Saturday, 28 December 2013

study week kat MIMET





Argggggggghhhhhhhhhhh.....tension... 
tu lah ayat common menjelang nak exam ni..,dan penulis blog ni pon termasuklah dalam golongan orang yang selalu sebut 'term' tu huhu..Lagi sehari jer lagi nak final..Kadang-kadang bila asyik mengadap kertas jer boleh membiakkan lagi bakteria-bakteria stress dalam diri..
(amboi ayat..ni salah satu simpton tgh stress ni..hihi)

alia nak share posting RUSYDEE ART pasal exam..entry yang sangat awesome..
(kopipasta dari blog dia.. :p )

Sekarang musim imtihan (peperiksaan) bagi mereka di peringkat ipt. Ringkas sahaja pesanan, orang kata bila study di akhir waktu, memang senang ingat poin-poin untuk jawab dalam paper nanti. Tapi bila kita belajar di awal waktu dan tambah pula bacaan lain berkenaan yang kita belajar di kelas, yang tu lagi bagus. Belajar niat untuk exam semata-mata, adalah sia-sia. Ilmu tak bertambah, malah cepat pula hilang selepas exam. Tapi apabila belajar tu kita faham sampai kita boleh ajar orang lain pula, itulah baru ilmu bermanfaat. Tak sia-sia. Buat apa kamu belajar ijazah, diploma 3-4 tahun tapi bila orang tanya kamu soalan berkenaan apa yang kamu belajar, kamu tak dapat jawab sebab terlalu fokus pada soalan-soalan spot yang masuk exam je. Belajar semata-mata nak dapatkan CGPA terbaik. Boring. Tahulah semua nak kerja best.

Ada result bagus, tapi ilmu bagus gak ke? Belum tentu.

Apapun, saya tak perlu ulas lagi apa-apa doa sebelum exam. Semua orang tau. Ada berlambak doa kat dalam buku-buku di pasaran, di internet dan sebagainya. Doa ada banyak, tapi baca masa nak masuk exam je. Manusia memang macam tu. Ingat Allah bila berhadapan dengan situasi yang pentingkan diri sendiri je.

Jika anda study kerana, exam kerana Allah, anda tidak akan bersifat pentingkan diri sendiri. Hanya perlukan Allah di saat kita terdesak. 

Istiqamahlah, dari awal sem sampai akhir sem, study awal-awal. Ingat Allah dari awal. Doa pun dari awal. Itulah yang terbaik. Tapi orang selalu kata, sekurang-kurangnya ingat juga kat Allah walaupun di akhir waktu. Raih simpati Dia di akhir waktu? Wallahua'alam, tapi bagi saya tidak berapa menepati kata-kata Allah dalam Surah al-Zumar ayat 10 yang mana Allah menyatakan tanda kemenangan orang yang berjaya dalam ujian,

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Orang yang dari awal bergantung harap, sabar belajar dari awal, sabar buat assignments, sabar walaupun ada banyak ruang dan masa untuk dia enjoy dalam satu sem tu tapi dia tak buat macam tu, sabar sampai akhir sem. Dia sabar kerana Allah sebab dia study kerana Allah, exam kerana Allah. Dia datang untuk belajar ilmu, belajar tentang kebenaran dan keadilan, tentang keluasan ilmu Allah. Bukan datang untuk berfoya-foya habiskan duit PTPTN, outing sana-sini, lepak sana-sini, berpacaran sana-sini, enjoy sakan dengan duit hutang dan duit biasiswa.

Orang-orang yang belajar di akhir waktu, tapi dia sakit hati bila tak dapat result cemerlang, mana mungkin tergolong dalam orang yang sabar. Berbaloilah tu dengan apa yang dia dapat. 

Oh tahun baru. Cukup-cukuplah dengan azam dan iltizam baru. Tahun baru Masihi, terus jalankan amalan dan perancangan2 terdahulu yang masih belum selesai. Stop angan-angan.


________________________________________________________________

Alia tiba -tiba teringat pesanan kak solehah dalam usrah minggu lepas, lebih kurang macam ni lah pesanannya..
untuk apa kita belajar??
untuk dapatkan ijazah..
cuba bayangkan  hari ni kamu dapat ijazah, ijazah kelas pertama pulak tu..
pastu esoknya, hari kiamat..
apa yang kamu dapat??
berguna tak ijazah tu??
tepuk dada tanya iman..


pesanan alia,studyweek ni, studylah dengan cara yang diredhoi Allah..Kadang-kadang kita beriya study sampai tidur empat, lima pagi.ada yang tak tidur sehari suntuk..tu lagi dahsyat..tapi sayangnya..study bagai nak rak tapi solat subuh tinggal..rugi tak?? 

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. 

"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

hanya perkongsian..sharing is caring..(^_^) maaf kalau ada tersalah bahasa, merapu ke sepanjang berblog ni.. doakan semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat..
wassalam.. tutup entry dengan senyuman  (◕‿◕)

#Musim study week ni lah ramai student MIMET bertukar jadi kelawar..hihi..

Photobucket

No comments: