Thursday, 10 April 2014

Duhai wanita jadilah seperti 'mimosa pudica'







ehemm..ehem..bombastiknye tajuk..mimosa pudica tu apa? mouse ke puding? macam sodap je bunyinye. Bagi yang tak tahu,sila search google yup adik-adik..hihi gurau je..Mimosa pudica ni pokok semalu..saja bagi gempak tajuk entri kalau tak, korang tak baca.. kan??kan??

Nama pon pokok semalu..ada kaitan dengan kita, kaum hawa iaitu perasaan malu. Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri kita terutamanya seorang wanita muslim. Ia penting sebagai benteng untuk menjaga iman kita dari terhakis oleh perkara yang mungkin boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan perbuatan lain yang tidak elok.Jika malu itu 50% daripada Iman, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah Takwa. Malu dan Takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah.

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah SAW dan puteri baginda Fatimah.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohonsemalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. 

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. :)

WASSALAM..




Photobucket

No comments: