Saturday, 28 December 2013

study week kat MIMET





Argggggggghhhhhhhhhhh.....tension... 
tu lah ayat common menjelang nak exam ni..,dan penulis blog ni pon termasuklah dalam golongan orang yang selalu sebut 'term' tu huhu..Lagi sehari jer lagi nak final..Kadang-kadang bila asyik mengadap kertas jer boleh membiakkan lagi bakteria-bakteria stress dalam diri..
(amboi ayat..ni salah satu simpton tgh stress ni..hihi)

alia nak share posting RUSYDEE ART pasal exam..entry yang sangat awesome..
(kopipasta dari blog dia.. :p )

Sekarang musim imtihan (peperiksaan) bagi mereka di peringkat ipt. Ringkas sahaja pesanan, orang kata bila study di akhir waktu, memang senang ingat poin-poin untuk jawab dalam paper nanti. Tapi bila kita belajar di awal waktu dan tambah pula bacaan lain berkenaan yang kita belajar di kelas, yang tu lagi bagus. Belajar niat untuk exam semata-mata, adalah sia-sia. Ilmu tak bertambah, malah cepat pula hilang selepas exam. Tapi apabila belajar tu kita faham sampai kita boleh ajar orang lain pula, itulah baru ilmu bermanfaat. Tak sia-sia. Buat apa kamu belajar ijazah, diploma 3-4 tahun tapi bila orang tanya kamu soalan berkenaan apa yang kamu belajar, kamu tak dapat jawab sebab terlalu fokus pada soalan-soalan spot yang masuk exam je. Belajar semata-mata nak dapatkan CGPA terbaik. Boring. Tahulah semua nak kerja best.

Ada result bagus, tapi ilmu bagus gak ke? Belum tentu.

Apapun, saya tak perlu ulas lagi apa-apa doa sebelum exam. Semua orang tau. Ada berlambak doa kat dalam buku-buku di pasaran, di internet dan sebagainya. Doa ada banyak, tapi baca masa nak masuk exam je. Manusia memang macam tu. Ingat Allah bila berhadapan dengan situasi yang pentingkan diri sendiri je.

Jika anda study kerana, exam kerana Allah, anda tidak akan bersifat pentingkan diri sendiri. Hanya perlukan Allah di saat kita terdesak. 

Istiqamahlah, dari awal sem sampai akhir sem, study awal-awal. Ingat Allah dari awal. Doa pun dari awal. Itulah yang terbaik. Tapi orang selalu kata, sekurang-kurangnya ingat juga kat Allah walaupun di akhir waktu. Raih simpati Dia di akhir waktu? Wallahua'alam, tapi bagi saya tidak berapa menepati kata-kata Allah dalam Surah al-Zumar ayat 10 yang mana Allah menyatakan tanda kemenangan orang yang berjaya dalam ujian,

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Orang yang dari awal bergantung harap, sabar belajar dari awal, sabar buat assignments, sabar walaupun ada banyak ruang dan masa untuk dia enjoy dalam satu sem tu tapi dia tak buat macam tu, sabar sampai akhir sem. Dia sabar kerana Allah sebab dia study kerana Allah, exam kerana Allah. Dia datang untuk belajar ilmu, belajar tentang kebenaran dan keadilan, tentang keluasan ilmu Allah. Bukan datang untuk berfoya-foya habiskan duit PTPTN, outing sana-sini, lepak sana-sini, berpacaran sana-sini, enjoy sakan dengan duit hutang dan duit biasiswa.

Orang-orang yang belajar di akhir waktu, tapi dia sakit hati bila tak dapat result cemerlang, mana mungkin tergolong dalam orang yang sabar. Berbaloilah tu dengan apa yang dia dapat. 

Oh tahun baru. Cukup-cukuplah dengan azam dan iltizam baru. Tahun baru Masihi, terus jalankan amalan dan perancangan2 terdahulu yang masih belum selesai. Stop angan-angan.


________________________________________________________________

Alia tiba -tiba teringat pesanan kak solehah dalam usrah minggu lepas, lebih kurang macam ni lah pesanannya..
untuk apa kita belajar??
untuk dapatkan ijazah..
cuba bayangkan  hari ni kamu dapat ijazah, ijazah kelas pertama pulak tu..
pastu esoknya, hari kiamat..
apa yang kamu dapat??
berguna tak ijazah tu??
tepuk dada tanya iman..


pesanan alia,studyweek ni, studylah dengan cara yang diredhoi Allah..Kadang-kadang kita beriya study sampai tidur empat, lima pagi.ada yang tak tidur sehari suntuk..tu lagi dahsyat..tapi sayangnya..study bagai nak rak tapi solat subuh tinggal..rugi tak?? 

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. 

"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

hanya perkongsian..sharing is caring..(^_^) maaf kalau ada tersalah bahasa, merapu ke sepanjang berblog ni.. doakan semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat..
wassalam.. tutup entry dengan senyuman  (◕‿◕)

#Musim study week ni lah ramai student MIMET bertukar jadi kelawar..hihi..

Photobucket

Tuesday, 24 December 2013

Allah tarbiyah hati ini..(Exam mood)

Pejam celik-pejam celik dah nak habis dah sem 1 belajar kat UNIKL MIMET ni..sekejap jer masa berlalu..(tu tanda kiamat semakin hampir tu..-remind myself) Terlalu banyak  ragam orang, memori, cerita sepanjang belajar kat sini..Ada yang kadang2x tu bila teringat buat kita tergelak sendiri, menangis. tension, stress tapi semua tu banyak tarbiyah hati ini untuk belajar berkongsi cerita apa sahaja hanya kepada Allah..yelah..sometime ada benda yang kita tak boleh share dengan orang..masatu baru tersedar Allah selalu ada untuk kita..even kalau kita menangis sendiri dalam hati, Allah ada dan Allah dengar setiap rintihan kita..
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya” (HR.Thabrani dari Abu Umamah)
Dan Alhamdulillah..Allah hantarkan pada alia.sahabat-sahabat usrah, untuk berkongsi masalah. Allah pertemukan classmate2x yang sangat caring & sporting.. Roomate yang sangatttt baikk & kelakar.. Banyak benda yang alia belajar drpd ragam diaorg..
Alia sebenarnya pendiam orangnya..tapi dalam diam2x,,ada banyak perkara yang terlintas dalam fikiran ni..setiap perhatian,pandangan ada jer yang dipersoalkan..
kenapa ini,,
kenapa itu..
mungkin itu cara Allah tarbiyah diri ini..
Allah nak alia fikir..cari jawapan..dan belajar..
Salah satu perkara yang alia belajar kat sini..sentiasa jaga hati dari berprasangka buruk..sentiasa besikap husnozan(bersangka baik)..
Contohnya,sometime,bila kita tengok jer seseorang tu,kita dah start judges dia tanpa kenal dia, tanpa jadi 'kawan' dia. Tak fair lah macam tu..
Alia ada seorang kawan ni..kalau orang tak kenal dia,mungkin orang akan assume dia ni 'kekwat'lah, belagak..tapi itu cuma pandangan orang yang hanya menilai luaran sahaja..Tak semestinya orang tu pakai ketat-ketat ,x tutup aurat, hati dia jahat..
tuutttt..WRONG JUDGEMENT!!
bila Alia kenal dia,makin hari..makin banyak perkara yang alia belajar dari dia..dia umpama kawan syurga buat alia..selalu ingatkan alia, tegur alia kalau ada buat silap,sentiasa care & jaga alia..baikkk sangat orangnya..sweetkan hehe..nampak jer brutal orangnya..tapi baik sangat..
kadang2x alia rasa ,alia pulak bukan kawan 'syurga' untuk dia..Itu pandangan alia pada dia..tapi pandangan orang lain pulak?? sedih sangat..bila dia cerita kat alia,ada orang tegur dia suruh berubah tapi not in proper way..tegur depan public..bukankah itu mengaibkan?? entahlah manusia..kadang2x dalam menegur inginkan pujian..wallahualam..

nampak tak beza pandangan pada mata Allah dan mata manusia...
samalah macam kita tengok karipap yang dijual kat pasar malam..ada banyak karipap...ada yang besar, kembang, kecik,lenyek pon ada jugak hihi..pastu kita pun beli lah karipap yang kembang beso bak ikan kembung tu..sebab tengok macam sedap jerr..kita assume karipap yang kecik tu,makcik tu kedekut letak isi sardin..(kononnyelah..)..pastu bila makan karipap yg kite beli tadi,,hampeh..tepung je tebal isi kentang ciput je...
faham tak analogi kat sini??
people see what they want to see,
but ALLAH KNOWS EVERYTHING..
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah Al-Hujurat:ayat 12)


^______^

rindu sangat kat mereka..

 
doakan semoga kami dapat bereunion waktu cuti sem nanti..
semoga ukhwa antara kami berpanjangan till jannah..
inshaAllah..
meh kita berdoa untuk sahabat2x kita..
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga" "Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
-Mukminin-Imam Ghazali




Bismillahirrahmanirrahim...
 Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN

Wassalam..sekadar perkongsian..dan reninder for myself..
doakan kami dapat menjawab soalan final exam dengan tenang dan jaya..hihi..semoga sama2x success..

^__^
Photobucket

Sunday, 1 December 2013

memori holiday di ganu with my family ^_^


 

Beberapa hari ni,kawan-kawan asyik mention pasal nak balik jer...maklumlah rumah dekat.. jelousnye..nak balik jugak!!! Tak pe alia..sabar ea,,sabar.. tunggu habis sem 1 ni.ko baliklah..(mood:pujuk hati sendiri -^_^-)
 Tadi baru jer telefon ibu..bagitahu dah dapat loan MARA..yeh!!yeh!! Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..tak payahlah dok menyusahkan ibu ngan ayah,,asyik mintak duit jer..Ok..ok..back to the topic,lepas call ibu ngan yana tetiba rasa rindu pulak dah..rasa nak balik rumah jer..tu yang belek belek folder kat laptop, tengok pic pic yang ada...nak ubati rasa rindu..ceh ayaq poyo!! haha..

Gambar ni masa holiday..masatu baru jer tamat matrikulasi..satu family pergi Terengganu.. walaupon sakit pinggang sebab dok lama sangat dalam kereta,tapi  best..bukan selalu dapat holiday ngan family..lagi-lagi sejak masuk matrik, bussy memanjang...

tak nak stori mori panjang lebar,biar gambar yang bercerita..hihi..


bersama ibu,yana and ain, my little sister


me and yana




dari kiri : mimi,me,ibu and tira..
sweet candid picture!!  


Ibu saya sporting habis!! tergelak bila teringat..rindu ibu..


ni NURUL AIN,pandai posing ea..





ibu n ayah..


mcm adik ngan kakak je kan?? haha..



suka cubit pipi ain..











seriously..rindu kat ain..dia ni manja sikit ngan kakak kembar dia..masa first2x masuk MIMET,ain nangis teringat kakak lia dia..haha..




rindu!!

A040A041
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"-(Ibrahim 14:40-41)

wassalam

jom download al Quran mp3..klik sini
free!! + pahala ^___^
Photobucket


Monday, 25 November 2013

aku dan sea scout MIMET

dah lame x update blog...tiba-tiba jejari ni gatai nak menaip...alia nak share pengalaman camping kat Gua Tempurung Perak..seriously memang best..+sebenarnya,niat masa mula-mula join sea scout ni sekadar nak join at least 1 club..sebab x de option lain hehe..tapi akhirnya,betulkan niat,alia nak cabar diri untuk buat aktiviti lasak..maklumlah..diri ni selalu dilabel "gadis melayu terakhir' hehe.. menyampah..
Mira ,nani,kak zai pon join jugak..lagilah best bila ade geng ni..tapi banyak aktiviti yang x dapat amik gambar sebab x dibenarkan bawak camera macam aktiviti caving masuk gua tempurung.night walk redah lombong,ngan aktviti ape ntah namenya..haha..(den lupa..+_+)
daripada menaip panjang2x,,meh lah kita tengok gambar..Gambar menceritakan pengalaman dan kenangan..huhu..

orang kuat sea scout..yg sempoi..


time ni nak buat roti lilit..



dari kiri maria,mira,nani,kak zai and me^_^


group kami^^ tengah bincang untuk persembahan mlm kebudayaan..


virgil!! pengakap kelana..



chef bersama pembantu2x nye..haha..
(maaf gurau jerr..)


P.I.S.S!!



gaya bebas..s.m.i.l.e :)



kami berempat..


kak zai,pandai posing lah..


kami  budak baru belajar masuk sea scout 
kalau salah tolong tunjukkan..hehe..

comel!!



roti lilit










dinner group kami..sardin..


snap jap ngn kak zai..

tapak perkhemahan..ade sg belakang tu..

hidup seascout!!
yang ni pulak first aktiviti seascout,hiking bukit busu..such a tiring day..











kepenatan


berehat bersama kitkat..haha..

new people,
new friends,
new moments,
new experience..
Wassalam...
Photobucket