Wednesday, 10 July 2013

sambung ijazah kat mane??


mode sekarang sangat2x excited!! dan sangaaaatttt bersyukur kerana Allah dah makbulkan doa alia..Baru tadi alia check upu, Alhamdulillah...alia dapat kos yang alia nakkkk sangattt..pilihan pertama alia :)




alia dapat tawaran sambung belajar kat universiti yang dah lama..alia berangan nak masuk..dulu dapat diploma UPM (kejuruteraan pertanian) ,tapi alia tolak sebab prefer nak masuk matrik..sekarang,dapat peluang ni lagi..siapa sangka..rancangan Allah..Alhamdulillah..ingat lagi mase belajar kat matrik, tiap kali masuk library, mesti tenung lama UPM punye plak cenderahati ( x tahuu namanya apa..) kat  sudut pameran...dalam banyak2x cenderahati universiti..UPM jugak ku tenung sambil iltizam dalam hati AKU NAK MASUK UPM..

Kita hanya merancang but Allah always the best planner..( petik kata2x.. Mr The All Shared )



Alhamdulillah alia pun dapat tawaran unikl..alia dapat pilihan pertama jugak..alia dapat kos operasi maritim..alia minat jugak kos ni..Hari tu dah tanye cikgu kaunseling kesayangan ...cikgu Afidah kata, lebih baik masuk unikl..sebab under Mara..dan insha Allah..lepas keluar terus dapat kerja..

hati mula tergugat.. tak tahu nak masuk yang mana..mulanya masih tetap pendirian nak masuk upm..tapi bila dengar cikgu cakap macam tu..ditambah pulak ibu ngan ayah galakkan masuk unikl, hati jadi keliru..inilah dilema pelajar..jalan terakhir hanya istikharah perkara terbaik sebelum buat keputusan.. (search google  macam mana solat istikharah,,hihi..sebelom ni tak pernah buat.. )

yakinlah..sesungguhnya pilihan terbaik datangnya dari Allah..

sharing is caring..bagi kawan2x yang hadapi perkara yang sama ..jom buat solat istikharah..

cara solat istikharah

cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang lain,dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ni tidak payah azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

Selepas selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah

maksudnya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

wassalam..harap membantu ^___^
# masih belum terlambat kan nak ucap salam Ramadhan...


Photobucket

1 comment:

raida aqilla said...

hye alia . boleh tak email sy .nk tanya pasal kos operasi maritim ni . need respon a.s.a.p ;)
raidahanani@gmail.com