

Aku x sangka kali ni terjadi kat orang yang palinggggg rapat dengan aku.. Memang sebelum ni, aku dikelilingi kisah kawan kawan yang ada diantara dierang atau keluarga dierang yang diuji Allah. Seolah olah Allah nak beri petunjuk..

kali ini orang yang palingggg rapat dengan aku pula yang diuji..

" nana sakit. Doktor cakap, ada ketumbuhan..Ketumbuhan tu semakin membesar"

Allahu, hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu, bila ibu bagitahu aku..

Aku takut..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kau nana, dan dikurniakan kesihatan yang baik.. In shaa Allah.. Banyak kan berdoa.. Kita sama sama doa..

Nana, aku just nak pesan..jangan terlalu berahsia dengan aku..im your sister.. Aku sedih sebenarnya bila kau tak bagitahu aku yang kau sakit..sejak matrik kot..kau diamkan aje.. Kalau lah kau rasa benda ni buat aku rasa terbeban atau risau..kau silap.. Kita kan dah lama buat benda semua sama sama. Aku sebenarnya tunggu je bila kau nak cerita kat aku..sebab tu aku buat buat tak tahu.. Aku tak nak desak kau..tapi aku nak kau jangan lah lagi rahsiakan apa apa lagi kat aku.. Sekarang pon kita dah tak selalu jumpa.. Study pon tempat lain lain..masa tu tak sama macam dulu..im really miss you.. 

Kau tahu tak nana, hidup kita ni singkat je.. Jangan sia siakan waktu yg ada ni.. Kita yang kene pilih untuk bahagiakan hidup kita atau sebaliknya. Bahagiakn diri kau dulu..jangan asyik fikir nak bahagiakn hidup orang lain sampi lupa untuk bahagiakan hati sendiri.. Kau tak boleh jadi aku.. Aku pon tak boleh jadi kau.. Just be your self.. Aku sayang kau.. Aku tak suka bila kau cakap nak jadi macam aku.. Sedangkan dalam hati aku..aku nak jadi macam kau..  Teruskan jadi diri kau.. Youre already have the beauty inside yourself.. You should appreciate yourself more than i do..

Dah banyak ujian yang kau lalui..kisah kau buat aku sedar..walaupon aku kakak..tapi youre more stronger than me.. Sebab tu Allah pilih kau..setiap kali kau rasa sedih, rasa keseorangan kau ada aku.. Ingat tu! Dan yang paling penting.. Kau ada Allah..

Lagi satu hal! Kawan aku..kawan kau jugak.. Janganlah rasa sedih..kau tahu tak, semua kawan kawan aku kat sini teringin nak jumpa kau..kau jangan lah sedih bila rasa lonely kat sana..kawan aku kawan kau..aku tak suka bila kau cakap "kau tak pe lah kakak kau ade geng kau..kawan kau." Oi mak cik! Kawan aku kawan hang jugak..dierang semua kenal kau.. In shaa Allah, nanti kita jumpa ramai ramai..  

Ingat lagi tak dulu kita janji..kau nak jadi ahli mikrobiologi..aku pulak minat nak jadi ahli botani..walaupon sekarang impian tu macam tak akan tercapai sebab study pon amik course lain..tapi ingat the first real our intention kenapa kita pilih cita cita tu.. 

Ya sebab kita nak teroka bidang tu.. Yang buat kita semakin dekat dengan Allah..sekarang pon walaupon dah berlainan cita cita.. Selagi kita hidup berlandaskan agama yang Allah redha.. In shaa Allah..hidup kita pasti bahagia.. Dont give up okay! Aku nak kau datang waktu aku convo.. Dan aku pon nak tengok kau convo nanti :) jangan sedih kalau aku convo dulu.. Sebaliknya apa yang aku dapat nanti tu semua untuk kau juga.. Cheer up! Gain your spirit.. Ingat Allah , ibu, ayah.. Aku happy giler bile tengok kau berjaya kat matrik, aku senang hati bila tengok kau gembira, Aku bahagia..bila tengok kau bahagia..so, bahagiakan diri kau kalau kau nak tengok aku bahagia.. 



Monday, 11 January 2016

Aku lupa

Kadang kadang kite lupe untuk mendoakan orang lain..kite lupe apa yg kite miliki sekarang pon semua berkat doa dari insan lain.. Kite lupa walau sebesar apa pon dugaan..tak boleh dibanding dengan kuasa Allah yang maha besar..maha mengetahui maha bijaksana..teruskan berdoa kerna tiada apa yang mustahil dengan kun fa ya kun Allah.. Bersyukurlah atas setiap yang kita miliki dalam hidup kita, kerna masih ada insan lain yang berjuang untuk hidup..doakan mereka. Kuasa doa itu tersembunyi tapi magikal. Hanya perlukan spirit keyakinan yang penuh kebergantungan sebagai hamba kepada tuhannya.. Cepat atau lambat..pasti Allah akan beri yang terbaik..keep praying :)

Terima kasih ya Allah beri aku peluang untuk bertemu dengan sahabatku.. setelah bekali kali tertangguh. Sesungguhnya Engkaulah sebaik baik perancang..

Wahai tuhan yang tak pernah mengecewakan kami, kabulkan lah doa kami, kabulkan lah doa orang tua nya, kabulkanlah doa orang yang menyayanginya, sembuhkan lah dia.  Sesungguhnya, Engkau lah yang memberi penyakit sebagai ujian untuk hambamu, dan kau jualah yang memberi penyembuhan atas segala kesakitan..
Sayangi mereka ya Allah.. Jadikanlah kami hamba mu yang tak pernah putus berdoa kepada mu..