Thursday, 7 August 2014

Pengalaman Kerja( x menarik langsung tajuk ==')

Selamat Hari Raya!!!  maaf alia tak dapat update blog time puasa haritu.. bulan puasa haritu alia kerja. Now. im free!!!hihi..im gonna miss all my friends. walaupun sekejap sahaja detik perkenalan but it still precious to me. They all my super duper awesome friends to me. Cuti sem kali ni, alia kerja tolong makcik alia berniaga kat tesco.Such a nice experience.my love to bussiness starting to grow..
Sepanjang Alia kerja kat sana, alia kenal ramai orang. member-member alia pon kebanyakannya non muslim.seronok berkawan dengan diaorang. tak tahulah memang sejak sekolah lagi, alia jenis orang yang lebih senang bergaul dengan non muslim. Mungkin sebab alia dah terbiasa berkawan dengan chinese kot masa sekolah dulu.
Masa mula-mula kerja, memang agak boring jugak. Tapi bila dah lama-lama kerja , dah kenal ramai orang so, dah tak bosan lagi dah. Diaorang ni , baik-baiklah.friendly and they have good manner and attitude. that the most important.. Bila shopping tesco jer orang tegur, lagi-lagi pekerja kat tesco tu, sebab diaorang memang selalu beli makanan dekat gerai yang alia jaga tu, customer tetap. Best jugak yer orang kenal hihi..
Bukan Alia nak compare tapi..dari pengalaman alia kerja, mereka yang non muslim ni lebih menghormati alia. diaorang layan Alia baik,tanpa ada niat lain. Lagi satu yang Alia perasan, manusia ni suka judge orang dari luaran. Doesn't mean alia cuma berniaga jual nasi lemak, alia ni dianggap tak berpelajaran tinggi. Pernah jugaklah kene tengking dengan customer sebab tersalah bagi baki duit. maaflah saya confuse,ramai sangat customer, kadang-kadang tak perasan customer mana yang dah bayar. Nasib baiklah bulan puasa..sabar alia sabar. Ada yang lagi bestnye, masa mula2x kerja, ada beberapa orang customer, diaorang ni 3 sekawan, pekerja tesco juga, x tahu pula dieorang ni OKU..diaorang ni bisu dan pekak. masa mula2x kene serve diaorang tu memang serabuut juga sebab tak faham apa dierang cakap guna body language.. bila lama-lama baru tahu, owh..dia selalu order apa. makan ke ; bungkus ke,..dah faham dah cara serve diaorang.  Masa mula-mula tu ada yang sampai makan hati.suram jer muka sebab mungkin alia tak faham apa dia cakap. tapi sekarang, bila terserempak jer, dari jauh dah senyum dah.
Ada juga yang cuba ambil kesempatan kat kitaorang (alia n yana) Bukan ambil kesempatan tu.. maksud alia faham-faham je lah lelaki..buat baik tapi ada udang disebalik batu..ish,,aku ni, tak baik cakap macam tu..husnudzhon..husnudzhon..mungkin mereka-mereka ni memang niat nak tolong. Tapi kekadang tu memang rasa tak selesa, macam rasa nak tumbuk tumbuukk jer muka diaorang..Buat insan yang rasa diri dia lelaki, ada pesanan ikhlas dari alia.. jaga ikhtilat hangpa. hormati perempuan..jangan dok tahu mengurat jer. kita melayu, islam pulak tu, just behave.. maaf lah kalau nasihat ni buat hangpa rasa panas.. rasa macam tak adil pulak nasihat kat lelaki jer.
Untuk si gadis yang cantik molek..gebus, rupawan semuanyalah..termasuklah alia, sentiasa jaga auratmu barulah akan dihormati lelaki..sebab apa? sebab Allah jaga kita. Pokoknya ibuk ibuk bapak bapak, hidup kita ni ada panduannya dan pasti ada sebab dan maslahatnya atas setiap perintah Allah :) Just believe.
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 
 (Surah Ali `Imran: 110)
uhukk uhuk..penat membebel sampai terbatuk-batuk..alia cuma nak share pengalaman alia. maaf kalau ada yang tersinggung..pengalaman mendewasakan kita :) keep learning!
moment hari terakhir kerja..

kak syaya,kak diyana ngan louis yang paling rajin layan kerenah kitaorang berdua. diaorang kerja kat kedai spect mata, sebelah jer ngan gerai kitaorang


yang comel ni,kerja TM promoter kat depan gerai gula2x yang alia jaga..kadang-kadang dia yang tolong jualkan kalau alia sibuk jaga gerai nasi lemak.


yang ni cik noi..boss kitaorang..dengan aunti Janet. baikk sangat orangnya..kadang-kadang kiteorang tolong jaga gerai  aunt janet..jual produk kesihatan.


yang atas tu kerja kat kedai cenderamata..orang sabah bah..yang dua org baju pink tu kerja kat sebelah jer ngan gerai nasi lemak kitaorang,


adik ni namanya siti khadijah ngan zaquan..budak comel yang popular kat tesco ni..apa tak nya setiap hari main troli pusing satu bangunan..haha..rinduuuu kat dierang..si kakak agresif sikit, zaquan anak soleh,,boleh jadi menantu besar nanti haha..


ni time belajar menganyam ketupat..kak syasya yang tolong ajar..


lai..lai..ke gerai aneka kerepek, gula-gula , asam..kadang2x kelakar tengok budak-budak kecik yang sampai nangis nangis mogok kan parents nak beli..


bersama cik noi


ni time puteri datang jumpa kitaorang..sanggup datang dari jauh nak jumpa .. serius terharu TT


sekian wassalam..
Photobucket

No comments: