Friday, 28 June 2013

Result PSPM2 dan lecturer KMJ : )

Hai readers..sihat sihat semua?? Alhamdulillah bagi yang sihat..yg tak berapa sihat,demam ke batuk, selseme(betul ke aku eja ni??) pun Alhamdulillah..sebab masih diberi peluang to get breath.Alia tengok posting alia pasal result pspm 1 alia dapat viewers yg tinggi..berbanding dengan posting2x alia yg lain..o0o0..bussy body ea..hehe..gurau jer....posting kali ni nak update la pasal resul pspm sem 2 ni..
Korang janganlah ingat alia ni pandai sangat..doakan alia jadi budak pandai takpe..he..he..untuk result sem 2 ni agak mengecewakan..tak sebaik sem 1..memang alia kecewa..tapi bila alia fikir balik,munasabah diri,think positive..i got something..something that very valuable..

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..mungkin kalau alia dapat result cemerlang alia akan:
  •      Lupa diri
  •         Mintak hadiah yang mahal2x kat ibu ayah
  •        Dah rasa diri pandai
  •        Pandang rendah kat kawan yg lemah



Tapi kalau alia dapat keputusan yg tak berapa baik ni..alia :
  •         Sedar diri yg hang tu perlu banyak berusaha dan doa++
  •      Perbaiki kesilapan diri terhadap diri,parents,lecturer,kengkawan
  •   Jadikan pengajaran..jangan study last minit,jangan tidur waktu kuliah,jangan skip tutorial and PYQ..jangan malu tanya lecturer..bila kat university nanti.

Apapun alia nak ucapkan terima kasih kat lecturer2x kmj yg banyak bantu lia..Subhanallah,hanya Allah yg dapat membalasnya..tapi result alia kali ni better dr waktu ups2 dulu..ups2 dulu alia cuma dapat pointer 1.68 je..banyak D,E..F pun ada..Alhamdulillah..result pspm 2 ni alia dapat pointer 3.0 something..hehe..yg paling penting tak de C ke bawah..

Bila ingat balik masa belajar kat KMJ alia rasa beruntung sangat sebab dapat lecturer yg baik2x sangat..kalau nak tahu,alia paling lemah bab programing dalam subjek sains computer..tiap kali amali,rasanya alialah yang selalu paling lambat hantar task kat cikgu..maklumlah alia tak pandai sangat IT ni..memang slow tiap kali amali..lambat catch up apa yg cikgu ajar..kadang2x rasa tension bila masuk lab comp..tapi yang peliknya budak MD 20 yg lain suka pulak belajar bende alah tu.. tapi bila lama2x cikgu banyak bantu..sampai ingat nama alia..(aku kan pendiam jarang cikgu ingat nama aku..)akhirnya  aku dapat A.
Alia ingat lagi masa cikgu haslinah(cikgu tutor sc) jumpa aku,(guna aku sekejap hehe..)

   Aku :   cikgu amali ke yg bagitahu cikgu pasal saya pelajar lemah waktu amali computer?
                       ( Sambil pandang cikgu amali aku yg mejanya sebelah je meja cikgu haslinah.takut2x kalau cikgu tu dengar   hehe)
cikgu  : ye,tapi awak jangan rasa rendah diri.awak bukan pelajar lemah.cikgu cuma nak
                      bantu awak.awak jangan malu bile cikgu amali selalu panggil nama awak..cikgu Cuma
                    nak bantu awak..(berulang2x cikgu sebut ayat tu..terharu aku..)  aku  :  taklah cikgu,saya tak ambil hati pun..Cuma saya ni lambat catch up lah cikgu  bila amali..
cikgu : takpe..awak boleh belajar perlahan2x..daripada org lain yang tak paham senyap2 copy   kawan..alia   kalau tak faham jumpa saya..jangan senyap je,saya bukan makan orang pun.cikgu tahu,awak ni nak kene datang kat meja awak,barulah awak tanya..kan..

cikgu Haslinah baik sangat..banyak tolong aku,banyak bagi kata2x semangat kat aku.masa dapat result ups aku yg teruk tu cikgu kata “takpe awak boleh usaha lagi untuk pspm nanti..pspm yang penting.tak payah ingat lagi..yang lepas tu lepas” lebih kurang macam tu lah cikgu haslinah pesan..aku harap yana (my twin) dapat kenal ngan cikgu haslinah..sebab yana tak ambil sains komp,cikgu haslinah pula tak tahu yang aku ada kembar.. nanti takut2x bila cikgu terserempak dengan yana kat kolej cikgu ingat aku mengulang pulak.(yana stil belajar kat kmj sebab dapat program 2 tahun..jangan pandang rendah budak PDT)

Rindunyaaa kat cikgu..cikgu lain pun sama jugak…hari tu yana ada call,dia bagi tahu yg cikgu azmira asyik tanya pasal aku..yana kata cikgu azmira rindu kat aku,sebab aku  rajin..pastu yana kata cikgu kirim salam kat aku.oh happynye cikgu ingat kat aku..hehe..terharunye..cikgu azmira (nama pon lebih kurang) ni cikgu fizik aku masa sem 1.cikgu nilah lecturer pertama sekali yang tahu aku ada kembar..tu pun masa tu kebetulan cikgu ternampak aku tolong yana kemas meja makan kelas dia utk jamuan hari raya..pastu aku kenalkanlah yana.pastu kantoi,cikgu kata meja kelas sendiri tak tolong kemas nak tolong kemas meja kelas orang lain..hehe..kelakar pulak bila aku ingat..

Aku tak sangka cikgu azmira ingat lagi kat aku walaupun dah tak mengajar kelas kiteorg untuk sem2. Terharu..hu..hu..tapi sedih sebab sem 2 ni aku x dapat bagi A kat cikgu..kalau nak tahu sebab cikgu azmiralah aku jatuh cinta kat fizik..cikgu ni nampak je garang tapi hati dia baik sangat...sebab tulah aku selalu siap PYQ n tutor fizik..dan aku dapat A masa sem 1.cara cikgu azmira ajar,senang paham..sama jugak cikgu chong(cikgu fizik sem2).

Teacher chong,sanggup balik lambat,buat kelas malam untuk aku ngan budak ni yang tak score fizik masa ups.tengoklah  daripada fail terus dapat B+  fizik..alia mintak maaf sebab tak dapat bagi cikgu A..Terus terang memang alia sedih sebab tak dapat bagi A untuk cikgu.mungkin balasan sebab alia tak berlaku adil kat subjek lain.sampai roommate pun tegur alia asyik belajar fizik je.. walaupun dapat B+ ,alia TETAP suka dengan subjek fizik..dulu masa mula2x masuk matrik iya2x cakap tak nak amik fizik,siap nangis2x nak tukar modul,tapi sekarang dah lain pulak..okay back on the topic..banyak sangat kenangan dengan teacher chong..ingat lagi masa tu alia,deqna,laila,mimi(kami geng^^)pergi jumpa teacher.sampai tak sedar dah pukul 6 semua lecturer dah balik,jadi econ dah ditutup..masa kitaorg belajar kat meja teacher,teacher siap kipaskan kiteorg  lagi..baiknye teacher..kalau nak tahu,teacher chong penyabar orangnya..tak pernah nampak teacher marah..

Hey budak budak KMJ sesi 2013/2014 dan seterusnya beruntunglah kamu dapat lecturer yang baik2x..belajar rajin-rajin ye adik-adik..hehe..
Jangan salah anggap,tangan alia penat nak cerita pasal lecturer2x yang lain..tapi yg penting semuanya Insha Allah baik baik..

Sebelum pena ini berhenti menari  (ceh ayaq!!) alia nak ucapkan terima kasih kat semua cikgu dan lecturer yang banyak bantu lia..termasuklah cikgu dari tabika sampai sekarang..semoga Allah memberi rahmat atas segala kebaikan dan pengorbanan cikgu..walaupun terlambat,alia nak ucapkan selamat hari guru..



tu jer nak citer.. alia off dululah ye..wassalam..
#dengo citer KMJ dapat ranking no 3..dan dapat 11 anugerah (subjek fizik paling baik..)wallahualam..apa-apa pon tahniah!! 

 *siapa sangka dulu cuma gi lawatan je kat KMJ tapi sekarang dah jadi bekas students KMJ..


Photobucket

Monday, 24 June 2013

entri khas untuk tuan puteri


pic ni masa form 5..put3 yg pakai baju biru tu..<3

semalam 23/6/2013 adalah hari jadi my awesome BFF  puteri nurdiyana binti megat nordin
Happy birthday puteri!!!
aku mintak maaf kalau ko terkecil hati sebab aku lambat wish..tapi sebenarnya aku ingat..tak pernah lupa :)

entri hari ni khas untuk ko..sepanjang aku ngan yana berkawan dengan ko banyak suka duka dah kita lalui bersama..thankz beb sebab sentiasa dengan kami susah dan senang..aku harap ko terus tabah..aku tahu ko sedih sangat bila kiteorang satu-satu tinggalkan ko pergi universiti..puteri,walaupon kiteorg dok jauh,tapi kiteorg tak pernah lupa kat hang..rindu lagi adalah..

janganlah sedih2x put,aku nak kita sama-sama masuk universiti..sama-sama berjaya dunia dan akhirat..aku selalu doakan ko..be strong girl!!pedulikan orang-orang yang negatif keliling ko..(kalau adalah hehe..memandai jer aku ni..)

puteri a.k.a put,ni dia wish aku untuk ko..
  • good luck untuk stpm kau..do your best..
  • semoga kita sama2x..masuk universiti dan syurga..insha Allah..
  • semoga ko jumpa bakal suami yang soleh..(bukan pakwe yer,,hehe..)
  • semoga ko sentiasa ceria..awet muda haha..
  • semoga persahabatan kita tak pernah putus..sampailah kita dah kahwin nanti..serious hehe..
  • semoga nanti bila ko dah sambung belajar ,ko jumpe sahabat yang ramai  lagi baik baik..keliling ko..
ada banyak lagi..tapi biarlah jadi doa untuk ko..thanks yup kawan sebab selalu ingat kiteorang..tak sabo nak jumpa ko nanti..jamgan terkejut aku dah gemok skarang..hehe..



pic terbaru aku n puteri


yana ngan puteri

ada card special untuk hang..harap ko suka..








wassalam..

Photobucket

Friday, 14 June 2013

Munculnya Bara Api Di Yaman..apa maksudnya??


Untitled

bara api yang dikatakan muncul di yaman

tadi buka mukabuku,terbaca pasal cerita ni..so sebagai wartawan semasa,apa lagi lia nak share la~jadi takut pulak bila baca..memang kiamat dah dekat..

YAMAN- Jumaat (07/06/13) Secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.
Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat meunculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.
Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)
Wallahu’alam

jom tengok video utiupnye.. youtubenya..
V
V
v
V
V


wassalam..ambil iktibar..




Photobucket

Wednesday, 12 June 2013

sedar tak kita The Hobbit, The Lord of the Ring dan Kisah Akhir Zaman

entri kali ni alia nak share artikel pasal movie blockbuster ni ..sedar atau tak movie ni sebenarnya menceritakan kisah akhir zaman..alia belum pernah tengok citer ni sebab x minat..tapi adaalah seorang kawan ni dia yang bagi tahu pasal ni..barulah terpanggil nak tengok..lepastu alia googlelah pasal movie ni dan terjumpa artikal ni..jom baca,,moga bawa manfaat..
Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.

Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia. 

Sauron = All Seeing Eyes = The False Messiah

The All of Seeing Eye

Dinding = Isengard

Witch king = Yajuj & Majuj

Gandalf = Imam Mahdi

Aragorn = Isa almasih

Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.
Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Mungkinkah ini strategi ATASBAWAH? Iaitu strategi dimana akan membuatkan penonton berfikir bahawa "semua ini hanyalah fiksyen semata-mata". Penonton perlu ingat bahawa agama Islam, Kristian dan bangsa Yahudi mempunyai sejarah yang sangat rapat. Justeru untuk mengatakan ia satu kebetulan sahaja, adalah satu mustahil.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Zombie Di Bukit Utama Pada 2 Februari 2013

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:
1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.
2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.
3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.
4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Aragorn sebagai pemimpin yang berjuang menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.
5. Juga, terdapat seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran. Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahdi.
6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.
7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.
8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.
9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.
10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.



 Filem ini, bagi yang tahu kaitan antara kisah Yajuj Majuj dan suatu bangsa dari Tembok Darial pasti akan menyedari persamaan jalan cerita - Tema cerita "suatu kaum minoriti dari bawah tanah, yang cuba pulang ke tanah air mereka untuk memperoleh kemerdekaan" persis "minoriti Yahudi dari Eropah yang kembali ke The Holy Land untuk membentuk sebuah negara baru yang kononnya tanah asal mereka."

terima kasih sebab sudi baca artikel yang panjang lebar ni..

Photobucket