Monday, 28 December 2015

Ini untuk kamu yang ku sayang

Assalamualaikum... Tiap kali hati ini gusar, seperti ada yang perlu diluahkan.. Aku akan mula menulis.. Fikiran tak pernang lekang memikirkan pasal dia.. Dia orang yang ku sayang.. Sungguh aku sangat menyayangi dirimu, sahabatku.. Namun kerana terlalu ingin menjaga hati, aku jadi takut untuk bersuara menegurmu.. Pada masa yang sama, aku juga takut, takut disoal Allah kelak diakhirat. Kerna ku terlalu menyayangi dirimu, ku coret kan isi hati ini untuk kamu.. Sahabat ku..

Aku tahu dirimu terlalu baik. Ada sisi kebaikan mu yang belum tentu ada pada orang lain..tak pernah berkira, walaupon sikit, sentiasa kongsi berbagi sama, tak pernah biarkan aku kelaparan. Walaupon dah balik kampung, masih juga risau pasal aku yang sendirian kat hostel, sanggup minta tolong kawan dia hantarkan aku ke stesen bas. Sanggup bagi pinjam duit rm50 untuk aku balik kampung walaupon duit yang kau bagi tu pon duit yang dipinjam dari kawan.  Susah senang sama sama.. Pernah dirimu menyuarakan rasa hati ingin berubah. Dirimu cuba cuba memakai tudung labuh bidang 60 ku.. Nampak, dirimu benar benar ingin berubah ke arah lebih baik.. Katanya " doakan alia, suatu hari nanti" aku senyum, bersyukur kerana dalam hati sahabatku ini, masih ada ruang keinginan yang kuat untuk dia berhijrah menjadi wanita yang dihormati serta dilindungi maruahnya. 

Namun.. Sejak menjalin hubungan  perkenalan dengan seorang lelaki, ditambah pulak dengan sikap temanmu yang seoranag lagi yang seperti menyokong perbuatan mu, diri mu semakin berani..berani mencuba. Cuba cuba untuk keluar berdua dengan lelaki yang dianggap baik..aku faham.. Mungkin kerana terlalu terhutang budi dengan kebaikan dia, kau terpikat..dan terikat.. Tak salah ada perasaan itu.. Cinta itu tak salah..tapi perkara yang kamu buat dalam mengekspresi kan cinta itu salah.. Keluar berdua tak kira masa, bergayut telefon apatah lagi.. Itu yang salah..

Dirimu yang dulu yg aku kenal sangat menjagaaaaa hati dan maruah orang tua mu..seorang anak yang taat.. Sekali pon nak keluar dgan teman, keizinan orang tuamu yang diutamakan..tapi sekarang.. Bila jauuh dari pengawasan mereka, ada sedikit kebebasan yang kau raihkan.. Memang kalau dah suka, semua nampak indah, nampak baik.. Yang hitam pon nampak suci. Tapi kalau lelaki tu dah berani ajak dating keluar berdua,  dia lelaki yang tak menghormati wali mu. Engkau kata dia lelaki yang jaga solatnya, yang sentiasa mengingatkan engkau untuk solat..  Tapi kalau lelaki yang jaga solatnya, pasti jaga hukum Allah.. Takkan berani menyentuhmu, takkan berani keluar tanpa asbab yg penting dan yg penting takkan mengubah dirimu menjadi seorang yg bukan aku kenali lagi..buka lah matamu sahabatku.. Buka mata hatimu..  

Cuba kau lihat, dalam perhubungan mu ini, ada tak rasa gusar, rasa nak sembunyikan sesuatu, akhirnya menipu menjadi tabiat.. Kenapa nak menipu kalau rasa tak buat salah.. Dah banyak cerita aku dengar tentang dirimu dengan dia..sebab tu Allah larang berdua duaan.. Kerna akan terjadinya fitnah.. Kalau lah kau sendiri dengar akan gosip gosip liar yang tersebar tentang dirimu, tentu kau kecewa, sebagaimana aku juga kecewa. Tapi kita diberi kebebasan untuk memilih.. Sama ada memilih jalan yang diredhai atau tak. 

Sahabatku, aku benar benar menyayangi mu.. Jangan biarkan cinta membutakan matamu.. Cinta yang Allah redha apabila dia membuatkan mu semakin dekat dengan Allah, dan dia jauhkan dirinya darimu kerana menghormati dan menjaga dirimu.  Jangan mudah terpedaya dengan kata kata manisnya.  Kalau lah kerana terlalu banyak terhutang budi, bayarlah dengan berbuat budi kebaikan yang Allah suka..bukan yang Allah murka..

Sahabatku, aku benar benar menyayangimu, aku tahu dirimu sangat baikk.. Pilih lah lelaki yang tidak mengambil kesempatan keatas kebaikan yang diberi.. Bukan niatku nak mengatakan dia lelaki yang jahat.. Tapi.. Lelaki yang baik akan menyembunyikan  amal ibadah dan kebaikan nya, bukannya angkat bakul letak sendiri.. Lelaki yang baik takkan mengharapkan balasan atas kebaikan yg diberi, lelaki yang baik takkan membiarkan kamu difitnah, lelaki yang baik takkan menyentuhmu, lelaki yang baik akan menjaga dan menghormati mu..

Sahabatku, maaf jikalau nukilan ku ini buat kamu terluka.. Sungguh aku benar benar menyayangimu.. Aku mahukan dirimu yang dulu..aku rindu..

Sunday, 13 December 2015

Sedekahkan aku doa kalian

Assalamualaikum..
Entri kali ni nak bukak dengan lirik lagu ni. Hayati bait bait lirik ni..x ingat apa tajuk lagu ni..tapi lirik dia yang buat alia tiba tiba rasa nak share

Hari ini sunyi sekali
Tidak seperti yang lalu
Bermula diri aku sendiri
Tiada lagi kau di sisi

Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang

Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hambamu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia
Di sana tempatmu selamanya
Di sini hanya menanti
Itulah kita manusia
Takkan kekal kasih selamanya
Selamanya

Mati.. Tak kira usia..muda atau tua.. Sejak kebelakangan ni..asyik dengar berita kematian.. Mungkin Allah nak ingat kan..kite kadang lupa. Sebenarnya alia ada mimpi..pasal hal ni jugak.. Bayangkan kite kat dunia ni..ada orang yang sayang kita, ada keluarga, ada sahabat sahabat yang sangat rapat dengan kita..bile kita susah senang semua cerita kat mereka, orang yang kita sayang.. Tapi bila kita mati nanti, mereka tak ada dengan kita.. Bayangkan korang sorang sorang kat sana.. Semua orang orang yang korang sayang hanya ada waktu korang dah jadi jenazah, sampai lah kau ditanam ke kubur.. 2-3 hari je mereka akan rasa sedih kehilangan korang.. Tak pon sebulan..setahun.. Then mereka akan teruskan hidup mereka.. Macam yang selalu kita dengar " yang hidup kene teruskan hidup" ..

Ya Allah, masa tu terfikir.. Waktu tu kita dah tak ada sesiapa.. Hanya ada Allah..  Tapi kenapa kita selalu lupa pada Dia? Waktu kita susah senang, sejak kita dipilih antara berjuta juta sperm utk menjadi benih..sehinggalah kita dilahirkan hingga menjadi manusia saat ini, Allah sentiasa dengan kita.. Tapi kita selalu lupa.. Kita hanya cari bila waktu susah..bila nak dekat exam, bile ada masalah, baru kita ingat Dia.. Kenapa? sedangkan kita "hamba" ..Ampuni dosa hamba mu ya Allah.. Sepatutnya seorang " hamba" kene salau ingat kebaikan,pertolongan, ihsan, nikmat pemberian Tuhannya.. Nampak kan, betapa angkuh nya kita..

Walaupon sebesar mana pon dosa kita, Allah sentiasa buka pintu taubat buat hambanya.. Bahkan Allah akan jaga erat hambanya yang bertaubat..tapi kita? Hari hari buat dosa.. Sampaikan yang dosa tu dah jadi satu tabiat, benda normal dalam hidup kita..tapi solat taubat pon tak pernah buat.. Bila fikir balik, betapa tingginya ego kita pada Pencipta kita.. Kadang kadang, kita rasa kita dah banyak buat benda baik, sampaikan kita pandang rendah terhadap orang yang buat dosa, kita benci orang tu bila tahu dia buat dosa,  buat maksiat, tapi sedar tak siapa kita? Siapa kita untuk menhakimi mereka.. Kita judge mereka macam kita tk pernah buat dosa.. Kita angkuh.. Walhal, orang yang buat dosa tu, yang kita keji, yang kita benci dalam sudut hati mereka, mereka nk berubah,

Alia ada seorang teman, dia diuji dengan Allah..dia kuat, sebabtu Allah pilih dia.. Dia pernah cerita kat alia, perasaan dia. Dia selalu cakap kat alia dia takut.. Takut kalau Allah cabut nyawa dia..dia takut.. Dia pernah tanya kat alia, masatu dia rasa sakittt sangat.. Tak tahan mungkin sebab tu dia tersasul tanya soalan ni.." alia, kenapa Allah bagi penyakit ni kat kita, kadang kadang kita fikir banyak sangat ke dosa kite?" then dia nangis..sepuasnya.. Masa tu alia hanya diam.. Hanya mampu berdoa untuk dia.. Sebenarnya dia beruntung..sangat sangat beruntung, sebab setiap kesakitan yang dia tanggung tu, maka gugur dosa dia. Bukan soal banyak atau tak dosa dia, sehingga Allah bagi ujian ni.. Tapi sebab Allah pilih awak. You're the choosen one.. Yang Allah pilih untuk dekat dengan Allah.. Sentiasa ingat Allah.. Sekurang kurang nya die dapat buat persiapan amalan sebelum berjumpa ilahi.. Alia bukan mendoakan tapi bila fikir balik.. Dia sangat beruntung daripada kita yang sihat walafiat ni.. Kadang kita lupa, kita boleh mati bila bila.. Dia beruntung sebab Allah uji dengan sakit sebagai reminder untuk dia bertaubat kepada Allah, untuk buat persiapab bekalan ke akhirat untuk sentiasa ingat mati.. Kita?? Entah esok atau lusa, kita tak tahu bila waktu kita..tak ada reminder untuk kita..beruntung lah kalau sempat bertaubat kepada Allah, tapi klau tak???  Ampuni dosa hambamu ya Allah..

Semoga kau terus kuat teman..percaya Allah takkan sia siakan doa hambanya yang berlapang dada dengan ujianNya..
Sama sama berdoa..

Untuk kita yang sihat,  bersyukurlah atas setiap hari hari yang kita lalui dalam hidup kita, kerna masih ada orang lain yang sedang berjuang untuk hidup..

Teruskan berdoa..jangan pernah berhenti berharap..

Wassalam

Saturday, 12 December 2015

Outstanding Award dari Allah

Assalamualaikum..

Alia baru je balik dari majlis annual dinner mimet outstanding award..lebih kurang macam tu la kot namanya.. Lupe deh.. Bombastic sangat sampai tak ingat namanya.. Alhamdulillah PMIM, persatuan Mahasiswa Islam MIMET dapat anugerah "Best Club Award" walaupon banyak suka duka nak buat program..kadang kadang beriya buat program tapi tak ada sambutan.. Siapa yang tak kecewa..susah betul nak ajak orang buat baik kan.. Mungkin kita kene reflect diri jugak..ada sesuatu perkara jahiliyah yang kita tak tinggalkan.. Jadi orang pon rasa berat nak join.. Banyakkan muhasabah diri.. Tapi  bila dah nak habis belajar ni (tinggal 1 sem sebelum intra) rasa sayang kat pmim tu semakin kuat.. Mungkin dah semakin rapat, semakin mengenali antara satu sama lain.. Secara jujurnya, alia ni jenis yang bukan cepat friendly dengan orang. Tapi sejak join pmim ni, senang sangat rapat dengan muslimat pmim ni.. Buat kerja sama sama..tak tido malam hias board, bungkus gula gula kata hikmah.. Iftar sama sama, buat sushi sambil usrah Semua tu kenangan.. Semoga Allah rahmati segala usaha dan pertolongan korang semua.. Hanya Allah yang mampu balas :) Tahu tak bila join pmim ni ada je rezeki.. Kadang kadang kita ni berharap sangat kat duit elaun.. Tapi Allah yang maha pemberi rezeki.. Ada je orang infak sedekah duit, makanan tiap kali buat program.. Asyik dapat makan free je..hahahh.. Alhamdulillah

Bercakap pasal award ni, im not agree when people only judge from the aspect of appearance, popularity, to get that award.. Kadang kadang kita boleh nilai diri sendiri, patot tak aku dapat? Layak ke? Redho tak Allah dengan cara aku ni? Tapi award tu semua hanya nilaian manusia.. Nilaiaan Allah tu jauh lebih telus dan Allah lihat usaha kita..bukan result, acchievement yg Allah nilai.
.
Ada yang dah berusaha sungguh sungguh tapi belum ada rezeki nak dapat result baik..ada yang sanggup buat apa sahaja, tanpa fikir betul tak cara aku ni, semata mata nak dapat DL, nak high mark. Fikirlah.. Kita pon tahu mana yang Allah lebih redho..dan kadang kadang Allah nak uji kita.. Kita ni hamba yang bersyukur tak.. Allah dah bagi macam macam anugerah  kat kita, Tapi kita tak nampak, kita leka..akhirnya alpa dengan anugerah Allah tu dan semakin jauh dari Allah.. Contoh, setiap sem kita dapat dean list. Sanggup buat apa je nak dapat dean list.. Bila Allah dah bagi, ada tak kita bersyukur? Ada tak kita improve cara kita yg jahiliyah dulu kepada cara yang Allah redho?
.
Buat yang dah berusaha sungguh sungguh, tapi masih belum Allah makbulkan doanya, teruskan usaha mu.. Jangan give up. Chin up! Allah akan beri bila kita dah lepas ujian tu..hanya orang yang layak je dpat tau..yang penting do the best Allah will do the rest.. Rezeki tu Allah yang beri..yakinlah =)

Sebenarnya, segala apa yang kita ada sekarang , kita ada rupa yang cantik, otak yg smart, ada nama, ada duit, kaya.. Tu semua ujian.. Orang yang bersyukur pasti akan sentiasa rasa ckup dengan apa yang Allah bagi, dan Allah akan tambah lagi bila kita menjadi hamba yang bersyukur.. Tapi orang yang alpa pon Allah akan tambah nikmat kesenangan dalam hidup dia..untuk apa? Kenapa? Sebab Allah nak buat golongan ini agar menjadi lebih lupa, sesat dan jauh dari Allah..  Fikirlah kita nak golongan yang mana.. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan istidraj tu.. Golongan yang diberikan nikmat dan dihilangkan erti kesyukuran dalam jiwa hambanya..
.
Ingat kita menuntut ilmu kerana Allah.. Jadi tuntutlah ia dengan cara yang Allah redha..kalau bukan kat dunia, kat sana nanti Allah balas..tak ada yang sia sia dalam menuntut ilmu.. Menuntut ilmu tu lebih baik amalnya dari menunaikan solat sunat 2 rokaat.. Kalau solat sunat pon malas, tuntutlah ilmu..

Rasulullah S.A.W bersabda : "Jadilah kamu orang yang mengajar atau belajar atau pendengar (orang mengaji), atau pecinta (mencintai ilmu) dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima (ertinya tidak mengajar, tidak belajar, tidak suka mendengarkan pengajian & tidak mencintai ilmu), maka kamu akan hancur".- HR. Al-Baihaqi

Hanya dengan ilmu, dapat bimbing kita, dan hanya dengsn adab yang dapat menentukan sama ada Allah redha atau tak ilmu yang kita dapat tu..

Lastly..tahniah..pada semua yg dapat awards..Allah bagi setimpal dengan usahamu..semoga sama sama berjaya didunia dan di akhirat =)

Wassalam..

Sunday, 6 December 2015

Hanya Allah yang tahu

Disaat semua orang rushing dengan test, quiz, fyp, final exam.. Diri ini rasa ada sesuatu yg hilang.. Rasa nak lari dari semua ni.. Konflik demi konflik datang menguji diri.. Selalunya jalan mudah yang pling berkesan untuk 'recharge' diri dengan suntikan spirit yang memotivasikan diri adalah dengan cara membawa hati lari ke syurga kediaman.. Tapi perancangan Allah jauh lebih baik. Sungguh aku rindu.. Hanya Allah yang tahu.. Tak tahu knapa hari ini, kali ini, hati ini terlalu rindu.. Bukan tak biasa tak balik berbulan..bulan.. Dulu masa matrik pon balik rumah bukan rutin mingguan.. Tapi kali ini..lain.. Perasaan itu lain..

Mungkin ada hikmah kenapa Allah bukakan pintu hati aku nak teman kawan balik kampung.. Sepanjang perjalanan dalam bas tu, ada suatu sharing dari dia yang betul betul menyentap hati aku.. Kisah hidup dia.. Dia hanya ada emak tempat berkongsi segala isi hati.. Aku sepatutunya bersyukur dengan apa yang aku masih miliki sekarang.. Benar, kadang kadang kisah sejarah hidup kita yang dulu, yang pahit membuatkan hati ini menjadi batu.. Sukar sangat nak melupakan.. Asyik meletakkan kesalahan kepada insan lain.. Walhal salah dan silap kita, jauh lebih banyak.. allahu.. Ampuni dosa hamba mu ya Allah.. Hamba mu ini lupa.. Lupa dengan nikmat yang kau beri..alpa dengan anugerah yang kau kurniakan kepada ku..

Tak tahu kenapa hari itu, ku luahkan semua yang terbuku pada dia.. Jarang aku buka mulut, bercerita tentang kisah ku.. Tapi dengan dia, aku rasa... "she is the one"  Ada hikmahnya aku share masalah yg terbuku..sebab masalah aku adalah jawapan bagi segala persoalan yang dia selalu tanyakan pada diri.. Dan masalah dia adalah jawapan bagi masalah aku.. Bukan sekadar jawapan tapi juga kesedaran buat aku..Air mata deras mengalir.. Tanpa menghiraukan orang lain dalam bas tu. Aku berdosa ya Allah..

Mungkin kerana itu, kali ini aku benar benar rindu... Aku takut aku menyesal.. Disaat hati ini ingin berubah, satu satu jalan Allah buka untuk aku.. Atas kehendak Allah, aku di'bussy'kan dengan tarbiah usrah dan program islamik sebuah persatuan.. Benarlah..kata seorang teman, "kadang kadang Allah yang melayakkan kita"  " tak semua orang Allah pilih untuk terbuka hati menuju penghijrahan berjuang ke arah dakwah, hanya yang terpilih".. Sepatutnya aku bersyukur..

Rindu yang terlalu dalam ini, masih belum hilang tapi diubati dengan ukwah dari cinta sahabat sahabat yang sangat baik.. Terima kasih ya Allah.. Kau kurniakan aku sahabat syurga yang baik baik.. Sharing mereka selalu buatkan aku selalu dekat dan ingat dengan mu.. Terima kasih ya Allah..

Sebenarnya, tiap apa yang berlaku dalam hidup kita, baik pahit, ataupun duka.. Itu tanda Allah nak 'ketuk' kita.. Ingatkan kita.. Sebab semuanya pasti akan berbalik pada maha pencipta.. Jauh mana pon kau lari dari masalah, kau akan penat, dan akhirnya Allah jualah tempat kita kembali mengadu..meminta pertolongan..

Terima kasih ya Allah..

Wednesday, 2 December 2015

Nukilan rindu buat ibu

Assalamualaikum.. Ibu..
Banyak benda kakak nak cerita kat ibu.. Kakak nak cerita pasal kawan kawan kakak yg baik baik smua, pasal setiap hari hari yg kakak lalui kt sini, pasal kawan kawan kakak yg sedang diuji dgan Allah.. Pasal kenangan kenangan manis kakak dangan kawan kawan kakak kat sini..banyak lagi...banyak sangat benda kakak nak cerita kat ibu..terlalu banyak..

Tapi...

Satu pon kakak tak pernah cerita kat ibu.. Smua hanya terbuku dalam hati..dalam luahan gembira imaginasi sendiri seorang anak bergelak tawa berkongsi rasa dengan seorang ibu.. Itu hanya imaginasi..

Kakak minta maaf.. Kakak menjadi seorang yang pasif dimata ibu.. Kakak minta maaf tak banyak ekspresi yang diluah kat ibu, kakak mintak maaf menjadi seorang perahsia dekat ibu.. Kakak minta maaf..

Kakak ingat lagi waktu sekolah dulu,waktu ibu sakit.. Macam macam kakak cerita kat ibu, pasal sekolah, pasal kawan, semua..walaupon benda yang kecil pon kakak cerita.. Tapi masa tu kakak ada tersilap cerita, waktu ibu sakit, kakak cerita pasal seorang budak kelas kakak, yang baru jadi anak yatim..perkataan 'mati' tu ibu tak boleh dengar.. Ibu marah..ibu tak layan apa kakak cakap..kakak tak pernah nampak ibu serious macam tu.. Kakak sentap..masuk bilik..menangis.. Kakak tahu, kakak silap..tak sepatotnya kakak cerita psal tu kat ibu.. Sejak tu..kakak sangat berhati hati..tak semua benda kakak cerita kat ibu..walaupon benda besar pon belum tentu kakak cerita kat ibu..kakak diam..dan terus begini..

Hakikatnya...

Kakak nak sangat cerita semua benda kat ibu, tiap kali kakak ber 'angan' dalam imaginasi sendiri,bercakap dengan ibu.. Im told Allah, ya Allah.. Sampaikan rindu ini buat ibu.. Dan kakak rasa tenang.. Terasa apa segala rahsia hati dah diluah dan didengar.. Kakak percaya Allah maha mendengar doa hambanya.. Begitu juga dengan ibu.. Kakak tahu, kakak ada kat sini, kakak dapat kawan yang baik, kakak dapat belajar dengan baik, kakak dapat hadapi masalah yang diuji, semua atas doa ibu..kakak tahu ibu selalu doakan anak anak ibu.. Sebab tu Allah mudahkan urusan kakak.. Allah bantu kakak.. Tiap kali kakak rasa sempit, Allah lapangkan, Allah mudahkan, Allah ingatkan apa yang kakak lupa..itu semua sebab doa ibu..

Terima kasih ibu..

Sejujurnya, kakak sangat sangat rindu ibu.. Tapi kakak tak pernah tunjuk.. Kakak sayang ibu..kakak minta maaf kakak dah banyak kali buat ibu terasa dengan perangai kakak yang satu ni.. Sampai satu tahap ibu masuk bilik dan cakap kat kakak " kakak duduk la sini, ibu nak jugak dengar cerita kakak" ..kakak masih ingat ayat tu ibu.. kakak minta maaf kakak dah lukakan hati ibu..kakak sedang berusaha fighting dengan diri sendiri.. Nak menjadi anak yang lebih baik..

Ibu, ibu tahu tak semua coretan dalam diari blog kakak ni, semua 'stori' yang kakak nak cerita kat ibu.. Semuanya.. Sejak hbis sekolah sampai sekarang.. Smuanya ada dlam coretan diari ini..

Ibu, kakak janji..kakak akan berubah..
Kakak sayang ibu.. Hanya Allah yang tahu..begitu juga dengan ayah..  Semua kakak sayang..cuma, kakak tak tahu nak ekspreskan macam mana.. Jadi kakak mula menulis..

Ya Allah sayangi ibu, sayangi ayah, sayangi keluarga ku, sayangi sahabat ku, sayangi mereka ya Allah... Sanyangi mereka ya Allah..

Monday, 16 November 2015

Ya Allah, sayangi mereka

Ya Allah..hambamu ini tak tahu nak mengadu kat siapa..Hanya kepada Engkau, untuk ku luahkan rahsia hati.. Hanya Engkau yang memahami perasaan ku, situasi ku ya Allah.. Ibu dah banyak bersedih..aku mohon ya Allah.. Kau kurniakanlah berita gembira buat ibu dan ayahku..lapangkanlah hati kedua orang tua ku..mereka orang yang banyak berkorban untuk kami..Engkau ampunilah segala dosa dosa mereka sepanjang hayat mereka..Engkau masukkanlah mereka ke syurga mu tanpa dihisab, Engkau haramkanlah tubuh mereka dari seksaan azab api nerakamu, selamat kan lah juga mereka dari azab kubur..sesungguhnya mereka insan yang banyak berbuat ihsan kepada kami..sanggup menyembunyikan rasa sedih, susah, dari kami hanya semata mata nak membesarkan kami, sanggup bersusah payah, menebalkan muka semata mata nak lihat kami meneruskan pengajian kami.. aku tak sanggup lagi ya Allah..nak melihat mereka bersedih.. Ya Allah..tuhan yang maha mendengar doa doa kami, aku tak pandai berdoa, tpi aku yakin Engkau maha megetahui segala rahsia hatiku.. Sayangi mereka ya Allah.. Sayangi mereka ya Allah..sayangi mereka ya Allah...

Saturday, 14 November 2015

Pilihlah Aku untuk Ikhlas

Salam alayk. Kali ni nak kongsi usrah mengenai ikhlas.

Tak dinafikan memang tak mudah nak ikhlas. Semakin dicari dirasakan semakin misteri. Sohih ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah swt.

Selalu kita dihidangkan kalau buat sesuatu bukan kerana Allah taala maka itu dilakukan tanpa ada rasa ikhlas. Itu yang kita sering faham. Dan ada juga antara kita yang pernah alami ikhlas hanya ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan? Kecundang! Kecundang oleh sesuatu yang selain Allah.

Jadi apa perlu buat?
Ingat balik pesan ulama' yakni beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.

Soal ikhlas atau tidak campak tepi dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Maksudnya jangan la harap hati tu dah datang rasa ikhlas waktu awal2 nak beramal. Buat je dulu nanti lama2 dah istiqomah hati pun datang rasa ikhlas tu. InsyAllah.

Ada satu dialog Imam Al Ghazali dengan muridnya yang saya pernah baca. Muridnya bertanya, "Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?". Apa Imam jawab? Beliau kata, "Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia".

SubhanAllah. Betapa nak tunjuk di sini beramallah walau hati diganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan.

Teringat saya akan pertanyaan Abu Hurairah kepada Nabi saw berkenaan seorang pencuri yang mengerjakan solat tapi  masih mencuri. Lalu baginda menegaskan bahawa solat pencuri tu lambat laun akan bantu dia menghilangkan tabiat buruk dia tu.

Haa.. nampak tak kat sini bahawa buat jahat tak bermaksud kena berhenti buat baik. Walau pun ada benda tak elok yang kita buat tapi kita nak buat amal juga tak ada masalah. Buatlah moga itulah jalan untuk kita bertaubat. Iringilah kejahatan itu dengan kebaikan kerana lambat laun cepat atau lambat kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan.

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab.

Jom support Usrah Hijrah Haura:
https://telegram.me/hijrahhauraofficial

Friday, 6 November 2015

Adab show who u're

Assalamualaikum.. Harini nak luangkan sedikit masa utk blogging.. Mungkin some people think , tak penting pon berblog bagai ni..nak berdiari bagai.. Tapi this is my own way to express my feeling, to share a little 'daboom sweet experienced' of mine..for myself. Im write for myself!.. To appreciate people who exist around me that always cheer me up, and at the same time the one who always remind me to keep closer to Allah..
(Try speaking omputih hehe)

Berkenaan tajuk entri kali ni, pasal adab. Semakin dewasa ni, adab jadi cerminan siapa kita? Kalau elok ahlak dan adabnya, in shaa Allah..elok lak cerminan kita..elok lah apa perception orang sekeliling pada kita..

Tapi bila hilang ahlaknya, adab apatah lagi, no one will respect u!  Mungkin bagi sesetengah org rasa benda tu kecik je.. Hanya gurauan.. Tapi the way u gurau tu tak kene tempat, sampai berlebihan memalukan orang lain, its rude beb! ! Cuba kalau kene kat batang hidung sendiri, contoh simple je, orang share gambar ko yang tak proper then spread sampai satu group wassap dapat.. Mesti ko panas kan? Nak gurau pon ada adabnya.. Jangan sesuka hati mempermain kan perasaan orang.. Mungkin orang tu diam, sebab dia tak nak ambil pusing pasal gurauan tu semua, dia fikir positif.. Tapi kalau dah hari hari di bahan..sampai meleret leret kepada org lain..itu melampau okay ! !

Tak seronok okay sebenarnya memperkecilkan atau memperrendah rendahkan orang lain.. Mungkin bagi ko seronoklah..tapi sebenarnya Allah show who are the really you! jangan jadikan alasan "kita manusia tak lari daripada buat silap" yup..memang betul statement tu tapi manusia yang tak pernah belajar dari kesilapan..keep repeating the same silly mistakes..tu jahiliyah namanya.. Tak salah buat salah..tapi yang salah bila tak pernah beralah tak pernah rasa bersalah.. Come on beb, wake up. Mungkin ini satu teguran Allah..jangan sombong! Berubahlah..

Teringat dari satu kisah baginda nabi Muhammad s.a.w .. Lebih kurang begini kisahnya.. Ada seorang wanita kafir dia beri baginda sebiji limau yang masam kpda baginda.. Baginda makan limau tu..dan terasa sangat masam..oleh sebab itu, baginda tak beri pon limau tu pada sahabat yang lain kerana bimbang sahabat akan melukai hati wanita tersebut. Kerana adab dan ahlak baginda yang sangat tinggi ni lah..akhirnya wanita itu memeluk islam.. Subhanallah.. Tindakan baginda tu sangat simple, tapi sampai boleh menarik orang lain untuk memeluk islam..see.! Kerana adab ahlak, hati yang keras pon boleh lembut =)

Ingat, what you give youll get back.. Klau kita rasa kita tak mampu buat perkara baik, tinggalkan lah maksiat, tinggalkan perkara lagho..bergurau berebihan pon boleh buat kita lalai..semata mata nak buat lawak, sanggup memperrendah rendahkan orang lain.. It no use!

Maaf jikalau bahasa entri kali ni agak tak sedap mata membaca telinga mendengar haha.. Itu namanya 'expression ' okay, senyum..positif..positif jyeahhh! !

Wassalam

Thursday, 8 October 2015

Lupakan dia!!!!!

Assalamualaikum..salam jumaat..

Dah masuk 2 bulan menjalani semester 5 di mimet.. Alhamdulillah..Allah temukan alia dengan roomate, kakak kakak, adik adik geng bulatan cinta yang sentiasa membuatkan diri sentiasa muhasabah diri, reflect diri dan In shaa Allah..sama sama berusaha menjadi lebih baik..
.
Sejak kebelakangan ni, tak tahu kenapa Allah temukan alia dengan sharing dari macam macam isu, masalah sahabat sahabat alia..jujur alia memang tak mampu nak tolong..sekadar hanya mendengar luahan rasa..hanya doa yang diiringi untuk mereka..
.
Kadang kadang tu terfikir sejenak.., kenapa ye, Allah buka kan hati kawan tu untuk bercerita, berkongsi masalah dengan kita?? Kenapa kita?? Kenapa bukan orang lain?? Mungkin ada hikmahnya, Allah nak kita tarbiyah diri kita, Allah nak kita fikir baik buruk sesuatu tu..Allah tak nak kekhilafan yang sama berulang lagi, dan mungkin kerana  Allah nak buka hati kita, supaya sentiasa sama sama ajak sahabat kita ke arah kebaikan.. Dierang bukan jahat..tapi atas kehendak Allah, mereka sedikit lari dari peringatan Allah.. Cuba fikir kalau bukan dari sharing mereka, dari kekhilafan mereka, mungkin tak ada 'reminder' untuk orang lain..

Masalah yang acap kali alia dengar biasanya pasal cinta.. Faham faham je lah..waktu usia macam ni lah, Allah akan duga kita dengan fitrah ni..sama ada kita uruskan dengan betul atau tak.. Satu yang alia perasan benda yang sama berlaku..bile dah buat perkara yg mendekati zina, tak mustahil macam macam boleh berlaku.. Allah dah pesan dalam Al quran..jangan dekati zina..Jangan DEKATI zina!! Apatah lagi buat perkara terkutuk tu.. Yer, kita ni manusia, tak dapat lari dari fitrah ingin disayangi, ingin berpasangan.. Tapi pilihlah jalan yang betul, bukan dengan cara yang Allah murka.. Tak ada yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai selain dari sebuah ikatan perkahwinan..Allah yang cipta kita, Allah faham fitrah kita, Allah maha mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara tu..jangan persoalkan kenapa buat ni tak boleh..tu tak boleh.. Siapa kita nak persoalkan? Sedangkan setiap hirupan nafas kita, setiap degupan jantung kita pon semua atas ihsan Allah.. Allahu.. Tak malu ke kita? Kita masih hidup ni pon atas ihsan Allah..

Secara jujurnya memang alia tak pernah berada dalam situasi mereka ni.. Yang kadang kadang sebab terlalu sayang si lelaki tu, sampai satu tahap mereka lupe, mereka ada ibu dan ayah..cuba kalau setiap langkah awak melangkah keluar nak pergi keluar date tu, bayangkan ibu dan ayah awak..mereka agak agak suka tak tengok anak dia keluar berdua dengan lelaki. Sebenarnya ada bayak sebab kenapa sesetengah ibu ayah tak tegur anak dia yg terjebak dengan isu ni. Mungkin bagi korang " eleh, mak ayah aku tak marah pon..die kasi je aku keluar ngan bf aku.." tahu tak sebenarnya mereka tak pilih marah tu sebagai cara utk tegur korang..kita pon dah besar, dah tak suka kene marah marah..klau korang dengar lecturer kat kelas berleter marah kat korang tak siap assgmnt pon korang akan cakap, "ingat aku budah kecik lagi ke nak marah marah"..see!  Dah tahu kita dah besar, dewasa, be matured..

Ibu ayah la yang besarkan kita, yang jaga kita dari kecil..mereka lebih kenal kita. Kalau mereka yang tak izinkan kita kahwin waktu belajar, mesti ada reason tersendiri..jangan sebab alasan nak bina masjid, ko sanggup jadi anak derhaka. Cuba reflect diri, check diri balik..kenapa mereka tak izinkan..kalau bangun tido pon lepas zohor, solat pon berterabor macammana? Nak buat sesuatu keputusan tu utamakan Allah.. Utamakan ibu dan ayah kita..kerana redha Allah terletak pada redha ibu ayah..

Tipulah kalau alia tak pernah ada perasaan apa apa kat laki..tapi kita sendiri kene belajar kawal perasaan ni.. Perasaan tak kan datang kalau tak dilayan kan? Apa yang nak dibuat bile kita ada perasaan kat seseorang? Perbetulkan diri, perbaiki ahlak..jaga pandangan, jaga ikhtilat, berdoa pada Allah jika dia bukan jodohku maka hilangkan perasaan ni, jika betul pon, kalau belum sesuai waktunya, maka kau didiklah hatiku untuk berubah membuat persiapan dengan bekalan ilmu..bukan dengan angan angan palsu..ala ala cerita korea!

Sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat..contohnya usrah..usrah ni ibarat reminder kita setiap minggu, sebab dalam 'bulatan cinta' tu lah kita akan refleksi diri kita, bina ukhwa sesama ahli.. Bile hati awak penuh dengan cinta ilahi, cinta ilmu, penuh dengan keindahan ukhwah antara sahabat, antara ahli keluarga, secara automatik awak akan lupe pada cinta manusia yang belum tentu jodoh awak. (Bak kata roomate tu jodoh syaitooon..haha)

Lagi satu, klau dah join usrah, dah cuba bussy kan diri, tapi tak boleh juga lupakan dia, tinggalkan maksiat! Jangan contact, jangan wassap, jangan bergayut malam malam, delete terus nomb dia, unfollow ig, fb segala akaun social yang relate dengan die.. Tahu, benda ni lah paling sukarrr sangat nak buat, tapi fikir sampai bile aku nak terus buat maksiat? Kalau die betul betul nak nikahi awak, nak jaga awak, dia akan hormat awak.. Bukan rosakkan awak! Ingat tu..

Alia share bukan dengan tujuan utk mengaibkan sesiapa..cuma taknak hal yang sama berulang lagi..girls, love urself, because Allah love you more than you do..

Wednesday, 16 September 2015

Annisa' imadul bilad

Sesi perkongsian usrah kali ini special untuk kamu dear lovely sister..bakal penghuni jannah.. In Sha Allah..

"Annisa' imadul bilad"
bermakna "Wanita Tiang Negara"
   
Nak intro dulu tentang betapa pentingnya peranan seorang wanita. After this, kita boleh move on dengan topik topik an-nisa' yang lain
   
kenapa wanita ni di katakan tiang negara? Dalam hadith Rasulullah S.A.W ada sebut
"Annisa' imadul bilad, fa in salahat salahatil bilad wa in fasadat fasadatil bilad."
maksudnya,
"Wanita itu tunggak(tiang) negara. Kalau elok wanita, maka eloklah negara itu. Kalau rosak wanita maka rosaklah ia."  Berbalik kepada soalan tadi, kenapa wanita ni penting, sebab kitalah yang akan melahirkan ummah. Membentuk khalifah.
A girl need to be wise. Bukan dari ilmu fizik, kimia, biologi, ekonomi etc sahaja bahkan dari ilmu agama.         
 
Tugas wanita adalah mendidik anak. Sebelum membina baitul muslim, kita perlu bersedia dengan berbagai ilmu di dada.
Kerana...
Guru.. Ulama' .. Doctor Ummatic.. Engineer Ummatic.. Scientist ummatic..
Dilahirkan oleh wanita.    
Untuk berjayanya sebuah negara, wanita di negara itu sendiri kena berjaya.
Selain itu, wanita merupakan tulang belakang kepada lelaki.
Ibu menjadi tulang belakang kepada anaknya.
Isteri menjadi tulang belakang kepada suaminya.
Anak menjadi tulang belakang kepada ayahnya.          Dalam beberapa ceramah (even dalam youtube pun ada) cerita,
Seorang pemimpin di sebuah negara, nak carikan anaknya pasangan hidup. Maka, dia membuat pengumuman. Sesiapa yang mempunyai anak yang umurnya sudah layak berkahwin (maybe range 16-20), maka nyalakan pelita di luar rumah.
Pada malam itu, negara itu terang. Dia berkata, "bagus, ramai wanita yang boleh anaknya pilih." Then, dia buat annoucement, kalau ada anak yang nak kahwin dan menghafal al-Quran, sila nyalakan pelita. Maka, negara itu mula suram.
Namun, still banyak untuk di pilih. Kemudian, pemimpin tersebut membuat pengumuman, "sesiapa yang mempunyai anak yang nak kahwin, hafal Quran dan hafal kitab (i'm not sure apa nama kitab tu), sila nyalan pelita." Pada malam itu, negaranya gelap gelita.
Pada masa itu, dia mempunyai gambaran tentang negaranya. Inilah negaranya. Jika wanita tidak berjaya, seperti inilah negaranya.
Gelap gelita.     
Betapa penting peranan wanita ni, sampai tahap kejayaan seorang itu diukur dengan kejayaan negara.
   
Wanita juga berperanan  membimbing sesama wanita. Walaupun wanita memikul tanggungjawab yang besar dalam keluarga, namun kita juga pasti mampu untuk memikul tugas dakwah kerana Allah Yang Maha Mengetahui tidak akan membebani hambaNya di luar kemampuan kita.

Wanita ni merupakan sayap kiri dalam masyarakat. Burung ada satu sayap je tak boleh terbang kan? Begitu juga sayap kiri ini sama penting dengan sayap kanan (lelaki) dalam kerja dakwah.
Sperti riwayat sahih Al-Bukhari, Rasulullah bersabda "wanita adalah saudara lelaki."
Kita, sebagai muslim takkan lupa, orang pertama yang beriman kepada Rasulullah adalah seorang wanita iaitu saidatina Khadijah.
Beliaulah yang membantu Rasulullah SAW berdakwah, membela baginda, mengeluarkan harta benda beliau bagi dakwah dan sangat mencintai suami beliau di saat ramai orang memperlekehkan dan membenci baginda.
Beliaulah yang berada di sisi Rasullullah dan menyokong dakwah baginda dengan setia tanpa henti sehingga akhir hayatnya tiga tahun sebelum hijrah.
Suatu ketika Nabi mengenang wanita yang sangat dicintainya : “Demi Allah, tiada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman ketika semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua pihak mendustakan, yang mengorbankan hartanya ketika semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapat keturunan”.
Dan inilah srikandi muslimah pertama.
jadilah wanita yg di cemburui bidadari di syurga, walaupun dibenci manusia di dunia.
Wallahu 'alam.

Thursday, 3 September 2015

Masa terlalu pantas

Assalamualaikum..selamat pagiiii...dah pagi dah pon..pukul 4pagi, kelopak mata masih hyperactive kelap kelipnya..tinggal beberapa hari lagi, dah nak habis cuti sem..huarghhhh..rasa macam tak ready nak naik sem mengadap FYP1..tajuk pon tak cari lagi..*sambil tangan kanan tepuk dahi bertubi tubi*

Pejam celik pejam celik dah nak naik sem5..lagi 2 sem untuk graduate!! Sem 7 dah kene practical..maksudnya masa tu umur 22tahun..*tak yah nak masatu sangat tahun depan je alia oii* Alhamdulillah cuti 3 bulan ni dimanfaatkan sepenuhnya untuk belajar memandu. Kerja memang idak lah..tak sempat sebab nak habis amik lesen cepat sebelum naik sem.

Umur dah meningkat bertingkat tingkat dah..tapi kenapa tahap kematangan tu tak berkembang yerk? Malu tahap kritikal tu..sampai tak bertempat **ni ibu yang comment **  ibu pesan lagi, macam mana nak kerja? Esok lusa dah intra..tapi still perangai tak ubah..

Kakak tak tahu bu..mungkin betullah orang kata, pengalaman mendewasakan diri..tunggu kerja nanti baru betul betul dewasa dan matang kot bu haha..*hempuk kepala kang!!**

Memanglah sebagai anak sulung, sapa yang tak nak senangkan hidup ibu ayah.. Itu memang impian semua anak.. Teringan nak beli kereta untuk ayah..tak payah pakai kereta lama tu yang selalu kene masuk bengkel..teringin nak belikan adik adik barang sekolah..kelengkapan sekolah..sebab masa alia umur 25 tahun nanti, adik yang kecik sekali, Nurul Ain masih sekolah rendah darjah 6. Mengikut analisis time frame alia, umur 25 masatu inn shaa Allah..jika dipanjangkan umur waktu tu dah bekerja..adik adik yang sekolah ada 2..iman mungkin amik STPM **tu pon kalau sistem pendidikan tak berubah** yang lain semua masih belajar kat U..Nana pulak baru lepas graduate masatu..tira mungkin dah jadi nurse.. Tu pon kalau dia tak sambung degree..then mimi pulak mungkin masih amik diploma..wahhhhhhhhhh besar tanggungjawab..

Memang niat dihati ni, teringin sangat nak bantu ibu ngan ayah..inn sha Allah..moga Allah perkenankan doa ku..amin..Kalau nak coretkan semua pengorbanan ibu dengan ayah memang seribu malam pon belum tentu cukup..terlaluuuu banyak ihsan ibu ayah buat kami adik beradik.. Terima kasih ibu ayah..

Satu pesanan ibu yang tak pernah lupa.. "Esok dah senang, dah kerja jangan lupa orang orang yang banyak tolong kita".. Ayah pulak selalu pesan " walaupon dah habis belajar, jangan sombong ngan kawan..selalu tanya khabar kawan"  kalau nak diikutkan sebenarnya banyak lagi pesanan ibu ngan ayah..tapi itu yang selalu yang dok diulang ulang..

Kadang kadang kita berjaya bukan sebab usaha kita, bukan sebab kecerdikkan kita, tapi sebab orang orang di sekeliling kita yang mendoakan untuk kita..Allah makbulkan doa mereka =) tapi kalau kita rasa kita gagal dalam hidup..cuba check balik perkara ni dalam diri kita.

1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah SolatMu.

Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]

2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganMu dengan ibumu dan baktimu kpdNya.

Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]

3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka Periksalah hubunganMu dengan Al-Qur'an.

Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]

Dan...

4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianMu terhadap nasihat yg engkau dengar dari orang2 yg menyampaikan Nasihat kpdMu.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]ْ

Ya Allah..masa berlalu terlalu pantas..jangan kau jadikan kami golongan yang rugi sewaktu usia kami.sebaliknya jadikan kami golongan yang masanya diuruskan dengan betul untuk mencari bekalan saham di akhirat..jadikanlah juga kami anak anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibu bapa kami dengan berbuat ihsan terhadap mereka sepanjang hayat kami..kau masukkanlah mereka ke syurgamu tanpa dihisab..kau haramkanlah tubuh mereka dari seksaan azab mu..kerana sesungguhnya sejak kami masih janin..mereka sangat menjaga kami bahkan sehingga saat ini..terlalu banyak pengorbanan mereka ya Allah..sayangilah mereka ya Allah..

Seandainya masa berlalu terlalu pantas ya Allah..aku mohon agar aku sempat berbuat bakti kepada ibu dan ayahku..sebelum aku pergi menghadapmu..ya Rab..

Moga moga Allah memelihara kita semua dalam  mencari KeredhaanNya..Wassalam..

Monday, 24 August 2015

Dah bersedia ke nak kahwin?

Assalamualaikum..cuti ni rajin pulak update blog..semoga segala perkongsian,  pengalaman, kenangan yang menjadi coretan dalam blog alia, menjadikan diri ini selalu beringat..dan sentiasa muhasabah diri..

Usia dah menginjak 21tahun..waktu begini,soal jodoh bukan mainan. Tapi bersediakah kita?? Bagi diri ini, ada banyak kriteria yang masih belum mencapai tahapnya, malah untuk dipenuhi jauh sekali..hanya kita yang tahu dan kenal diri kita..usah sibukkan diri,serabutkan otak fikir pasal jodoh..

you will meet someone in a perfect time..When Allah knows you're already prepared =)

Daripada berangan nak kahwin, baik berusaha mempersiapkan diri..kalau tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu ayah pon masih terumbang ambing, ahlak dan ikhtilat pon tak jaga, tak kisah lah ikhtilat didunia maya atau pon realiti, masih bertepuk tampar, tanpa batas..berbalas kata yang boleh menjadi fitnah..fikirlah..boleh ke jadi setia?? Boleh ke ?? Perkahwinan ini melibatkan perkongsian hidup hingga akhir hayat..kalau dah terbiasa mendua, membuayakan, tak mustahil you will get married with someone who reflect yourself.

Bukan senang nak jadi suami, hanya isteri yang solehah dan memahami yang dapat menenangkan suaminya..bukan ke zaujah dikurniakan sebagai penyejuk mata, penenang jiwa buat zaujnya? Tapi zaman sekarang banyak wanita yang hilang ciri ciri tu..semoga kita bersedia menjadi isteri yang deredhoi..apabila sampai masanya..jangan gusar cepat atau lambatnya jodoh itu datang, sebab itu bukan  pengukur kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Jom baca perkongsian dari group usrah kali ini..

          *****************************************

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri  RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur.  Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...
       
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.      

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang. Kadang-kadang 'Wanita' tidak perasan apa yang mereka lakukan. Jadi, kesianlah dengan suami/pasangan anda..

Wassalam..

#lepasni stop asking me "dah jumpa calon ke belum?" Sesiapa yang anak sulung dia mesti paham kenapa aku x suka layan soalan macam ni..banyak lagi harapan mak ayah yang belum tercapai.. Lagi pon aku baru 21tahun..kalau ikut tarikh lahir..belom masuk 21 lagi haha.. Penat nak pikir semua ni.. Kalau aku diam tu faham..faham..;)

Saturday, 22 August 2015

Pilih kawan ??

Assalamualaikum..

Sepanjang bergelar mahasiswa ni macam macam orang kita pernah jumpa..tapi..alia tak berapa setuju dengan prinsip kalau kau nak high mark dalam assaignment ko kene pilih group member yang cerdik cerdik jer..haha kelakar nya..kita masuk U yang sama, its mean awak dia sama jer level..jangan terlalu memandang rendah terhadap kebolehan seseorang tu.. kalau awak awak rasa, awak tu lebih cerdik, mesti dah lama study abroad kan kan?? ..

Tolong lah buang perception ni..kan ke kita diajar untuk bersikap husnuhzon..bersangka baik.. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan. Kalau hidup asyik pegang prinsip nak perfect, awak akan kecewa.. Kalau semua budak U pegang prinsip macam ni, korang tak kan belajar apa-apa..mungkin korang dapat good result, memanjang dean list setiap sem, tapi korang hilang satu benda..apa tu??  Korang tak boleh nak deal ngan masalah..pointer yang tinggi tu mungkin bagus untuk korang dapat good job, jawatan tinggi, gaji besar semua tu.. Tapi, korang akan ada masalah nak deal dangan masalah dalam hidup..sebab dulu, korang dah biasa dengan prinsip pilih kawan demi perfection tu..

Betullah, kalau nak markah group assignment yang tinggi, kene pandai pilih groupmate, pilih yang cerdik cerdik, yang rajin..yang pandai buat kerja..tapi some time tu, kalau lah dalam group tu awak awak dapat dengan orang yang out of ur expectation, jangan lah pinggirkan dia, rendahkan semangat dia, pastu canang satu kelas cakap dia tak buat kerja.  Sampai buat terasa hati.. Hmmm..sedih tau..cuba awak put aside ego awak yang sentiasa nak perfect tu, bagi bagi task ikut kemampuan dan kebolehan masing masing.. Contohnya mungkin ur groupmate tu tak pandai speaking london, jangan lah suruh dia peresent part yang susah susah nak explain, mungkin dia boleh buat kerja part edit edit cari maklumat ke.. Setiap orang kan ada kelebihan masing..jangan lah mentang mentang awak rasa awak yang paling pandai, awak pon dengan sesuka hati secukup rencah bahagikan task kat groupmate tanpa tanya dulu, minta pendapat pliz..

Kalau lah..lepas graduate nanti awak jadi bos ke, manager ke, CEO ke..suka suka hati jer bagi task tanpa fikir ability pekerja tu, habislah company tu..faham tak apa yang alia nak sampaikan ni??  Kalau dapat groupmate yang malas, itu lah cabarannya..yang korang kene deal. Keep calm and istighfar banyak banyak..huhu..dah tahu dia malas, tanya la dia, nak buat part apa? Kalau dia balas, tak nak buat apa apa, hempuk kan aje dengan kuali!! Haha.. Selalunya mereka mereka yang dalam ketegori ni, malas nak buat assignment, tapi dierang boleh jer present slide..alia tak pernah jumpe pulak grupmate yang langsung tak nak buat apa apa..ado ke eak orang macam tu?

Ini semua sekadar pandangan alia.. Juga sebagai perkongsian pengalaman diri serta teman teman rapat yang pernah menghadapi masalah ni.. Its worth when you can deal youself with those problems.. Sebab dalam hidup ni, kita akan hadapi masalah yang jauh lebih besar dan mencabar..jadi, jangan sebab benda yang kecik macam ni, nak putus silaturrahim.. Just face it..bisikkan dalam hati, inn shaa Allah kalau hati ini ikhlas, Allah redho..mungkin kawan kita tu akan terbuka hati untuk berubah..kene faham mereka =)..

So, lepas ni buang lah sikap pilih kawan tu, besok masuk kubur, kita akan ditanya, siapa saudaramu? Apa jawapan kita..umat islam saudaraku..jadi jangan sebab masalah kecil ni, kita putus kawan.. Kalau ada orang yang buat jahat kat kita, yang ambil kesempatan atas kebaikan kita, biarkan aja orang macam tu, doakan lah yang baik baik untuk dia supaya dikurniakan sahabat syurga yang boleh melembutkan hati dia untuk berubah, mungkin kita belum cukup kuat untuk jadi sahabat syurga untuk dia. serta doa kan juga untuk diri sendiri agar diberi hati yang ikhlas,bersangka baik serta ahlak yang baik dalam menghadapi mereka..

Sama sama muhasabah diri.. Student life memang macam ni..semoga kita sama sama mencapai redho Allah..maaf sekiranya entri alia kali ni agak sentap..sebab entri ni pon untuk ingatan diri sendiri..

Wassalam..

Thursday, 20 August 2015

Ackward..feeling guilty

Assalamualaikum..pernah tak korang rasa ackward dengan someone yang you used to be with.. Yang dulunya baik..tiba tiba its become complicated..alia, tiba tiba rasa bersalah kat seseorang..sedih pon ada..alia banyak buat salah kat dia. Betul lah orang kata, bila depan mata kita tak hargai dia, bila dah jauh..baru nampak kebaikan dia..Ya Allah..aku rindu ='(.. Bukan bermaksud dah tak contact, kita lupa orang tu..sejujurnya..rindu tu hanya Allah yang tahu..alia malu..malu dengan sikap diri ni..mungkin semua ingat diri ni baik..tapi hakikat..hanya Allah yang tahu..orang nampak kita baik sebab Allah tutup aib kita..

Ya Allah, aku sayang sahabat sahabat aku.. Semoga kau pulihkanlah hubungan ini..aku rindu ya Allah..rindu.. Sayangi mereka ya Allah..

Tuesday, 18 August 2015

Nota untuk adik..

Assalamualaikum..semoga semua sihat sihat yer..almaklumlah, cuti cuti ni banyak makan jer haha..alia tak tahu nak buat entri pasal apa sebenarnya..tengah dok pikir lagi sebenarnya..haha..
Alia nak share pasal pengalaman alia. Mungkin ini kebetulan atau mungkin pertolongan Allah.. Kalau kita betul betul berdoa dengan penuh keyakinan..in shaa Allah, cepat atau lambat pasti Allah makbulkan :')

Nak dijadikan cerita..selalunya alia balik muar tiket memang semua malam.. Masa mula2x masuk unikl dulu..memang risau jugak..sebab sorang sorang kan..tak ada geng nak balik sama..nasib baik ada roomate yang sangattttt prihatin.. Dierang yang selalu tolong alia..dierg yg mintak tlong budak laki kelas hantarkan..tapi bukan berdua lah..kadang kadang dierg yg hantarkan..baik betul dierang..alia pon x sangka dpat classmate dan kawan kawan yang sangat prihatin macam dierang..sebab sebelum ni alia tak berapa baik sangat ngan budak kelas masa kat matrik..jadi macam serik sikit..tapi tak baik buruk sangka kan..tak semua macam tu..alhamdulillah ya Allah..kau pertemukan aku dengan kawan kawan yang sangattt baik..Hanya Allah yg dapat balas segala ihsan korang =')

Cerita yang alia nak kongsi ni..masa malam tu..semua roomate dan classmate alia dah balik awal..jadi alia balik lah naik teksi..nasib baik ada no telefon pak lah..sebab sebelum ni pernah jadi, telefon paklah..tapi paklah dah kene booking..masa tu punya la kelam kabut..haha..sebab bas pukul 9pm..nasib baik ada kawan tolong..Hanya Allah dapat balas :)
Petang tu alia dah call pak lah siap siap, tak nak ulang kesilapan dulu..nanti tertinggal bas pulak..padan muka haha.. Masuk jer bas kebetulan jumpa kawan satu sekolah dulu..rupanya dia belajar kat perak jugak..budak navy rupanya..dalam banyak banyak hari..hari tu jgak yang kebetulan 1 bas..masing masing nak balik muar..memang ada hikmahnya..sebab sampai jer bus stop muar dalam pukul 4 pagi, ayah tak datang jemput lagi..selalunya ayah dah tggu kat situ, tapi kali ni ayah lambat sikit..nasib baik ada kawan ni..sebab bus stop tu memang sunyi..memang biasanya alia sorang jer yang turun muar..kawan alia ni pulak, dia memang jaranggggg balik..sebab navy kan..jarang dapat cuti.. Tapi hari tu dia balik sebab kakak dia nak kahwin..see!! Ini bukan kebetulan tapi memang Allah nak bantu..

Sebelum ni alia kalau nak balik perak memang berhenti kat pudu..beli tiket balik manjung..ramai yang pesan suruh hati hati..sebab kat pudu ni bahaya sikit..pernah suatu hari tu beg alia tak tutup..dah la ada dompet dalam tu..kalau hilang..naya..nak beli tiket tak dapat..tapi masa tu ada sorang bro ni..dia yang tegur..bagitahu..alhamdulillah.. Pernah jugak, ada satu hari tu, biasanya sampai jer stesen bas manjung alia solatbjamak dulu sebelum balik mimet, tapi masa tu ada sorang aunti ni dia tak sihat, (tak siuman..) Aunti tu duduk betul betul dpan surau tu..dalam hati ni , aku nak masuk ke taknak..nak masuk takut pulak haha..dalam hati ni, tak berhenti berdoa, ya Allah..kau permudahkanlah urusan ku..tup tup..aunti tu terus bangun pergi dari situ..Alhamdulillah..lega rasa.. Tapi bila muhasabah diri balik, itu baru halangan orang yang tak siuman, belum lagi halangan besar macam musuh musuh agama tu..agaknya kalau aku disuruh berperang demi agama, aku sanggup ke tak? Lemahnya iman ku ya Allah..

Lagi satu alia nak kongsi, kalau ada kawan kita yang susah..kita jangan kedekut, jangan rasa berat nak tolong..belanja makan pon jadilah..sebab sebenarnya apa yang kita bagi tu lah milik kita..belum tentu duit yang ada pada kita tu milik kita,paham tak? Maksudnya, mungkin duit yang ada pada kita akan dibelanjakan untuk duit minyak motor ke, mungkin hilang ke kan? Tapi duit yang kita sedekahkan tu lah milik kita. Apa Allah janji? Lagi banyak kita beri lagi banyak yang Allah akan balas..sebabtu alia cakap duit yang kita beri tu lah sebenarnya milik kita.. Pernah dulu masa kat matrik, alia and yana selau berjimat cermat..memang harap kan duit elaun rm250 tu..alia rasa bukan alia jer yang berjimat cermat ramai lagi budak matrik buat benda yang sama.. Nak jadikan cerita, selalunya alia ngan yana salah sorang akan beli roti sebungkus..nanti share sama2x..kiteorang memang tak makan sampai lah habis kelas dalam pukul 5pm. Tapi kalau lapar sangat,meratah la milo..haha..lepas habis kelas gi cafe..lauk pauk biasanya dah habis..tinggal saki baki jer  kuah pon dah kering..tapi baik ada dari tak ada kan..alhamdulillah..pakcik cafe ni baik giler...mungkin dia selalu nampak kiteorang berdua makan baki lauk pauk tu. Jadi pakcik tu selalu belanja..tapi kalau hari hari segan la pulak haha..kadang kadang pakcik tu bagi air free..hanya Allah yang dapat balas..

Alia share sebab semua orang pernah rasa pengalaman macam ni..biasalah student kan..kita bukannya berduit..tapi yakin dan percaya rezeki tu datang dari Allah..bukan dari duit mara semata..kalau kita asyik merungut..memang kita takkan pernah belajar erti syukur.. tiap kali kita rasa susah cuba fikir sebenarnya ada orang yang lagi susah..malu lah kalau kita asyik merungut dan tak pernah bersyukur.. Allah ada menyebut dalam Al quran, hanya sedikit sahaja yang dalam golongan orang bersyukur.. Jadi beruntunlah kita kalau kita dalam golongan yang sedikit tu :) in shaa Allah..
Alia tulis ni sebenarnya untuk adik adik alia..dan sekadar perkongsian..bukan niat untuk show off atau seangkatannya..  Dikesempatan ini jugak, alia nak ucapkan berbilillion,trilion terima kasih kat kawan kawan yang banyak tolong diri ini..hanya Allah yang dapat membalasnya =')

Wassalam..

Thursday, 23 July 2015

Sado ke?

Assalamualaikum..salam aidilfitri.. Hari ni nak buat entri pendek jer. Semalam adik alia yg lelaki tu muhammad amirul iman accident..tu lah syok sangat beraya.. Hahah..nasib baik tak kena jahit ke apa. Luka kat tangan teruk..pedih pulak orang tengok..tapi yang kelakarnya..bila mula2x ayah bawak balik iman ..masa tengok tu..dalam hati ni sebenarnya tergelak pon ada.."baru lah jantan namanye" hahah itu first ayat yang terlintas dalam hati ni..apalah aku ni -,-'  bukan nye nak simpati ke apa..kurang ajo punya kakak hahah..adoyaii..alia..alia..
Hari ni ayah bawak iman pergi xtray.. Tulang tangan dia retak dan kene tahan kat wad..kesian adik aku ni..tu cerita tak best..ada cerita lagi best..sejak iman sakit tu..sikap dia pon automatik berubah 360 darjah..hahah..kalau dulu, satu hariii..eh silap bukan satu hari tapi setiap satu jam kalau tak mengusik aku memang tak sah..memang tak complete hidup dia.. Tapi sekarang memang lain lah..tenang sikit hidup hahah..okay gurau! !  Dia tengah sakit tu, tak ada masa nak huhahuha kt rumah.. Alia doakan semoga cepat sembuh..jadikan pengajaran..tahu le sado..tapi jangan sampai tak sedo diri..haha..raya raya jugak, keselamatan jangan abaikan! !  Dan kakak doakan jugak semoga attitude semasa sakit tu kekal..haha..kalau tak serabut kepala aku nak layan.. Amin..
Bak kata ibu " cuba jadi matured sikit! " macam kene kat batang hidung sendiri pulak -,-'..

Kbye..wassalam..

Eh terlupa,ada satu lagi pesanan..jadilah kakak yang baik..jangan jadi macam alia..hahah..

Friday, 3 July 2015

Jadilah baik

Assalamualaikum.. Akhirnya im backk!!!! Dah lama sebenarnya nak buat entry baru,tapi memandangkan keyboard laptop alia rosak ditambah pulak penyakit hang disebabkan faktor penyumbatan episod running man dengan the return of superman yang bertambah tambah dalam laptop..jadi hasrat nak buat entry baru terbantut..tak ada semangat nak menaip bila laptop buat hal..hahahh..panjang bebeno explanation nya..cakap jer lah laptop rosak kan senang! ! ! Sabo jer lah..

=='

Alhamdulillah..tahun ni dapat berpuasa di samping keluarga..sebab sejak matrik kott..alia berpuasa  jauh dari keluarga. Tahun lepas pon sama sebab kerja kat JB. Jadi tahun ni badan mungkin akan berisi sikit (ye ker sikit??) sebab ibu yang masak..asyik makan bertambah tambah la jawabnya..(cuba baca balik paragraph ni, banyak sangat 'sebab' )

Alhamdulillah jugak sebab result dah released..rasanya semua classmate dan kawan kawan alia result gempak. Sebab ramai yang keluar awal masa exam haha..gurau jer. Tahniah yer kawan kawan..

Result alia sem ni naik sikit (secoet je)..ada subjek yang tak capai target.mungkin sebab('sebab' lagi..) banyak gelak masa study. Tu yang dapat penyakit lupa tu.Astagfirullah hal azim.. Sem ni macam sempoi jer kurang usaha! ! Kelas pon bayak ponteng..paling teruk lah dalam sejarah..MasyaAllah apa nak jadi alia! ! Ko nasihat kan orang suruh datang kelas tapi ko pon tak datang..apo nak jadi!! Panjang kisahnya, tapi alia bukan sengaja tak datang kelas yer..

Tiba tiba teringat pulak masa kat matrik. Alia ni dulu degil budaknya..sampai pernah ada lecturer tegur
          "Awak ni nampak macam baik pakai tudung labuh tapi ..."

Sengih jer la yang mampu. Masatu alia tak seronok sebenarnya belajar kat matrik. Dapat pulak classmate yang 'bandar-ian' 'high-class" hebat hebat belaka. Memang tak satu kepala.cuma ada 3 orang jer yang rapat dengan alia mimi, laila, dan suha. Masatu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan alia..sampai alia rasa giveup nak berhenti belajar.. Rasa tersisih, dipulaukan pon ada..ditambah pulak dengan lecturer yang pilih kasih..huh..memang fedup! ! Tapi tak semua lect macam tu..ada yang baikkkk sangat.. Disebab kan alia tak suka lect tu bila masuk makmal fizik memang kene marah..lab report pon tak buat..experiment selalu fail..report memang meniru la jawabnya..asalkan menjawab hypothesis..hahah.. Disebabkan itu result alia jatuh menjunam..daripada A terus dapat D..subjek fizik memang tak pernak tak dapat A..mungkin sebab tak berkat ilmu..tu yang menjunam tu..nasib baik la..lect tu nak sambung belajar..jadi ganti dengan lect baru. Baru semangat sikit nak belajar..hahha..boleh pulak macam tu --' tapi masatu lect tu memang tengah kontroversi pon dengan attitude dia yang 'ulat bulu' tu.. Itulah walaupon kita belajar setinggi mana pon,master ke,professer ke, kalau ahlak tak ada, orang memang tak akan respect! !  Time tu lah buat pertama kalinya alia dengan yakinnya menipu..sebab alia tak pandai menipu. Tapi masatu nak lepas geram punya pasal, alia memang tak buat pon report lab. Lect tu tanya
   "Mana report awak?"
    "Saya dah buat dah,tapi tertinggal kat hostel" dengan nada yakin + geram
    "Betul ke awak buat? "
    " betul saya dah buat kalau tak percaya saya boleh ambik"

Huahua..padahal dalam hati hanya Allah yang tahu..janganlah dia suruh balik ambik, lagipon pintu gate hostel kunci waktu kelas..tak mungkin dia suruh balik ambik hahahahaahhhh *gelak jahat* nasib baik aku tak cantik kalau tak mesti dia nak cubit cubit pipi aku.dia memang spesis macam tu..tak tahu adab agaknya.. (Biadab jugak mulut aku ni, tapi memang geram dengan lelaki macam tu suka amik kesempatan! !)

Bila time kuliah pulak..alia,laila,mimi, (the power puff girl hahhah..) Kiteorang mesti duduk kat seat paling tinggggggiii sekali..paham paham jer lah maksud  tersuratnya. Baris yang paling belakangg tu memang tempat favourite kiteorang.. Last last tidor..nota kuliah pon tak complete, banyak yang tertinggal. Berazam dalam hati nak pinjam nota kawan balik nanti nak salin. Akhirnya sampai kesudah tak tersalin sebab banyak sangat tertinggal hahaah..

Kelas yang palinggg alia tak suka adalah kelas lab fizik dengan kelas amali sains komputer. Sebab alia ni sumpah memang slow giler. Lambat catch up..orang lain dah siap task, alia baru terhegeh hegeh nak buat. Yes alia memang qwertyuiop!  Maksudnya slow menaip. Ayu jer kalau menaip.

Kelas tutor math dengan kelas kimia pulak selalu tak siap tutor. Pernah kiteorang  ponteng sebab takut kene marah. Hahaah..lecturer tu tanya
       "kenapa  awak tak datang?" 
       "Mc sir.." Slow jer kiteorg jawab
Nak ponteng pon kene bijak. Ni tiga2x tak datang memang curious la lect tu. Tapi lect tu baik. Serious baik giler..walaupon sengokngek-ngokngek  kiteorang tapi kiteorang rajin..cuba juga siap kan tutor walaupon tak faham..gigih jugak menjawab soalan no 1,2,3,4,5 lepastu tutup buku..sebab soalan seterusnya susah hahhah.. Lect tu selalu suruh kiteorang buat kat depan. Dapat soalan senang tak apa..ini soalan tinggi klcc.nasib baik lect tu baik dan penyabar..kiteorang pon rajin jumpa lect tu lepas habis kelas..asyik asyik muka kiteorang.. Lect tu pulak ramai peminat..semua student nak jumpa dia sebb cara dia ajar senang faham. Kiteorang tunggu jer la turn kiteorang..

Kelas tutor fizik pulak kelas yang palinggggg alia suka..class lab fizik yang alia benci..huahua..lect lain lain..lect tutor fizik alia baikkk giler..Alia paling suka jawab soalan pyq fizik ngn tutor fizik. Memang tak pernah tinggal..alia memang suka sangat fizik. Alia rapat dengan laila pon sebab fizik. Alia masatu dilantik jadi 'alpha'..laila ni salah seorang 'betha' alia..si alpha kene ajar si betha. Grup 'gamma' pulak kene jumpa lecturer setiap seminggu. In simple words, (amboi ayat english sangatt..) Konsep program ni macam main cikgu cikgu la. Sejak tu la alia rapat dengan laila and mimi.

Sejak tu kiteorang study sama2x..hampir tiap malam dierang lepak bilik yana (masatu alia dah official jadi PATI haram kat bilik yana) kiteorang study sama sama..study kat cafe sampai lewat malam..sampaikan abang cafe  tu siap pesan, "dah habis nanti tolong tutup lampu ea.." Bila study week kiteorang memang berazam nak berubah..tak nak fail!!  Tak nak kene lelong kat ipta. Dulu, budak matrik paling takut dapat pointer bawah 3.5 sbab nanti kene lelong kat ipta. Mana ada. Tu semua sebab nak bagi deme stress supaya dapat pointer tinggi. Alia pointer tak tinggi mana pon..tapi alhamdulillah dapat first choice yang alia apply. Mungkin rezeki masing masing.. Okay sambung balik, bila time study week, awal awal lagi kiteorang dah buat preparation dah capture semua jawapan pyq yang lect tampal kat bilik lect, malas nak salin capture kan senang. Kiteorang siap capture senyap senyap skema jawapan tutorial kat meja lect.patotnya tak boleh, tapi sebab terdesak masa tu, kiteorang betul betul nak berubah..dah tak sempat nak buat tutor yang tertinggal..exam lagi seminggu..kiteorang siap buat jadual. Bahagi kan chapter setiap subjek. Setiap orang kene mengajar..hari sabtu laila ajar sampai habiskan chapter yg dia cover, lepastu esoknya mimi pulak, esoknya alia..gilir gilir mengajar..kiteorang belajar kat bilik tv.memang sampai subuh tak tidor..solat kat masjid. Sampai lebam biji mata. Lepas subuh tidur.. Tahu..tak baik tidur lepas subuh..tapi kiteorang ni jenis yang aktif di malam hari..otak cergas sikit waktu malam hahah..

Alhamdulillah..sekarang mimi sambung degree kat ump, laila kat utm. Alia pulak masa tu dapat tawaran upm..tapi alia pilih masuk unikl mimet..ada hikmahnya.. Sebenarnya banyak lagi kenangan kat matrik dengan dierang..indahhhhh sangat bila teringat :')

Sekarang ni bila alia dah sambung degree..bila tengok classmate alia yang selalu ponteng kelas..alia ada lah naluri memahami mereka tu..cehhh..hahah..  Dulu otak ni selalu fikir "kalau aku datang kelas pon sama jer macam tak datang kelas. Bukannya faham pon. Masuk kelas pon tidor.."  Alia selalu fikir macam tu.. Tapi bila muhasabah diri balik, sampai bila? Sampai bila nak jadi macam ni? Tak bosan ke asyik buat benda yang sama? Sekurang kurangnya kalau datang kelas dapat jumpa kawan..dapat bergosip huahua..gurau jer..maksudnya sampai satu tahap alia terpikir " bila ko ada ilmu jer baru orang pandang kau, kalau nak suruh orang pandang rupa kau memang tak lah, bukannya macam maya karin pon hahah" okay bergurau ! !

Maksudnya dengan ahlak..orang akan pandang kita..orang akan respect kita. Bila berilmu orang akan nak kawan dengan kita. Cuba tengok waktu kuiz, test..dierang mesti rebut rebut nak cop ko..eh macam tu heh? Huahaa..isu sensistif ni haha.. Okay bergurau lagi! !

Pada pandangan alia, memang betul ni semua dunia jer..buatt apa pointer tinggi tinggi tapi solat berterabur..pointer atas kertas jer tu..tapi kene ingat dengan ilmu kita boleh "memimpin" dengan ilmu kita boleh menjadi orang baru yang lebih baik untuk mengenal Allah..ilmu itu kan hak Allah..dengan ilmu pemikiran menjadi matang, bila matang, ahlak pon jalan seiring. Kita akan ada nilai respect dengan orang di sekeliling kita. Tapi ingat ilmu bukan terletak pada pointer, pangkat, sijil master, phd semua tu. Ilmu tu bila kita amalkan dah share dengan orang lain. Sama sama memberi.. Jangan hanya menerima sahaja. Must have give and take. Semua orang tak sempurna..macam puzzle..setiap orang ada pro and kontra..saling melengkapi. Saling tolong menolong..susah sama sama, senang pon sama sama.. Macam dah lari topik jer --'

firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :
"Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas. "

Okay, sebenarnya semua orang nak jadi baik..kalau nak cari calon isteri ke atau calon suami ke pon mesti nak baik baik kan? So,lets take a step to change! Semua boleh berubah.. In sha Allah.. Nak dengan tak nak jer.. Ingat firman Allah dalam al quran

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Rasanya dah panjang lebar alia menaip.. Ini hanya sekadar perkongsian pengalaman alia. Tak ada niat nak mengguris hati mana mana manusia pon.maaf kalau entry kali ni macam mengajak orang buat jahat pulak hahha.. Cuma apa yang alia nk sampaikan..berubahlah..everyone deserve to get a chance to change.. Sebenarnya penulisan ini sebagai ingatan untuk alia jugak..alia harap, alia pon berubah menjadi lebih baik in shaa Allah. nak berubah memang senang,tapi nak istikomah tu..Allahu.. Be qowiy! !

Nak ajak orang buat baik senang, nak beri nasihat dan tazkirah senangggg sangaattt tapi sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan.

firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.  "

Wallahualam..
Wassalam

Friday, 3 April 2015

Cinta itu fitrah bukan fitnah

Assalamualaikum  

Saya nak share satu cerita pendek hasil sharing seorng ukhti dalam wassap usrah Hijrah Haurah.. InshaAllah ^^

Watak:

Haris: A boy. The very tiptop bab agama.

Nurain: A girl. The very the solehah (baru hijrah).

Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.

Tiba satu soalan, "Abang Haris, cane nak jaga hati?"

Haris sengih. Typical random one.

"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."

"Mesti abang Haris tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat."

Haris sengih.

"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Haris serius.

"Lelaki yang jaga pandangan, akaj diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."

Haris pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.

Few years ago..

*****************************************

Hujan. Haris bergegas ke stesen bas untuk bertedug. Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni. Haih banyak kali Haris istighfar.

Haris tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran.

Nurain selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Nurain tengok sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Haris. Haris tunduk..

Tiba-tiba Nurain rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua-duaan. Lagipun Haris pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.

Haris pandang sekilas.

"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Haris.

"Argh! Istigfar Haris!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.

Esoknya..

Haris pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde orang nak kacau.

Nurain buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.

But.. Haris pasang telinga.

"Macam kenal suara ni.."

Rupanya port Nurain lepak dengan port Haris bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.

Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Haris untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.

"Assalamualaikum?"

Nurain teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.

"Err miss?" Haris try lagi.

"Already a MADAM!" Nurain bangun dan blah.

Waktu tu Haris rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar..

Nurain sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!

And so.. takdir.

Haris dan Nurain dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.

Nurain dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Haris.

Haris.. maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.

The meeting went well. Haris interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nurain. Both menjaga. Tapi Haris, still rasa terpukul.

Satu hari atas sebab kerja, Haris WhatsApp Nurain. Pung pang pung pang sampai pukul 12.

Nurain selambe je read tapi tak reply, bluetick, online.

"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nurain." -Haris.

Nurain dumbfounded. "Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh"

The next morning, "for your information, I'm still a miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nurain.

Haris baca sekali dua, tiga, empat kali. "Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Haris sengih.

Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Haris berkira-kira nak WhatsApp ke tak and at last..

"Sorry kalau ada buat salah pape."

Nurain reply, "K"

Haris reply, "K? Potassium?"

Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nurain replied.

And so.. bermulalah kisah baru. Saling  berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah-sirah Nabi.

That term ((romantik islamik))

Satu hari, Nurain cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.

Dan takdirnya..

Port cun tadi exceli port dak-dak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.

Nurain tanya kak Yuliza, the naqibah.

"Akak. Ain hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?"

"Lupa nak baca Bismillah kot."

Gelak berjemaah ..

Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak Ain buat something yang Allah tak redha?"

Nurain senyap.. Dup! Ada.. kot?

Kak Yuliza sambung.. "there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell."

Nurain: "Ain.. ada suka sorang mamat ni."

Kak Yuliza senyum.

Nurain: "Tapi.. Ain dengan dia takde pape pun. Just kawan."

Kak Yuliza: "Kawan macamana tu?"

Nurain: "Kiteorang selalu share kisah-kisah agama. Helping each other. Sebab Ain kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama."

Kak Yuliza: "Let me ask something, selalu contact?"

Nurain: "Selalu la jugak. Sebab kiteorang buat program kerjasama."

Kak Yuliza: "Jujur. Discuss urusan kerja je?"

Nurain senyap..

Nurain start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.

Kak Yuliza: "Sister, do you love him?"

Nurain: "Kind of.. no. But yes. Hm"

Kak Yuliza: "If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa."

At 3.00 a.m Nurain bangun. Qiyamullai.

Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.

*****************************************

After a few weeks, Nurain buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.

Nurain tekadkan hati. She must help Haris.

Nurain: "Haris, kau selesa ke dengan keadaan camni?"

Haris: "Eh hilang ke mana? Apakepelik soalan tu?"

Nurain: "Random."

Haris: "Ain, are you okay?"

Nurain: "And if I said I'm not, what will you do?"

Haris: "Ain.. what? Tell me. Please"

Nurain: "Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you."

Haris: "Apa ni Ain.. cuba cakap bahasa Haris faham. Jadi macam dulu? Dulu cane?"

Nurain: "Waktu hati Haris masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati."

Haris speechless.

Haris: Ain give me time."

Nurain: "Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam."

Nurain nanges.
Haris nanges.

Both hurts.

"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most."

Haris WhatsApp Izaha, "Brother, need some help."

Izaha: "Sure. How?"

Haris: "Meet me. Port biasa at 2.00 p.m. Urgent!"

Haris dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.

Izaha: "Stress pikir pasal Ummah ke duh?"

Haris geleng. Muka serius, tegang sangat.

Izaha: "Okay, silap timing. So wassup?"

Haris: "I knew a girl, and I'm in love."

Izaha: "Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan."

Haris jeling.

Izaha: "woo woo hold on. So the problem is?"

Haris: "Silap step."

Izaha: "Already langgar the pantang larang?"

Haris: "Kind of.. I know but its just.."

Izaha: "Benda dosa memang seronok buat."

Haris speechless.

Izaha: "Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong."

Izaha sambung: "May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku."

Haris: "Proceed."

Izaha: "Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia?"

Haris: "Sangat? I thought of making her as my wife dah."

Izaha: "Then I bet, you must be so serious."

Haris: "Truly."

Izaha: "But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists."

Haris: "Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je."

Izaha: "Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati."

Haris betulkan duduk.

Haris: "But I'm.. not contacting her, makes me suffer."

Izaha: "Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu."

Izaha sengih 

Izaha sambung: "Aturan Allah tu perfect. Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Haris, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not?"

*Izaha siku bahu Haris*

Haris: "Aku dah lama tak tahajjud."

Izaha: "Sebab?"

Haris: "Tak terbangun."

Izaha: "Allah taknak kejut kot?"

Haris: "hm  "

Izaha: "ops! .."

Izaha sambung: "Last ayat-ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam."

"Abang Haris? Are you there?"

Haris: "Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi?"

"Cane nak jaga hati?"

*Haris sengih* "Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa."

The end.

Conclusion: wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. So beware. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. I was just sharing stories. Not my story to be exact, but I guess that is what happened these days. Take whats good, ignore whats bad.

Muhasabah diri bersama. Burn bersama-sama. Moga bermanfaat. Perbaiki diri bersama-sama. InshaAllah 

Wednesday, 4 March 2015

"kesian kalish.."



Pada sabtu minggu lepas, Alia dapat berita sedih dan mengejutkan.. 
pak cik apang meninggal dunia.. Semua terkejut..sebab cik apang sihat jer..tak de sakit apa apa. Atok kata..masatu atok dapat panggilan dari bibik(makcik dlm bahasa jawa)ckap paman dah tak ada..masatu tengah malam..arwah tangah tengok tv..tiba tiba cik apang rebah..

Orang yang paling terkesan adalah atok. Khalish kecik lagi..dia paling rapat dengan cik apang..sebab khalish satu satunya anak cik apang. biasanya kalau kami balik kampung,Pagi pagi lagi cik apang dah datang rumah atok dengan khalish bagi ayam makan kat belakang..rumah cik apang dekat lah jugak  dengan rumah atok..tiap tiap pagi cik apang akan datang rumah atok bagi ayam makan. itu memang rutin harian sejak belum kahwin lagi.. sebelum cik apang meninggal dunia, cik apang jual semua ayam kampung yang dah tua.. Cik apang macam tahu tahu jer dia dah nak pergi.

masa cik apang kahwin semua orang gembira sangat..sebab cik apang dah berusia masa nak kahwin tu..kiranya dalam adik beradik ibu, cik apang yang paling lewat kahwin. Tapi kalau orang tengok rupanya tak nampak pon macam dah berusia,nampak muda daripada usianya. majlis kenduri kahwinnya sederhana je.. Itulah cik apang..orangnya bersederhana.. 

Haritu balik kampung..atok mintak tolong bersihkan bilik arwah cik apang.. Masa atok bukak almari baju tu nak kemas, atok cakap " apang..apang..ada baju lawa lawa tak nak pakai..asyik pakai baju yang sama jer.." memang cik apang bersederhana orangnya.. ingat lagi masa cik apang nak kahwin, kiteorang adik beradik balik kampung awal..sebab semua tak balik lagi.jadi ibu suruh balik awal tolong atok bersihkan rumah..lepastu cik apang bagi upah..hahah..

Khalish sangat sangat rapat dengan cik apang. Masa jenazah nak dikebumikan, Khalish menangis nak tengok ayah dia..atok yang dari tadi cuba tahan sebak pon jatuh jugak air mata..ini kali kedua atok kehilangan anak..

Semua orang terasa kehilangan..termasuklah sepupu sepupu khalish yang masih kecik ni..


Semoga Allah mengampunkan segala dosa cik apang sepanjang hayatnya.. In Shaa Allah..paman(panggilan pakcik dlm jawa) tenang kat sana..mak su ada bagitahu..maksu mimpikan arwah dalam satu rumah besar..cantik..kemas..tenang..maksu masuk dalam rumah paman tu..rasa selesa dan tenang sangat sampai tak nak keluar..mungkin itu petunjuk Allah kot..

Mati tu bila bila sahaja,tanpa perlu sebab , tk kenal usia, tak kira masa..beruntunglah orang yang dapat mengumpul bekalan amalan semasa hayatnya dengan sunguh sungguh..

Sama sama muhasabah hati..semoga khalish kuat..dan menjadi anak yang soleh..kakak sayang khalish macam adik sendiri..

Photobucket

Tuesday, 27 January 2015

bersangka baik dengan Allah..[result released]

Alhamdulillah..result sem 3 dah pon release..syukur alhamdulillah..result kali ni tak sebaik dulu tapi alia tak expect pun nak dpat Dean List..bersyukur sangat ='). Tahniah jugak kat yana, my sis dia pun dapat DL walaupon bru 1st sem. keep it up!! semoga kita sama2x dapat capai cita-cita walaupun dalam bidang yg berlainan..



semoga apa jua keputusan yg kita dapat, kita redha dan sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah swt.. ^___^ ,bersyukurlah..kerna ini semua ujian..dan nikmat yang sementara



Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh muslim:
Pada hari akhirat Allah ambil manusia yang paling derita saat di dunia.Lalu Allah letakkan dia ke dalam syurga dan Allah keluarkannya semula.Lalu Allah bertanya:"Wahai si fulan adakah kamu pernah rasa derita dalam kehidupan?".lalu si fulan itu menjawab:"aku tak pernah rasa pun derita itu."Dengan sekali celupan dalam syurga manusia lupakan segala penderitaan semasa di dunia.Lalu Allah ambil manusia yang paling bahagia semasa di dunia.Lalu di celupkannya ke dalam neraka.Lalu Allah bertanya:"Wahai si fulan adakah kamu pernah merasakan nikmat dalam hidup?"Si fulan itu menjawab:"Aku tidak pernah merasa nikmat dalam hidup."Itu hanya satu celupann dalam neraka segala nikmat hidup telah dilupakan.Allahuakbar.....



Tahniah jugak untuk roommate dan kawan-kawan..
wassalam

Photobucket

Thursday, 22 January 2015

lelaki soleh? wanita soleha?



perkongsian usrah Hijrah Haura heart emoticon
deep*
"Lelaki soleh mana ada bercinta sebelum kahwin.
Dorang semua bercinta lepas kahwin."
"Lelaki soleh mencari yg solehah"
"Wanita solehah tak mencari, tapi dicari."
Sungguhlah aku dah penat dengar tentang 'wanita solehah'
Bukan mudah melabel wanita solehah begitu, begini.
Bukan mudah.
Bagi aku, tak salah pun kalau dia pernah tersuka seseorang. Yang penting macam mana dia uruskan rasa tu. Terus hanyut atau cari ubatnya.Terus melagha, over melayan perasaan. ATAU Istikharah, mohon pada Dia.Musyawwarah dan mintak pendapat orang lain.Risik akhlak si dia.Gunakan orang tengah.Dan percepatkan urusan pernikahan.
Tak salah ada hati dengan seseorang. Jangan salahkan cinta. Cinta tak salah.
Yang salah adalah bermaksiat. Ramai yang berusaha keras untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi sekeras mana pun usaha, tetap akan tersungkur sekali dua.
Hingga kadang-kadang memaksa untuk terus rasa mengalah.
Bukan senang nak tinggalkan couple, rokok, video game, drama korea dan bermacam-macam perkara lagha dan haram. Namun percayalah,Allah yang campakkan rasa ingin berubah. Berusahalah hingga berjaya. Berdoalah kepada Allah. Mintalah kekuatan dariNya. Kerana Dia yang membolak balikkan hati manusia.
Dampingi orang-orang soleh/solehah dan beriman. Yang sentiasa mengajak kepada kebaikan. Nak berubah, bukan boleh berubah sorang-sorang bro!
Serigala pun tak berani makan kambing yang duduk dalam kumpulan.
Salam muhasabah sahabat fillah


Photobucket