Saturday, 16 August 2014

jom jadi student UNIKL MIMET

Baru baru ni result upu bagi lepasan asasi, matrikulasi, stpm dah pun release.. Bagi yang tak mendapat tawaran upu la tahzan..jangan kecewa...jangan stress..its not the end of your journey..Alia sarankan korang apply Unikl ataupun SPA.. Alia sekarang belajar kat Unikl Mimet. Semuanya tanya, kenapa Alia tolak tawaran UPM..Kenapa masuk unikl? Mungkin sebab persepsi mereka, unikl ni kolej swasta..yuran mahal..
THE TRUTH is salah satu reason alia masuk sini sebab loan MARA.. Bukan alia nak condem PTPTN, tapi banyak cikgu alia kata, kalau tak mampu jangan guna ptptn..yang entah bila akan langsai hutangnya..
kelebihan loan MARA:
Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
 Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 – RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. 
Pinjaman Boleh Ubah (Conversion) 
Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA.  
Skim Pelajar Cemerlang
 Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahu pun di luar negara.Bagi 
PTPTN pulak, pelajar akan diberi pinjaman mereka setiap 1 semester in total. Boleh anda bayangkan awal atau akhir bulan, check akaun bank tengok ada rm1000+ atau rm2000+ ?? memang pada mulanya kita sebagai pelajar akan gembira yang teramat bila ada duit sebanyak itu dalam bank, tapi, kalau sudah 1 semester 3 atau 4 bulan, sudah semestinya bulan terakhir semester, duit pinjaman kita sudah habis dibelanjakan. Mula lah telefon mak ayah mintak duit belanja lebih. Agak membebankan disitu.   
Kelonggaran Pembayaran Balik 
Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat. Elaun Bulanan MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM600 bagi ijazah.

 Bila masuk Mimet ni, jangan risau pasal makan sebab  mimet ni dikelilingi kedai makan. depan ada, tepi ada..pilih jer nak yang mana. Biasanya cafe tak buka waku malam..jadi ramai students suka makan kat luar. jalan kaki jer..tak jauh mana.

academic building pula ada satu je. jadi bagi sesiapa yang ada masalah sindrom selalu lupa kelas, jangan risau sebab kelas biasanya dekat dekat jer..kalau kelas kat 4th floor naiklah lif .. macamtu juga dengan bengkel. semua bengkel dekat-dekat jer..jadi tak lah huru hara sesat mencarinya..

bilik hostel? hmhmmm..masa mula-mula check in tu, memang terasa kekecilannya compare masa kat matrik dulu, almarinya pun sama,..tapi bila dah lama-lama duduk bilik, bilik kecik pon nampak besar. Ada bilik untuk 4 orang ngan 2 orang. setiap sem kene tukar bilik..boleh pilih roommate.. hah..lagi satu, kalau nak dapat duduk hostel, result final sem mestilah cemerlang, 3.00 and above selain bergiat aktif dengan koko. Yang tak bestnye bilik ni, waktu malam lah sebab banyak nyamuk, lagi satu kalau petang2x tu kadang2x bau udang. Nasiblah siapa yang dapat bilik ngadap kolam.


katilku..sila abaikan keselerakkannya tu hihi..


view dari tingkap bilik alia..serious cantik..

Hostel perempuan ada disediakan surau dengan koperasi. Biasanya, masa study week, surautu penuhlah ngan student nak study..Bilik Air jangan risau, tak kan ada masalah berebut-rebut nak mandi..sebab jadual kelas masing-masing tak sama..cuma masa minggu orientasi tu lah..full sentiasa. Water heater, mesin basuh pun ada disediakan..

Hari sabtu ahad biasanya ramai yang suka jogging kat kawasan kolam tu..boleh jalan-jalan kat slipway, nak belajar berenang pon boleh. make sure ada trainer lah..ada gelanggang untuk badminton , sepak takraw, tenis, pingpong..semua ada..kayak pon ada.
Aktiviti koko macam kelab, persatuan memang banyak..cuma sanggup dengan tak sanggup join jer..Macam alia masa sem satu , alia join kelab Sea Scout, PEMBINA, VAT- Volunteer Assolihin Team.. Masa sem 2 pulak alia join persatuan GPMS- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Semuanya best best.. kat MIMET ni pon ada aktiviti usrah bersama ahli PEMBINA..jadi jomlah join ramai-ramai..lagi ramai lagi best..lagi harmoni hihi..

Antara aktiviti kelab yang Alia join:



menjadi fasilitator bagi prog kem lepasan spm anjuran PEMBINA UNIKL MIMET..sopan dan sporting adik-adik ni..

            
Persatuan GPMS, every weekend kitaorang akan melawat rumah anak yatim Ummu Sofiah.. 
Macam-macam aktiviti dibuat..seperti buat mini library, gotong royong, game, mengajar anak-anak Ummu Sofiah setiap sabtu. Gerenti best ><
yang ni pulak Family day untuk ahli GPMS. bermain bowling.
Kelab Sea Scout, masa jamuan akhir. Ber'BBQ' bersama..


Kem di Gua tempurung..alia ada buat entri pasal aktiviti kem ni sebelum ni..
klik sini


hiking di Bukit Busu


Join game sempena English Club


Mengadakan program JOM BANGUN SUBUH under persatuan VAT


Dengar ceramah..
Biasanya.,VAT akan buat banyak program kerohanian..
lets support!! :)

 Aktiviti Riadah

Masa ni baru lepas belajar berenang then kitaorang ronda-ronda naik boat..


picnic kat Teluk Batik




smile~~


kalau bosan dok dalam bilik, petang-petang tu kitaorang akan jalan-jalan round mimet..


kolam Mimet..biasanya budak Dragon Boat training kat sini..



view kat rooftop..kadang-kadang study kat sini..senang nak menghafal..




Jogging..masa ni Alia bawak Yana tidur kat MIMET hihi..senyap-senyap..
Ada pagar lobos, jadi kiteorang pon turunlah gi pesisir pantai..


macamnilah situationnya presentation dalam class..
honestly..i'm hate presentation..huhu
snap senyap-senyap gambar member..

okay...ni sahaja alia nak share..Kepada sesiapa yang nak masuk unikl mimet, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali..hihi..

wassalam
selamat menyambung pelajaran :)



Photobucket

27 comments:

syafiq hazim said...

Assalamualaikum.. Just nk tnye pasal kos pengajian kat sana..sbb ingat degree nk smbung kat mimet..brape kosnye ye..

aliatwinz / alia said...

Waalaikumsalam..kalau macam saya, saya mohon loan MARA. masa mula2x sebelum daftar tu bayar duit terima tawaran RM250. then bayar yuran pendaftaran dalam seribu lebih.. kalau ikut perjanjian loan MARA, kos sampai sem 7 dalam 60+++ ribu macam tu..kalau x silap saya la.. Jemputlah sambung degree kat MIMET..

syafiq hazim said...

Kalau untuk lelaki..hostel disediakn atau kena stay luar (rumah sewa)..and 1 lg klau saya dari unikl mfi nk sambung degree kat mimet boleh transfer credits tak..?

aliatwinz / alia said...

untuk students baru, first sem semua wajib duduk hostel..sem seterusnya depend on your result..InshaAllah kalau pointer 3.0 ke atas dan aktif, bole dapat hostel. Yg pasal creadit transfer tu, kalau kos yg awak sambung ni related dgn kos masa diploma, banyaklah kredit transfernye.. yang tu nanti lecturer akan terangkan masa mggu orientasi nanti..

Amirul Asraf said...

Salam, untuk lepasan spm bole kn masuk Mimet nie kn ? Subject ape kena score klau masuk mimet nie ? Klau ade sijil ikm course maritime bole kn masuk mimet ?

Amirul Asraf said...

Salam, untuk lepasan spm bole kn masuk Mimet nie kn ? Subject ape kena score klau masuk mimet nie ? Klau ade sijil ikm course maritime bole kn masuk mimet ?

aliatwinz / alia said...

wassalam..bole jer masuk MIMET sambung diploma..kalau ada sijil IKM pon boleh masuk..boleh check sini syarat2x kelayakan
http://www.mimet.edu.my/v03/index.php?option=com_content&view=article&id=41&Itemid=3

Diploma Programmes
Pass SPM/SPMV with at least five (5) credit including the following subjects:

a) Bahasa Melayu
b) Mathematics
c) Science / Pure Science/ Technical

And at least two (2) other subjects with at least pass in English Language.
OR
IKM / ILP Certificate from any institution recognized by the Senate or other certificates recognized by the Senate in the relavant field with at least CGPA of 2.00 and at least pass Bahasa Melayu in SPM.

hazwan roslan said...

aku bdak mimet juga...kne atleast 6 kredit especially maths,physics...pstikan skurang2 kurangya c pun jd..tp yg paling pnting time interview...study la skit psal kapal b4 interview...btw goodluck

hazwan roslan said...

aku bdak mimet juga...kne atleast 6 kredit especially maths,physics...pstikan skurang2 kurangya c pun jd..tp yg paling pnting time interview...study la skit psal kapal b4 interview...btw goodluck

Muzhaffar said...

Salam, kalau la saya dapat interview. apa contoh2 soalan yg diberi dan kalau la saya berjaya lepas semua tu. loan mara ni mcm mana nak dapat? tq

aliatwinz / alia said...

Waalaikumsalam.. saya xthu pulak contoh2x soalan tu..sebab kos saya (bachelor of maritime operation), x ada temuduga.. yg loan mara tu inshaAllah dapat..nanti bila dah masuk sini, akan ada penerangan pasal loan masa mggu orintasi. jadi jangan risau:)
semoga dipermudahkan segala urusan

aliatwinz / alia said...
This comment has been removed by the author.
Budak Kental :) said...

as salam .. sis , sy bru dpt tawaran mimet for engineering tech in ship consruct n maintenance. so, kalau dip brpe ek kos dia . thanks :)

Qila Azaman said...

Salam , dah dapat tawaran diploma ship design ad iv dulu ke macam mana ? Akak nak cntct akak terus can ah ?

Joe Martinez said...

Selamat petang. Saya ni lepasan spm. Saya diterima untunk interview utk Diploma Engineering in Marine Engineering. Tapi saya tinggal di Sabah. So dpt call interview lah. Jadi boleh kakak bagi tips2 utk interview ni? interview dlm bahasa inggeris? nak tahu bnyk pasal apa?

Budak Kental :) said...

i saw kak yang there !

Azri Fc said...

Adakah kos pembelajaran ditanggung sepenugnya dan berapa yuran pendaftaran??

mirol wacky's said...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
nak tanya adakah kos BET marine engineering ni kos yang baru lagi?

Anis Yassera said...

Unikl mimet ni tggl dlm hostel hingga tamat pgajian ke untuk sem 1 he??

Isya Saiful said...

Assalam...nak tanya, muet memang wajib ambik ke ?

Unknown said...

Assalamualaikum,, saya nk tanya tentang contoh2 soalan yg akan di tanya masa interview. Ada sesiapa yg boleh share contoh2 soalan masa interview??

Reazone Funnyx said...

Sekarang MARA x support dah kan.. jd mcm ptptn XD

sayhaalisyasaifullah said...

mcm mne nak tahu apa yg kita pilih tu kne interview or x?

Azfar Amir said...

Assalam sye sekrg dlm diploma teknologi akuakultur ..in sha Allah kalau ade rezeki nk smbung degree dlm maritime operation..ape prospek kerjaya..dan sng ke dpt keje kalau operation maritime nie..??

anyszl0lz said...

Assalamualaikum.nk tnye sikit.kos ship construction ad kene interview ke?

Davies Ruth said...


Kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah 2% untuk tujuan perniagaan dan persendirian memohon (daviesruthfir​​m@gmail.com)

mohammad shidiq said...

Assalam... Kalau lepasan marine eng kat mimet ni ada peluang x keje atas kapal?