Tuesday, 2 September 2014

Sujudlah kepada Allah


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :
“Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya:
“Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda:
“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung:
“Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
“Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati.”

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
“Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ‘ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata:
“Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma’waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: “Jadilah Engkau!”, maka ia terus menjadi”-ayat 82, surah Yassin.
wassalam..creadit to the awesome blog 
Photobucket

Wednesday, 20 August 2014

Cinta Semalam

Jom..kita buka coretan kali ini dengan doa..:
  1. رب هب لي من لدنك زوجا طيبا ويكون صاحبا لي في الدين والدنيا والآخرة
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.
Alia terbaca pengalaman someone pada feeds FB alia..pasal pengalaman dia..Jadi alia nak share.. 
yang penting alia nak highlight dia punya nasihat.. 
^_^
Sewaktu saya belajar di Hong Kong University, ada seorang pelajar yang sangat pelik perangainya. Gadis ini selalu datang lambat ke kelas. Pelajar paling last yang akan masuk ke kelas. Setiap kali dia sampai ke kelas, matanya akan mencari-cari tempat kosong. Dan pada setiap kali itu juga dia akan mengambil tempat duduk di sebelah saya.

Orangnya baik dan senyuman sentiasa terukir dibibirnya. Seorang gadis yang cantik dan cerdik. Mampu menyambung kedoktoran pada usia yang begitu muda. Apabila dia bercakap, suaranya lembut dan berbudi bahasa.

Dia bukanlah seorang yang sempurna. Banyak kerenah-kerenah dan perangai lucunya. Sebagai contohnya, dia seorang yang cepat mengantuk. Dan kelas memang tempat yang paling sesuai untuk tidur. Pada salah satu sesi kelas, profesor mengarahkan pelajar mengalihkan kerusi dan membuat bulatan untuk diskusi. Kelas itu kelas malam.

Gadis ini mula mengantuk lalu tertidur perlahan-lahan, lalu nyenyak. Pada mulanya, saya berasa lucu tetapi saya mula berasa takut apabila dia merebahkan kepalanya ke bahu saya. Saya ingin menolak kepalanya ke tepi tetapi saya khuatir dia akan jatuh pula. Jadi saya abaikan saja. Profesor ingin bertanya soalan kelas kepadanya tetapi memandangkan dia begitu nyenyak, profesor membatalkan saja hajat murni profesor itu.

Selepas satu waktu, dia akhirnya terjaga dan terkejut. Matanya perlahan-lahan memandang ke kiri kanan ingin memastikan samada ada sesiapa yang menyedari dia telah tertidur. Saya hanya mampu berbisik perlahan kepadanya, ‘Lain kali bawalah bantal’. Dia hanya tersenyum malu.

Pada kelas-kelas seterusnya, kami saling mengenali dengan lebih rapat. Seorang gadis muda dari kawasan utara China. Anak tunggal kepada seorang hakim yang lebih rapat dengan si bapa dari si ibu. Seorang gadis yang ceria yang peramah.

Meminjam nota kelas bagaikan hobinya. Tetapi pada setiap kali itu juga dia hanya akan meminjam nota saya. Gadis cantik ini rupanya seorang pencuri. Dia telah mencuri hati saya dan saya berasa bimbang. Sekiranya dia seorang pelajar seagama, saya tiada keraguan bahawa saya akan terus meminangnya. Tetapi agama dan adat menjadi pemisah.

Namun saya punya hati, dan perasaan. Saya ingin tahu samada perasaan saya itu sebelah pihak atau ia dikongsi bersama. Saya memberanikan diri bertanya gadis cina dari kawasan pergunungan utara ini tentang siapakah saya dihatinya.

Saya memberitahunya bahawa 9 tahun sebelum saya mengenalinya, hati saya pernah dicuri oleh seseorang tetapi gadis itu telahpun berkahwin. Perasaan itu saya fikir tidak akan saya temui lagi. Tetapi apabila saya bersamanya, perasaan itu muncul semula. Jadi saya mesti tahu adakah perasaan ini hanya sebelah pihak. Gadis cina berlesung pipit ini hanya tersenyum sambil memberitahu bahawa hatinya memang milik saya. Tika itu, saya bertekad bahawa saya mesti mengislamkan dan menjadikan gadis ini isteri saya.

Ketika berbual dengannya, dia memberitahu bahawa dirinya tiada agama tetapi dia tidak keberatan mempelajari agama suami.

Maka persahabatan menjadi cinta. Hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun. Akhirnya gadis ini meperkenalkan saya kepada keluarganya. Tika itu saya tahu bahawa banyak masalah akan menanti sekiranya kami berkahwin. Mendapat bapa mertua seorang hakim di China yang juga penyokong kuat parti komunis bukanlah suatu yang mudah. Perbezaan budaya dan nilai.. Tapi saya tak minta hidup yang mudah. Saya minta sebuah kehidupan yang bermakna.

Sebelum saya ke Hong Kong untuk belajar, saya agak aktif dengan program pengislaman saudara baru di Malaysia melalui Outreach. Sudah agak biasa menjawab pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan akidah. Berpeluang juga membantu mengislamkan ramai saudara baru dari pelbagai usia.

Gadis atheis ini selalu bertanya tentang soal tentang ketuhanan. Siapa tuhan? Apa bukti kewujudannya? Mengapa kita mesti menyembah tuhan? Antara kesekian banyaknya agama, mengapa mesti agama ini yang betul? Soalan-soalan ini dirungkai dan dijawab perlahan-lahan satu persatu. Akhirnya, saya turut memperkenalkan gadis ini kepada keluarga saya.

Maka kami turut merancang kehidupan. Dia bertanya bapa jenis apakah saya? Saya menjawab saya akan menjadi bapa yang memanjakan anak-anak. Saya akan spoil kan anak-anak pada setiap peluang. Dia hanya tersenyum dan memberitahu bahawa dia akan menjadi seorang emak yang garang supaya anak-anak tidak rosak sepenuhnya. Maka hari-hari berlalu dengan ceria.

Dan saya ditanya. Setakat manakah seriusnya saya dalam hubungan itu? Saya menjawab bahawa satu-satunya sebab kami tidak berkahwin ialah kerana dia berlainan agama dan dia tidak bersedia. Dan saya tidak akan memaksa.

Malangnya kita hanya merancang. Berbeza dengan saya, supervisor phd nya bukan seorang yang ceria. Seorang yang tegas dan terkenal kerana selalu menggagalkan pelajar. Dan disebalik usaha gigih gadis ini, dia tetap digagalkan. Dan episod hitam pun bermula.

Dia tidak lagi ceria seperti biasa. Di wajahnya ada kemurungan dan kesedihan. Dan di ketika itu dia memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu lagi tinggal di situ. Dia mengajak saya menemaninya ke Beijing untuk menjual rumah yang dihadiahkan kepadanya oleh bapanya. Rupanya dia memiliki banyak hartanah dan rumah. Apartmen yang dibeli pada harga sekitar 300 ribu sudah melonjak naik ke beberapa juta. Justeru dia ingin menjual sebahagian hartanah itu. Selama ini, saya menyedari bahawa gadis ini kaya tetapi tidak menyangka sebegitu sekali.

Dan gadis ini akhirnya mengambil keputusan untuk pergi bekerja di Shanghai. Dan dia berpesan supaya saya mencarinya di sana jika saya pergi ke sana. Tetapi sebelum dia pergi, dia memberitahu juga bahawa dirinya memang tidak mempercayai tuhan dan kehidupan selepas mati.

Dan hari menjadi minggu. Minggu menjadi bulan. Dan bulan menjadi tahun. Dan saya tidak dapat menerima seseorang yang menolak tuhan dari kehidupan. Dan akhirnya saya menerima sekeping gambar terakhir untuk dimasukkan ke dalam album kami. Gambar seorang gadis berpakaian pengantin dengan seorang pengantin lelaki yang gembira. Akhirnya dia meneruskan kehidupannya di sana.

Dan saya berasa hampa. Hampa bukan kerana hubungan kami tidak berakhir dengan perkahwinan. Hampa kerana seorang yang pernah saya cintai enggan memeluk agama yang mulia ini. Hampa kerana tidak mampu mengajaknya kepada agama yang suci ini. Hampa mengenangkan keabadian di neraka akan menjadi penghujungnya sekiranya terus begitu.

Maka hati ini tidak mahu bercinta lagi.. Selepas ini, saya hanya akan bercinta selepas perkahwinan. Saya tiada penyesalan dalam hubungan kami. Kami tidak pernah berzina. Saya tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya.

Maka tidak betul kata-kata bahawa saya tidak faham apa itu cinta kerana tidak pernah bercinta. Saya pernah bercinta. Dan saya faham godaan dalam percintaan. Kerana itulah cinta mesti dibatasi dengan agama.

Bercintalah kerana tuhan, maka akan ada keindahan dalam kisah cinta itu.. Dan tak payah couple, kawin terus.

ini bukan kisah nukilan novel angan angan Mat Jenin tapi sebuah perkongsian dari seorang Hamba Allah..  sekarang dia menjadi lecturer di International Islamic University Malaysia..

semoga dia dikurniakan jodoh istikharah yang solehah..amin..

wassalam..

Photobucket

Saturday, 16 August 2014

jom jadi student UNIKL MIMET

Baru baru ni result upu bagi lepasan asasi, matrikulasi, stpm dah pun release.. Bagi yang tak mendapat tawaran upu la tahzan..jangan kecewa...jangan stress..its not the end of your journey..Alia sarankan korang apply Unikl ataupun SPA.. Alia sekarang belajar kat Unikl Mimet. Semuanya tanya, kenapa Alia tolak tawaran UPM..Kenapa masuk unikl? Mungkin sebab persepsi mereka, unikl ni kolej swasta..yuran mahal..
THE TRUTH is salah satu reason alia masuk sini sebab loan MARA.. Bukan alia nak condem PTPTN, tapi banyak cikgu alia kata, kalau tak mampu jangan guna ptptn..yang entah bila akan langsai hutangnya..
kelebihan loan MARA:
Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
 Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 – RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. 
Pinjaman Boleh Ubah (Conversion) 
Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA.  
Skim Pelajar Cemerlang
 Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahu pun di luar negara.Bagi 
PTPTN pulak, pelajar akan diberi pinjaman mereka setiap 1 semester in total. Boleh anda bayangkan awal atau akhir bulan, check akaun bank tengok ada rm1000+ atau rm2000+ ?? memang pada mulanya kita sebagai pelajar akan gembira yang teramat bila ada duit sebanyak itu dalam bank, tapi, kalau sudah 1 semester 3 atau 4 bulan, sudah semestinya bulan terakhir semester, duit pinjaman kita sudah habis dibelanjakan. Mula lah telefon mak ayah mintak duit belanja lebih. Agak membebankan disitu.   
Kelonggaran Pembayaran Balik 
Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat. Elaun Bulanan MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM600 bagi ijazah.

 Bila masuk Mimet ni, jangan risau pasal makan sebab  mimet ni dikelilingi kedai makan. depan ada, tepi ada..pilih jer nak yang mana. Biasanya cafe tak buka waku malam..jadi ramai students suka makan kat luar. jalan kaki jer..tak jauh mana.

academic building pula ada satu je. jadi bagi sesiapa yang ada masalah sindrom selalu lupa kelas, jangan risau sebab kelas biasanya dekat dekat jer..kalau kelas kat 4th floor naiklah lif .. macamtu juga dengan bengkel. semua bengkel dekat-dekat jer..jadi tak lah huru hara sesat mencarinya..

bilik hostel? hmhmmm..masa mula-mula check in tu, memang terasa kekecilannya compare masa kat matrik dulu, almarinya pun sama,..tapi bila dah lama-lama duduk bilik, bilik kecik pon nampak besar. Ada bilik untuk 4 orang ngan 2 orang. setiap sem kene tukar bilik..boleh pilih roommate.. hah..lagi satu, kalau nak dapat duduk hostel, result final sem mestilah cemerlang, 3.00 and above selain bergiat aktif dengan koko. Yang tak bestnye bilik ni, waktu malam lah sebab banyak nyamuk, lagi satu kalau petang2x tu kadang2x bau udang. Nasiblah siapa yang dapat bilik ngadap kolam.


katilku..sila abaikan keselerakkannya tu hihi..


view dari tingkap bilik alia..serious cantik..

Hostel perempuan ada disediakan surau dengan koperasi. Biasanya, masa study week, surautu penuhlah ngan student nak study..Bilik Air jangan risau, tak kan ada masalah berebut-rebut nak mandi..sebab jadual kelas masing-masing tak sama..cuma masa minggu orientasi tu lah..full sentiasa. Water heater, mesin basuh pun ada disediakan..

Hari sabtu ahad biasanya ramai yang suka jogging kat kawasan kolam tu..boleh jalan-jalan kat slipway, nak belajar berenang pon boleh. make sure ada trainer lah..ada gelanggang untuk badminton , sepak takraw, tenis, pingpong..semua ada..kayak pon ada.
Aktiviti koko macam kelab, persatuan memang banyak..cuma sanggup dengan tak sanggup join jer..Macam alia masa sem satu , alia join kelab Sea Scout, PEMBINA, VAT- Volunteer Assolihin Team.. Masa sem 2 pulak alia join persatuan GPMS- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Semuanya best best.. kat MIMET ni pon ada aktiviti usrah bersama ahli PEMBINA..jadi jomlah join ramai-ramai..lagi ramai lagi best..lagi harmoni hihi..

Antara aktiviti kelab yang Alia join:



menjadi fasilitator bagi prog kem lepasan spm anjuran PEMBINA UNIKL MIMET..sopan dan sporting adik-adik ni..

            
Persatuan GPMS, every weekend kitaorang akan melawat rumah anak yatim Ummu Sofiah.. 
Macam-macam aktiviti dibuat..seperti buat mini library, gotong royong, game, mengajar anak-anak Ummu Sofiah setiap sabtu. Gerenti best ><
yang ni pulak Family day untuk ahli GPMS. bermain bowling.
Kelab Sea Scout, masa jamuan akhir. Ber'BBQ' bersama..


Kem di Gua tempurung..alia ada buat entri pasal aktiviti kem ni sebelum ni..
klik sini


hiking di Bukit Busu


Join game sempena English Club


Mengadakan program JOM BANGUN SUBUH under persatuan VAT


Dengar ceramah..
Biasanya.,VAT akan buat banyak program kerohanian..
lets support!! :)

 Aktiviti Riadah

Masa ni baru lepas belajar berenang then kitaorang ronda-ronda naik boat..


picnic kat Teluk Batik




smile~~


kalau bosan dok dalam bilik, petang-petang tu kitaorang akan jalan-jalan round mimet..


kolam Mimet..biasanya budak Dragon Boat training kat sini..



view kat rooftop..kadang-kadang study kat sini..senang nak menghafal..




Jogging..masa ni Alia bawak Yana tidur kat MIMET hihi..senyap-senyap..
Ada pagar lobos, jadi kiteorang pon turunlah gi pesisir pantai..


macamnilah situationnya presentation dalam class..
honestly..i'm hate presentation..huhu
snap senyap-senyap gambar member..

okay...ni sahaja alia nak share..Kepada sesiapa yang nak masuk unikl mimet, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali..hihi..

wassalam
selamat menyambung pelajaran :)



Photobucket

Bersyukurlah anak MARA

Iissalamualaikum..Haii..Nin hao..anaeyoungseyoo..apa-apa jerlah..==' Sihat semua..Alhamdulillah..Beberapa hari yang lalu..result UPU baru jer release untuk lepasan asasi/matrikulasi/diploma/stpm..apapapon Tahniahh!!


Alhamdulillah..adik kembar alia, yana dapat tawaran ke UPM & USM.. both course Food Technology..dia memang minat sangat couse tu..i'm happy for her ^___^ Hope you'll be better than me. keep chasing you dream..Tahniah juga untuk best friends dunia akhirat alia..my awesome FNE..tahniah!! im proud of you guys.. bagi yang tak dapat apa-apa tawaran..jangan sedih-sedih.. Ada tu nanti rezeki..ingat perancangan Allah itu lagi hebat..lagi sweet..just keep praying..dear.. 


Then,yana pon ikut jejak alia juga masuk UNIKL dan terpaksa rela menolak tawaran IPTA..tapi yana bukan masuk UNIKL MIMET, but MICET course Chemical Engeneering in Food Technology..Food Tech again..hihi..ramai yang tanya kenapa masuk unikl..senang jer jawapannya MARA..

Bercakap pasal MARA, alia nak share pandangan peribadi seorang Anak MARA tentang betapa beruntungnya palajar-pelajar yang mendapat pinjaman pendidikan MARA ni..
just read this,
(i'm kopipasta dari FB beliau..hihi)

Pelajar tajaan MARA lebih ramai yg kurang rasa syukurnya.. bukan mahu meletakkan prasangka sumbang dalam isu ini, tapi rasa terpanggil untuk menyedarkan anak2 tajaan MARA ni supaya berpijak di bumi yang nyata dan wajib bersyukur dengan kemudahan pinjaman pelajaran yang diberikan.. tahukah anda hampir separuh dari jumlah yang anda pinjam melalui pinjaman pelajaran MARA adalah hanya semata-mata untuk elaun anda sahaja? Ya, untuk elaun sahaja.. Mari kita buat sedikit congakan dan matematik sekolah rendah, gambar yang dilampirkan kita jadikan sebagai contoh :
Butiran pinjaman pelajaran (3 tahun pengajian) :
a) Yuran = RM36,000 (3 tahun pengajian/RM6,000 per sem) 
b) Sara Hidup/Elaun = RM25,200 (RM700 x 12 bulan x 3 tahun)
c) Buku/Perkakas = RM1,800 (RM600 x 3 tahun)
d) Kertas Projek = RM450 (RM150 x 3 tahun)
e) Perkakas = RM300 (RM100 x 3 tahun)
f) Thesis = RM300 (sekali sepanjang pengajian)
Jumlah pinjaman = RM64,050.00
Jumlah yang masuk poket = RM28,050.00 (sara hidup + buku/perkakas + kertas projek + perkakas + thesis)
Jumlah yuran = RM36,000.00
Peratusan yuran dan wang masuk poket :
Yuran = (36,000 / 64,050) x 100 : 56.21%
Wang masuk poket = (28,050 / 64,050) x 100 : 43.79%
Berdasarkan kiraan mat jenin di atas, hampir separuh dari pinjaman digunakan untuk sara diri pelajar. Hampir separuh! Betapa beruntungnya pelajar tajaan MARA. Dan bertambah untungnya lagi pelajar tajaan MARA ni bila tamat je pengajian, pengurangan bayaran pinjaman diberikan pulak, malahan pihak MARA pula yang merayu semua pelajar tajaan mereka memohon pengurangan bayaran balik pinjaman, sampai buka booth dan iklan merata. Tapi anak2 tajaan MARA ni tah sedar ke tidak xtau la. Berikut adalah kadar pengurangan terkini berdasarkan CGPA masing2, ok dlm hal ni mgkin ramai pertikai, takpe ni yg aku dpt, korg call sendiri la k, sbb sblm ni memang lain, yang ni diperoleh melalui phone call dari kawalan kredit MARA last week :
CGPA 3.50 - 4.00 = bayar 15% dari jumlah pinjaman
CGPA 3.00 - 3.49 = bayar 20% dari jumlah pinjaman
CGPA 3.00 ke bawah = bayar 25% dari jumlah pinjaman
Katakan CGPA yg diperolehi selepas tamat pengajian adalah 3.30, ini bermakna jumlah yang perlu dibayar balik adalah :
RM64,050 x 20% = RM12,810
Ya, diskaun yg sgt hebat. Diskaun yg sgt menjadi rebutan oleh semua org dan juga yg diidamkan oleh mereka yg bukan bumiputera. Dan adakah kita sedar bayaran balik RM12,810 tu pun tak smpai jumlah keseluruhan elaun yang kita terima. Maknanya, MARA dah sponsor lebih dari RM15,000 elaun kita! Elaun yg kita guna untuk makan, sewa rumah, topup, petrol, dating, jimba dan jugak beli tiket tengok Panda nnt. Mengujakan lagi, keseluruhan yuran pengajian yg berjumlah RM36,000 tadi ditaja, disponsor, dicover, dibayor, dan disetelkan oleh MARA sepenuhnya bukannya dari kita.
Namun, hakikatnya, ramai pelajar yg mgeluh serba serbi xckup. Fasiliti disediakan xmemenuhi keperluan dan sentiasa berasa xckup dgn apa yg ada. Sedangkan perkara yg basic tu dah ada, dan perkara yg lain yg jarang-jarang digunakan pula dijadikan sbg penanda aras dan isu mentah untuk menghentam pihak pentadbiran. Menyedihkan, ada pula yang nak claim yuran2 tertentu yg dikatakan tidak berbaloi sedangkan klau dikira semula, sistem pembayaran adalah jenis pukal bukan kiraan jumlah kredit, klau dikira dari jumlah kredit, memang terlebih dari jumlah yg dah dipukalkan. Contoh, jumlah jam kredit utk graduate bg mamat di atas ni ialah 124 jam kredit. Jumlah yuran pengajian RM36,000. Katakan satu jam kredit RM300 (biasanya dlm range ni), 124 jam x RM300 = RM37,200. So, ada beza RM1,200. Free jer MARA blanje. Suruh blajar je pun. Bukan suruh berenang ulang-alik Malaysia-Sumatera tiap hari. Pun begitu, masih ramai jgk yg pertikai.
Bagi aku, ambillah konsep sedekah dan bersyukur. Kalau ade benarnya institusi yg terbabit menggelapkan wang pelajar, berbincanglah secara hemah, telus dan profesional. Kadang2 sebab darah muda kita ni, awal2 lagi kita dah maki pihak terbabit kalau mereka ada tercuai dalam pengurusan. Bukankah elok kalau teguran dilakukan secara peribadi atau dalaman? Kalau kita jaga aib orang, Insya'Allah aib kita akan terjaga, tapi klau kita buka aib org dan dedahkan sana sini sedangkn boleh je sembang elok2, maka bersedialah untuk Allah buka pula aib kita pada org.. mereka bukan sape2 pun, sebangsa kita, seagama Islam dgn kita, yakin dan pasti ada cara pnyelesaian yg lebih baik. Kalau betul duit yuran digelapkan, smuanya masuk ke dalam institusi kita juga, habis2 pusing org sebangsa kita juga, seagama kita. Niatkan untuk halalkan shj klau ada salah guna. Sebab sedekah kan salah satu saham akhirat untuk kita? Jadi, mudahkan?
Konsep bersyukur pula sgtla dituntut bagi pelajar tajaan MARA ni. Bukan semua pelajar dapat RM700 sebulan mcm aku (Alhamdulillah, syukur sgt!), dan bukan semua dapat tawaran pinjaman pelajaran MARA. Malah ada yg dapat duit bulan2 dari ibu-bapa lagi, duit elaun MARA langsung xberusik, haa klau ada yg mcm ni lebih menyimpan je duit tu, kurang2 habis blajar dah memang senang lenang. Xde la jadi mcm aku, kais pagi makan pagi kais malam makan malam. Bandingkan dgn mereka yg ambil pinjaman PTPTN. Rata-rata dpt lebih kurang dlm RM1,500 satu semester, RM1,500 bahagi 6 bulan bersamaan dengan RM250 sebulan. Sakit. Sakit sangat. RM250 hidup di KL. Dah habis belajar kene bayar full pulak, siap ada interest lg. Nak xnak kene score smpai CGPA 3.50 ke tas klau nak convert jd biasiswa. Sebab tu ramai antara mereka bekerja sambilan dan disebabkan kesempitan itu, mereka berjaya dalam pelajaran dan bersyukur dgn apa yg mereka dapat.
Moralisasinya, cuba muhasabah diri dulu. Jangan cepat tuding jari pada org lain. Cermin diri dulu. Beruntungkah kita? Masih juga ada yg xnak byr pinjaman pelajaran MARA, xtahula nak kata apa, sbb bayaran boleh dibuat serendah RM20 sebulan, kalah bil prepaid aku yg RM30 sebulan. Terima kasih MARA. Kalau la xde MARA ni, aku xtau la mane lagi tempat anak2 Melayu ni nk sambung belajar dgn elaun yg mcm tu skali. Cukup2 lah spin cerita, racun fkiran org, dan hentam sana sini. Ada baiknya kaji dulu. Duit2 ni utk generasi kita yg akan dtg juga. Kalau masih rasa ada lg wang yg dikatakan dah digelapkan tu anggap jela sedekah, sedekah tu besar manfaatnya. Utamakan hutang dlu, sebab itu yg akan menghalang kita masuk Syurga.
Apa yg tersurat adalah sekadar pandangan peribadi, dan mohon maaf andai ada yg teguris hati, tertampar hati dan tegigit jari. Buat semua pelajar tajaan MARA, belajar sungguh-sungguh, bukan mudah nak tempuh hari-hari mendatang sekarang, so jangan main-main k, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, tinggal nak usaha je. Aku pun bukanlah yang terbaik, tetapi aku cuba jadi yg terbaik sepanjang menjadi anak didikan MARA dan sentiasa bersyukur sbb aku bukan org senang. Selaras dengan tajuk, kurangkan marah dan MARA ke depan wahai bangsaku.
Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian;
Tak ada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.
Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Pokok pinang pokok kelapa,
Buah durian sedapnya terasa,
Guru dan MARA jangan dilupa,
Pembela diri tinggalan bangsa.
# Terima kasih MARA. Terima kasih UniKL. Budi dan jasamu disanjung tinggi.


 Hah amik hang..punyalah..panjang lebaq..
Bila fikir-fikir , memang its the right decision sambung belajar kat UNIKL.. Jadi, bersyukurlah wahai anak anak MARA sekalian. Kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi!! jyyeeahhh!!

Wassalam..

*Nota kaki*
Maklumat kadar pengurangan yang latest mungkin boleh cari kat website MARA. Or call kawalan kredit Mara.
Photobucket

Wednesday, 13 August 2014

Hair care product dari Shaklee berkesan!!

 Masalah rambut gugur bukanlah perkara pelik. Ianya disebabkan beberapa faktor seperti di bawah: 

Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin
Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbahan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur. 

Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian: 
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur. 

Stress: 
Stress memerlukan banyak B-complex, maka dengan kurangnya B-complex dalam tubuh makan zat ini akan di serap seperti di atas dari rambut. Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut. 

Bahan kimia dalam produk rambut: 
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam2 iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk2 ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
so, hari ni alia nak share testimoni dari seorang bloger, Ummi tiqah yang juga pengguna produk hair care dari shaklee . sekarang dia juga adalah dealer bagi shaklee setelah berpuas hati dengan keberkesanan produk yang digunakan. 
pengakuannya yang ditulis dalam blognya:
Masa saya tulis entry ni, genap 6 kali saya pakai ProSante, syampu khas dari Shaklee. Maka dengan yakin saya katakan, saya dah jumpa syampu yang menyelesaikan masalah rambut gugur yang kronik. Alhamdulillah, happy dan syukur sesangat. Masalah saya dah selesai:) dan saya takkan tukar kepada syampu lain dah. 



Set penjagaan rambut Shaklee yang dikenali sebagai ProSante adalah bebas kimia, dan selamat untuk digunakan.



 #1 - Long Lasting Finishing Spray "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah Memberikan perlindungan UV Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.


 #2 - Revitalizing Shampoo Humektan. bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut Sistem pembersih yang lembut dan berpaten Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

 #3 - Purifying Shampoo. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.


 #4 - Replenishing Conditioner. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

 #5 - Lightweight Conditioner. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


 #6 - Nourishing Scalp Treatment Nourishing Scalp Treatmen.t menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak

Perbezaan Shaklee ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

 Yang Mana Satu Saya Perlukan?

 Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

 >>>> Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut: 1.Revitalizing Shampoo
 2.Lightweight Conditioner
 3.Nourishing Scalp Treatment (note : set ni boleh digunakan secara harian)

 >>>> Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:
1.Purifying Shampoo
 2.Replenishing Conditioner
 3.Nourishing Scalp Treatment (note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
#Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut;
#Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat;
# Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain. dan tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.


Kajian klinikal bebas menunjukkan bahawa dengan penggunaan sistem Produk ProSanté yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:




testimony








Harga 




wassalam..

#kita hanya berusaha tapi Allah lah yang menyembuhkan..
berminat?? whatsup saya, ALIA : O197929448
Photobucket

Thursday, 7 August 2014

Salam Aidilfitri



yeahhh..dah raya..angkat tangan sambil joget..Astagfirullah..apa nak jadi anak dara ni.*.geleng kepala


Alhamdulillah..tahun ni akhirnya berjaya ambil foto keluarga..completed!! semua ada,x ada yang hilang2x..  Tak silap alia masa alia form3 tu paling last ambil family photo.. setelah sekarang alia berumur 20 tahun wink..wink^^ ni photo keluarga yang baru..tema?? kami adik beradik perempuan semua pakai sedondon merah. Ayah,iman ngan Ain jer yang out of the theme..hihi..



First raya tahun ni,tak balik muar..beraya rumah atok mak dulu..raya ketiga baru balik rumak tok aki. Jadi kiteorang memang bergotong royong lah, memasak,buat kuih raya..best..best..berkumpul adik beradik ramai ramai..cuma tahun ni,oleh kerana usia alia yang semakin tua..dah tak de belas-belas dah..jadi duit raya selalunya memang dah tak dapat..maklomlah dah beso..

Macam biasa setiap tahun, kami sekeluarga akan konvoi beramai2x ceh.. ziarah sedara mara..kadang-kadang alia sendiri tak kenal sedara, atok atok.. ni lah masanya mengeratkan hubungan..

Lepas dah puas beraya kat rumah atok belah ayah ngan ibu,keluar jejalan makan angin ngan kawan yang dah lama tak jumpa..ye lah semua dok sibok kerja, belajar pon jauh2x..tu pon x jumpa semua..jumpa mana yang ado aja..apapun lepaslah juga rindu ni..

thanks to puteri sebab sudi bawak kiteorang tengok wayang..seronok sangat sebab ni first time tengok wayang..kitaorang tengok filem GUARDIAN OF THE GALAXY..memang best ceritanya.. action+ comedy.


#lovefne









ok bye..dah nak keluar ni ..wassalam..



Photobucket