Sunday, 27 May 2012

kita bagaikan anak kucing



Dalam ulitan mimpi, aku dikejutkan dengan bunyi nyalakan anjing yang begitu kuat diselangi dengan pekikan halus anak kucing yang penuh derita. Ahh..ini semua nyata mengganggu tidurku. Kulihat jam dinding tepat menunjukkan jam 4 pagi. Berbalik pada nyalakan anjing yang begitu mengganggu tidurku. Semakin galak ia menyalak dan semakin kuat juga bunyi si kucing mengiau. Lantas aku bangkit dari katil ku menuju jendela.

Masya Allah… Apa yang aku lihat benar-benar menyayat hati ku. Dua ekor anjing besar (agaknya tengah kelaparan) cuba menggigit seekor anak kucing yang nyata sekali bukan lawannya. Ku lihat anak kucing itu benar-benar berusaha mempertahankan dirinya. Pekikan halusnya benar-benar menyentuh jiwa ku. Aku hanya berdiri di jendela ku. Hendak ku turun ke laman, nanti tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa gigitan anjing durjana tu. Apa yang aku lakukan untuk menyelamatkan si anak kucing yang cuba mempertahankan dirinnya itu? Berdiri, melihat dan mendengar anak kucing itu memekik penuh derita sahaja…

Tanpa ku sedari air mata ku mengalir membasahi pipi ku… Sedih… Aku tidak cuba untuk menyelamatkan anak kucing malang itu. Hatiku bagaikan tersentak. Aku insaf melihatkan bagaimana tubuhnya yang kecil itu cuba melawan binatang yang mengganas. Kaki kecilnya yang tak berdaya cuba untuk mencakar-cakar anjing-anjing jahanam itu. Tanpa rasa belas ku lihat, kedua-dua ekor anjing gila itu cuba memamah tubuh kecil yang memberontak mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa keganasan anjing-anjing durjana itu. Innalillahi innalillahi roji`un… suara pekikan anak kucing itu semakin lemah dan akhirnya senyap. Salakan anjing ganas itu juga tidak kedengaran lagi. Anjing-anjing ganas itu tadi menolak-menolak tubuh si anak kucing.

Anak kucing itu tidak bergerak lagi. Astaghfirullah, ya Allah… ampunilah dosaku… Adakah rasa keinsafan ku ini hanya sementara?...

……………………………



Melihat peristiwa yang menyayat hati di depan mata ku sendiri, membuatkan aku mula berfikir… adakah ini sebenarnya yang kita lakukan… Maksudku… dalam kita bergembira dan menikmati hidup dengan sempurna dengan izin Allah, saudara-saudara seIslam kita di tempat lain berjuang nyawa mempertahankan kesucian Islam. Dan juga dalam masa yang sama kita di sini yang mengaku Islam tanpa disedari melelong kesucian Islam. Nauzibillah Minzalik…

Banyak juga yang aku fikirkan. Sahabatku, cubalah fikir sejenak... Kenapa kita umat Islam diibaratkan seperti anak kucing yang kecil, tidak bermaya, kesorangan dan hanya mampu memekik sahaja. Sedangkan Yahudi (terutamanya) dan orang kafir umpama anjing besar yang kelaparan. Fikirlah sejenak, adakah kita umat islam di sini, seperti aku yang hanya berdiri menyaksikan penderitaan anak kucing itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu mengasihani sahaja… dan membiarkan sahaja kegilaan anjing-anjing itu berleluasa.

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami;ampuni kami;dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir”. (Al-Baqarah : 284-286)

wassalam..

creadit : lukman khairi


Photobucket

No comments: