Saturday, 14 November 2015

Pilihlah Aku untuk Ikhlas

Salam alayk. Kali ni nak kongsi usrah mengenai ikhlas.

Tak dinafikan memang tak mudah nak ikhlas. Semakin dicari dirasakan semakin misteri. Sohih ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah swt.

Selalu kita dihidangkan kalau buat sesuatu bukan kerana Allah taala maka itu dilakukan tanpa ada rasa ikhlas. Itu yang kita sering faham. Dan ada juga antara kita yang pernah alami ikhlas hanya ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan? Kecundang! Kecundang oleh sesuatu yang selain Allah.

Jadi apa perlu buat?
Ingat balik pesan ulama' yakni beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.

Soal ikhlas atau tidak campak tepi dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Maksudnya jangan la harap hati tu dah datang rasa ikhlas waktu awal2 nak beramal. Buat je dulu nanti lama2 dah istiqomah hati pun datang rasa ikhlas tu. InsyAllah.

Ada satu dialog Imam Al Ghazali dengan muridnya yang saya pernah baca. Muridnya bertanya, "Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?". Apa Imam jawab? Beliau kata, "Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia".

SubhanAllah. Betapa nak tunjuk di sini beramallah walau hati diganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan.

Teringat saya akan pertanyaan Abu Hurairah kepada Nabi saw berkenaan seorang pencuri yang mengerjakan solat tapi  masih mencuri. Lalu baginda menegaskan bahawa solat pencuri tu lambat laun akan bantu dia menghilangkan tabiat buruk dia tu.

Haa.. nampak tak kat sini bahawa buat jahat tak bermaksud kena berhenti buat baik. Walau pun ada benda tak elok yang kita buat tapi kita nak buat amal juga tak ada masalah. Buatlah moga itulah jalan untuk kita bertaubat. Iringilah kejahatan itu dengan kebaikan kerana lambat laun cepat atau lambat kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan.

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab.

Jom support Usrah Hijrah Haura:
https://telegram.me/hijrahhauraofficial

No comments: