Tuesday, 27 January 2015

bersangka baik dengan Allah..[result released]

Alhamdulillah..result sem 3 dah pon release..syukur alhamdulillah..result kali ni tak sebaik dulu tapi alia tak expect pun nak dpat Dean List..bersyukur sangat ='). Tahniah jugak kat yana, my sis dia pun dapat DL walaupon bru 1st sem. keep it up!! semoga kita sama2x dapat capai cita-cita walaupun dalam bidang yg berlainan..



semoga apa jua keputusan yg kita dapat, kita redha dan sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah swt.. ^___^ ,bersyukurlah..kerna ini semua ujian..dan nikmat yang sementara



Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh muslim:
Pada hari akhirat Allah ambil manusia yang paling derita saat di dunia.Lalu Allah letakkan dia ke dalam syurga dan Allah keluarkannya semula.Lalu Allah bertanya:"Wahai si fulan adakah kamu pernah rasa derita dalam kehidupan?".lalu si fulan itu menjawab:"aku tak pernah rasa pun derita itu."Dengan sekali celupan dalam syurga manusia lupakan segala penderitaan semasa di dunia.Lalu Allah ambil manusia yang paling bahagia semasa di dunia.Lalu di celupkannya ke dalam neraka.Lalu Allah bertanya:"Wahai si fulan adakah kamu pernah merasakan nikmat dalam hidup?"Si fulan itu menjawab:"Aku tidak pernah merasa nikmat dalam hidup."Itu hanya satu celupann dalam neraka segala nikmat hidup telah dilupakan.Allahuakbar.....



Tahniah jugak untuk roommate dan kawan-kawan..
wassalam

Photobucket

Thursday, 22 January 2015

lelaki soleh? wanita soleha?



perkongsian usrah Hijrah Haura heart emoticon
deep*
"Lelaki soleh mana ada bercinta sebelum kahwin.
Dorang semua bercinta lepas kahwin."
"Lelaki soleh mencari yg solehah"
"Wanita solehah tak mencari, tapi dicari."
Sungguhlah aku dah penat dengar tentang 'wanita solehah'
Bukan mudah melabel wanita solehah begitu, begini.
Bukan mudah.
Bagi aku, tak salah pun kalau dia pernah tersuka seseorang. Yang penting macam mana dia uruskan rasa tu. Terus hanyut atau cari ubatnya.Terus melagha, over melayan perasaan. ATAU Istikharah, mohon pada Dia.Musyawwarah dan mintak pendapat orang lain.Risik akhlak si dia.Gunakan orang tengah.Dan percepatkan urusan pernikahan.
Tak salah ada hati dengan seseorang. Jangan salahkan cinta. Cinta tak salah.
Yang salah adalah bermaksiat. Ramai yang berusaha keras untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi sekeras mana pun usaha, tetap akan tersungkur sekali dua.
Hingga kadang-kadang memaksa untuk terus rasa mengalah.
Bukan senang nak tinggalkan couple, rokok, video game, drama korea dan bermacam-macam perkara lagha dan haram. Namun percayalah,Allah yang campakkan rasa ingin berubah. Berusahalah hingga berjaya. Berdoalah kepada Allah. Mintalah kekuatan dariNya. Kerana Dia yang membolak balikkan hati manusia.
Dampingi orang-orang soleh/solehah dan beriman. Yang sentiasa mengajak kepada kebaikan. Nak berubah, bukan boleh berubah sorang-sorang bro!
Serigala pun tak berani makan kambing yang duduk dalam kumpulan.
Salam muhasabah sahabat fillah


Photobucket

Wednesday, 21 January 2015

Summary For The Third semester


Alhamdulillah..dah tamat pon final exam untuk sem 3. semoga kami sama-sama dapat keputusan cemerlang in shaa Allah.  Subjek untuk sem 3 kali ni agak core..dan sem ni lah paling banyak aktiviti..setiap cuti minggu mesti ada aktiviti.. jadi kene pandai-pandai bahagikan masa. tapi best sangat dapat join sebab alia kenal ramai orang dan alia jadi lebih rapat dengan roommate alia.. :) dierang baikkkk sangat..walaupon alia sorang jer johorean dalam bilik tu..yang lain semua kedahrean haha..seriously dierang sangat baik. Hanya Allah yang dapat balas segala kebaikan dan pertolongan kalian..

Sem tiga ni, banyak jugak dugaan. lagi2x ujian persahabatan..rasanya memang setiap ikatan persahabatan akan diuji.. Mana ada dalam ikatan ukhwah ini sentiasa 'bahagia'.kan? kalau tak mana nak bertambah nilai kasih sayang tu pada sahabat yer tak? dari situ boleh tahu kita ni betul ke 'Sahabat Syurga' untuk dierang? dari situ kita boleh kenal mana satu yang betul betul sahabat..sahabat yang sentiasa bersama saat susah dan senang, sahabat yang dapat terima kekurangan kita seadanya. Ingat, boleh cari ramai kawan..tapi yang namanya sahabat sukar untuk ditemui..

Terima kasih buat sahabat2x alia yang menerima diri ini seadanya..terima kasih jugak sebab sudi jadi kenangan terindah dalam catatan diari hidup alia..Semoga Allah memberkati hidup kalian.:)

mmm..touching plak.hihi..


ni masa keluar makan dengan mira, kak zai, and ika. walaupun dierang dah tak duduk hostel..tapi rajin betul jemput Alia tidur rumah sewa dierang.. masa ni ada surprise untuk mira..sehari sebelum birthday mira. kelakar pulak bila teringat.kiteorang bwak belon dari jauh nak 'suprisekan' mira. tapi terbalik plak jadinya..haha..toleh2x belakang tengok mira dah ada kat belakang kiteorg..kiteorang yang terperanjat haha..



yang ni plak jalan petang kat kampung baru dengan su..suka sangat tempat ni sebab suasana kampungnya.. teringin nak ronda naik basikal.



gadis GPMS haha..banyak benda alia belajar dari dierang..

 

masa mula2x kenal, alia memang agak pemalu dan pendiam.tapi bila dah kenal, dah duduk satu bilik, semua perangai gila2x terkeluar haha..sabo jer lah melayan..


su, fadh, tiqah, dierang ni rajin 'ziarah' bilik kiteorang. sejak tu bertambah rapat.. best lah kawan dengan dierang..su tempat alia kadang2x untuk tanya pendapat, Bercakap dengan su selalu buat alia muhasabah diri . fadh pulak matured orangnya. seorang yang suka share ilmu. sama jugak macam tiqah..tapi tiqah ni banyak cakap..peramah giler. orang terengganu memang peramah kot :)

Strategi untuk final sem ni sama macam sem sem sebelum ni. study last minit( surely..hihi), buat past year question, study tengah malam. cuma bezanya, sem ni secara berjemaah haha..semakin bertambah plak tu. seronok jugak study ramai-ramai..sebab saling share apa yang kita faham. sorang buat nota, sorang fotostet, sorang jawab past year set jan, sorang jawab past year set sept ,( tugas analisis soalan past year pon ada haha.)pastu distribute kat yang lain2x..jimat masa..

Biasanya alia akan tidur dulu lepas solat isyak,atau maghrib..pastu bangun malam dan study lah sampai pagi..pastu tidur balik haha..memang tu style alia study sejak sekolah dulu.. cuma sem-sem sebelum ni alia sorang jer yang bangun study malam..tapi kali ni alia ngan rummate pon sama2x berjangkit dengan tabiaat ni..haha..pastu semua pakat pasang alarm kuat kuat haha., alarm lagu nasyid, zikir , rock semua ada..kalau tak bangun jugak tak tahulah nak kata apa..kadang mintak tolong fadh (jiran depan bilik ) yang kejutkan.

malam study, petang-petang pulak rehat..selalunya  pakat2x gi kampung baru makan laksa. nasib baik ada mira.dia yang rajin bawak pergi kg baru. kadang-kadang bila stress kiteorang akan main badminton.biasanya main waktu malam sebab tak ramai orang. jadi tak lah malu sangat.. kenangan..semua ni kenangan. Naik motor 3 orang lah,(masa ni tak cukup motor,tak dirancang pon) panjat tingkap hostel lah (sebb balik lambat keluar makan,), main badminton dalam hujanlah, kene kunci pintu dengan lecturer (tapi miss bukak juga akhirnya haha..)bila teringat balik, sem ni lah rasanya alia jadi jahat sikit (ISHH,,APO NAK JADI!)..

Banyak lagi kenangan sem 3 ni..Nanti bila alia dah habis belajar nanti, alia akan ingat balik semua kenangan kenangan ni bila alia baca balik entri ni. :)

thank you yer kawan-kawan sebab cipta kenangan pahit manis bersama. semoga ukhwah yang terbina ni terjalin hingga ke syurga nanti. Ya Allah kau sayangilah mereka..Amin..


Among the true sign of ukhwa is to accept critism from friends, and to protect a friend's honour and forgive his mistakes. - iman Shafi'e (r.a)

wassalam..
Photobucket