Tuesday, 24 December 2013

Allah tarbiyah hati ini..(Exam mood)

Pejam celik-pejam celik dah nak habis dah sem 1 belajar kat UNIKL MIMET ni..sekejap jer masa berlalu..(tu tanda kiamat semakin hampir tu..-remind myself) Terlalu banyak  ragam orang, memori, cerita sepanjang belajar kat sini..Ada yang kadang2x tu bila teringat buat kita tergelak sendiri, menangis. tension, stress tapi semua tu banyak tarbiyah hati ini untuk belajar berkongsi cerita apa sahaja hanya kepada Allah..yelah..sometime ada benda yang kita tak boleh share dengan orang..masatu baru tersedar Allah selalu ada untuk kita..even kalau kita menangis sendiri dalam hati, Allah ada dan Allah dengar setiap rintihan kita..
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya” (HR.Thabrani dari Abu Umamah)
Dan Alhamdulillah..Allah hantarkan pada alia.sahabat-sahabat usrah, untuk berkongsi masalah. Allah pertemukan classmate2x yang sangat caring & sporting.. Roomate yang sangatttt baikk & kelakar.. Banyak benda yang alia belajar drpd ragam diaorg..
Alia sebenarnya pendiam orangnya..tapi dalam diam2x,,ada banyak perkara yang terlintas dalam fikiran ni..setiap perhatian,pandangan ada jer yang dipersoalkan..
kenapa ini,,
kenapa itu..
mungkin itu cara Allah tarbiyah diri ini..
Allah nak alia fikir..cari jawapan..dan belajar..
Salah satu perkara yang alia belajar kat sini..sentiasa jaga hati dari berprasangka buruk..sentiasa besikap husnozan(bersangka baik)..
Contohnya,sometime,bila kita tengok jer seseorang tu,kita dah start judges dia tanpa kenal dia, tanpa jadi 'kawan' dia. Tak fair lah macam tu..
Alia ada seorang kawan ni..kalau orang tak kenal dia,mungkin orang akan assume dia ni 'kekwat'lah, belagak..tapi itu cuma pandangan orang yang hanya menilai luaran sahaja..Tak semestinya orang tu pakai ketat-ketat ,x tutup aurat, hati dia jahat..
tuutttt..WRONG JUDGEMENT!!
bila Alia kenal dia,makin hari..makin banyak perkara yang alia belajar dari dia..dia umpama kawan syurga buat alia..selalu ingatkan alia, tegur alia kalau ada buat silap,sentiasa care & jaga alia..baikkk sangat orangnya..sweetkan hehe..nampak jer brutal orangnya..tapi baik sangat..
kadang2x alia rasa ,alia pulak bukan kawan 'syurga' untuk dia..Itu pandangan alia pada dia..tapi pandangan orang lain pulak?? sedih sangat..bila dia cerita kat alia,ada orang tegur dia suruh berubah tapi not in proper way..tegur depan public..bukankah itu mengaibkan?? entahlah manusia..kadang2x dalam menegur inginkan pujian..wallahualam..

nampak tak beza pandangan pada mata Allah dan mata manusia...
samalah macam kita tengok karipap yang dijual kat pasar malam..ada banyak karipap...ada yang besar, kembang, kecik,lenyek pon ada jugak hihi..pastu kita pun beli lah karipap yang kembang beso bak ikan kembung tu..sebab tengok macam sedap jerr..kita assume karipap yang kecik tu,makcik tu kedekut letak isi sardin..(kononnyelah..)..pastu bila makan karipap yg kite beli tadi,,hampeh..tepung je tebal isi kentang ciput je...
faham tak analogi kat sini??
people see what they want to see,
but ALLAH KNOWS EVERYTHING..
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah Al-Hujurat:ayat 12)


^______^

rindu sangat kat mereka..

 
doakan semoga kami dapat bereunion waktu cuti sem nanti..
semoga ukhwa antara kami berpanjangan till jannah..
inshaAllah..
meh kita berdoa untuk sahabat2x kita..
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga" "Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
-Mukminin-Imam Ghazali




Bismillahirrahmanirrahim...
 Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN

Wassalam..sekadar perkongsian..dan reninder for myself..
doakan kami dapat menjawab soalan final exam dengan tenang dan jaya..hihi..semoga sama2x success..

^__^
Photobucket

No comments: