Wednesday, 20 August 2014

Cinta Semalam

Jom..kita buka coretan kali ini dengan doa..:
  1. رب هب لي من لدنك زوجا طيبا ويكون صاحبا لي في الدين والدنيا والآخرة
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.
Alia terbaca pengalaman someone pada feeds FB alia..pasal pengalaman dia..Jadi alia nak share.. 
yang penting alia nak highlight dia punya nasihat.. 
^_^
Sewaktu saya belajar di Hong Kong University, ada seorang pelajar yang sangat pelik perangainya. Gadis ini selalu datang lambat ke kelas. Pelajar paling last yang akan masuk ke kelas. Setiap kali dia sampai ke kelas, matanya akan mencari-cari tempat kosong. Dan pada setiap kali itu juga dia akan mengambil tempat duduk di sebelah saya.

Orangnya baik dan senyuman sentiasa terukir dibibirnya. Seorang gadis yang cantik dan cerdik. Mampu menyambung kedoktoran pada usia yang begitu muda. Apabila dia bercakap, suaranya lembut dan berbudi bahasa.

Dia bukanlah seorang yang sempurna. Banyak kerenah-kerenah dan perangai lucunya. Sebagai contohnya, dia seorang yang cepat mengantuk. Dan kelas memang tempat yang paling sesuai untuk tidur. Pada salah satu sesi kelas, profesor mengarahkan pelajar mengalihkan kerusi dan membuat bulatan untuk diskusi. Kelas itu kelas malam.

Gadis ini mula mengantuk lalu tertidur perlahan-lahan, lalu nyenyak. Pada mulanya, saya berasa lucu tetapi saya mula berasa takut apabila dia merebahkan kepalanya ke bahu saya. Saya ingin menolak kepalanya ke tepi tetapi saya khuatir dia akan jatuh pula. Jadi saya abaikan saja. Profesor ingin bertanya soalan kelas kepadanya tetapi memandangkan dia begitu nyenyak, profesor membatalkan saja hajat murni profesor itu.

Selepas satu waktu, dia akhirnya terjaga dan terkejut. Matanya perlahan-lahan memandang ke kiri kanan ingin memastikan samada ada sesiapa yang menyedari dia telah tertidur. Saya hanya mampu berbisik perlahan kepadanya, ‘Lain kali bawalah bantal’. Dia hanya tersenyum malu.

Pada kelas-kelas seterusnya, kami saling mengenali dengan lebih rapat. Seorang gadis muda dari kawasan utara China. Anak tunggal kepada seorang hakim yang lebih rapat dengan si bapa dari si ibu. Seorang gadis yang ceria yang peramah.

Meminjam nota kelas bagaikan hobinya. Tetapi pada setiap kali itu juga dia hanya akan meminjam nota saya. Gadis cantik ini rupanya seorang pencuri. Dia telah mencuri hati saya dan saya berasa bimbang. Sekiranya dia seorang pelajar seagama, saya tiada keraguan bahawa saya akan terus meminangnya. Tetapi agama dan adat menjadi pemisah.

Namun saya punya hati, dan perasaan. Saya ingin tahu samada perasaan saya itu sebelah pihak atau ia dikongsi bersama. Saya memberanikan diri bertanya gadis cina dari kawasan pergunungan utara ini tentang siapakah saya dihatinya.

Saya memberitahunya bahawa 9 tahun sebelum saya mengenalinya, hati saya pernah dicuri oleh seseorang tetapi gadis itu telahpun berkahwin. Perasaan itu saya fikir tidak akan saya temui lagi. Tetapi apabila saya bersamanya, perasaan itu muncul semula. Jadi saya mesti tahu adakah perasaan ini hanya sebelah pihak. Gadis cina berlesung pipit ini hanya tersenyum sambil memberitahu bahawa hatinya memang milik saya. Tika itu, saya bertekad bahawa saya mesti mengislamkan dan menjadikan gadis ini isteri saya.

Ketika berbual dengannya, dia memberitahu bahawa dirinya tiada agama tetapi dia tidak keberatan mempelajari agama suami.

Maka persahabatan menjadi cinta. Hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun. Akhirnya gadis ini meperkenalkan saya kepada keluarganya. Tika itu saya tahu bahawa banyak masalah akan menanti sekiranya kami berkahwin. Mendapat bapa mertua seorang hakim di China yang juga penyokong kuat parti komunis bukanlah suatu yang mudah. Perbezaan budaya dan nilai.. Tapi saya tak minta hidup yang mudah. Saya minta sebuah kehidupan yang bermakna.

Sebelum saya ke Hong Kong untuk belajar, saya agak aktif dengan program pengislaman saudara baru di Malaysia melalui Outreach. Sudah agak biasa menjawab pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan akidah. Berpeluang juga membantu mengislamkan ramai saudara baru dari pelbagai usia.

Gadis atheis ini selalu bertanya tentang soal tentang ketuhanan. Siapa tuhan? Apa bukti kewujudannya? Mengapa kita mesti menyembah tuhan? Antara kesekian banyaknya agama, mengapa mesti agama ini yang betul? Soalan-soalan ini dirungkai dan dijawab perlahan-lahan satu persatu. Akhirnya, saya turut memperkenalkan gadis ini kepada keluarga saya.

Maka kami turut merancang kehidupan. Dia bertanya bapa jenis apakah saya? Saya menjawab saya akan menjadi bapa yang memanjakan anak-anak. Saya akan spoil kan anak-anak pada setiap peluang. Dia hanya tersenyum dan memberitahu bahawa dia akan menjadi seorang emak yang garang supaya anak-anak tidak rosak sepenuhnya. Maka hari-hari berlalu dengan ceria.

Dan saya ditanya. Setakat manakah seriusnya saya dalam hubungan itu? Saya menjawab bahawa satu-satunya sebab kami tidak berkahwin ialah kerana dia berlainan agama dan dia tidak bersedia. Dan saya tidak akan memaksa.

Malangnya kita hanya merancang. Berbeza dengan saya, supervisor phd nya bukan seorang yang ceria. Seorang yang tegas dan terkenal kerana selalu menggagalkan pelajar. Dan disebalik usaha gigih gadis ini, dia tetap digagalkan. Dan episod hitam pun bermula.

Dia tidak lagi ceria seperti biasa. Di wajahnya ada kemurungan dan kesedihan. Dan di ketika itu dia memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu lagi tinggal di situ. Dia mengajak saya menemaninya ke Beijing untuk menjual rumah yang dihadiahkan kepadanya oleh bapanya. Rupanya dia memiliki banyak hartanah dan rumah. Apartmen yang dibeli pada harga sekitar 300 ribu sudah melonjak naik ke beberapa juta. Justeru dia ingin menjual sebahagian hartanah itu. Selama ini, saya menyedari bahawa gadis ini kaya tetapi tidak menyangka sebegitu sekali.

Dan gadis ini akhirnya mengambil keputusan untuk pergi bekerja di Shanghai. Dan dia berpesan supaya saya mencarinya di sana jika saya pergi ke sana. Tetapi sebelum dia pergi, dia memberitahu juga bahawa dirinya memang tidak mempercayai tuhan dan kehidupan selepas mati.

Dan hari menjadi minggu. Minggu menjadi bulan. Dan bulan menjadi tahun. Dan saya tidak dapat menerima seseorang yang menolak tuhan dari kehidupan. Dan akhirnya saya menerima sekeping gambar terakhir untuk dimasukkan ke dalam album kami. Gambar seorang gadis berpakaian pengantin dengan seorang pengantin lelaki yang gembira. Akhirnya dia meneruskan kehidupannya di sana.

Dan saya berasa hampa. Hampa bukan kerana hubungan kami tidak berakhir dengan perkahwinan. Hampa kerana seorang yang pernah saya cintai enggan memeluk agama yang mulia ini. Hampa kerana tidak mampu mengajaknya kepada agama yang suci ini. Hampa mengenangkan keabadian di neraka akan menjadi penghujungnya sekiranya terus begitu.

Maka hati ini tidak mahu bercinta lagi.. Selepas ini, saya hanya akan bercinta selepas perkahwinan. Saya tiada penyesalan dalam hubungan kami. Kami tidak pernah berzina. Saya tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya.

Maka tidak betul kata-kata bahawa saya tidak faham apa itu cinta kerana tidak pernah bercinta. Saya pernah bercinta. Dan saya faham godaan dalam percintaan. Kerana itulah cinta mesti dibatasi dengan agama.

Bercintalah kerana tuhan, maka akan ada keindahan dalam kisah cinta itu.. Dan tak payah couple, kawin terus.

ini bukan kisah nukilan novel angan angan Mat Jenin tapi sebuah perkongsian dari seorang Hamba Allah..  sekarang dia menjadi lecturer di International Islamic University Malaysia..

semoga dia dikurniakan jodoh istikharah yang solehah..amin..

wassalam..

Photobucket

1 comment:

Najla Najihah said...

Thanks for sharing this!
Sebelum ni tak pernah pun tahu cerita yang macam ni. Semoga ianya menjadi ikhtibar untuk kita semua, Insya-Allah.