Monday, 26 March 2012

siapa nak pakaikan tudung??


jom baca cerita ni...banyak pengajarannye..creadit kat Rusydee Artz


Suatu petang pukul 6.30 ptg. Ustazah telah menerima call dari sahabatnya.

Member: "Ko tulis apa tadi kat facebook?!"

Ustazah: "Assalamualaikum. Aku tengah goreng pisang ni."

Member: "Ko pekak ke? Aku tanya ko tulis apa kat facebook tadi?!!"

Ustazah: "Eh aku tertekan loudspeaker ke ni? Oh! Status tadi. Pasal nasihat tudung untuk sahabat tu ya."

Member: "Ko tak payah lah buat-buat poyo! Aku tahu la perangai buruk ko! Aku tahu la status ko buat tu nak tuju kat aku. Aku sorang je member ko yang tak pakai tudung kat facebook. Agak-agakla. Aku tahulah ko keje ustazah, tapi elok ke nak aibkan orang kat public?!"

Ustazah: "Aku takde tulis nama siapa-siapa pun."

Member: "Tak payah nak berdalihlah! Lidah bercabang! Kawan tikam kawan! Depan aku ko cakap baik-baik, belakang aku ko fitnah-fitnah. Cilake betul! Woiii!! Ko ingat sikit, mak bapak aku tak pernah tegur pun aku nak pakai tudung ke tak pakai ke. Dorang lagi memahami tudung ni bukan kena paksa-paksa. Pakai bila dah rela hati, dah ikhlas hati."

Ustazah: "Baik. Jadi ko call aku ni semata-mata nak marah aku la ni? Baik, aku minta maaf kalau ko terasa. Aku nak goreng pisang ni."

Member: "FFFFFuUuuuUu (muka troll 9gag) toll la ko ni! Aku tak habis cakap lagi. Ko dengar sini nasihat aku ni. Ko nak jadi ustazah, ko ngajar budak-budak sekolah rendah ko tu je lah. Ko ngajar j-Qaf kan? Ha, ko ngajar fardhu ain alif ba ta kat budak-budak sekolah tu je lah. Tak payah ko nak sindir-sindir, kutuk-kutuk orang. Ko ingat mulia sangat cara ko nak nasihat orang tu?! Boleh terima nasihat aku ni? Boleh? Boleh?!"

Ustazah: "Baik. Boleh. Cuma aku nak minta dua benda dengan ko baru aku ikut cakap ko."

Member: "Orait. Pe bende? Baguslah kalo ko dah insaf. Suka ati aku dengar."

Ustazah: "Satu, aku nak minta ko ameenkan doa aku ni. 'Allahummaghfirlaha warhamha wa 'aafiha wa' fu 'anha'. Ameen"

Member: "Ok boleh. Ameen. Doa apa tu?"

Ustazah: "Maksud dia 'Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia.' Doa untuk jenazah wanita. Doa ni untuk hati ko yang dah mati. Ok permintaan aku yang kedua pls."

Member: "Grrrrrrr!! Ha cepat cakap! Panas hati aku ni lama2 cakap ngn ko!"

Ustazah: "Doakan aku umur panjang. 'Ya Allah! Panjangkanlah umur ustazah j-Qaf ni. Ameen."

Member: "Ok boleh. Ameen."

Ustazah: "Terima kasih. Moga-moga aku panjang umur sebagaimana yang didoa. Sebab kalau ko mati dan aku masih hidup, aku lah yang akan pakaikan ko tudung nanti dengan kain kapan. Dan...masa tu ko akan berterima kasih pada kawan ko ni. Sebab ko dah tak boleh pakai sendiri, aku yang tolongkan. Baiklah, aku nak goreng pisang ni sampai habis. Kalau nak, mai la umah. Wslm."

tut tut...

Member : "Nanti..nanti!! Aku tak habis cakap lagi!!!"
"............"

---
Keesokan harinya member ustazah tu digilis lori.

Guess siapa yang pakaikan tudung?



renung2x kanlah...wassalam..
Photobucket

Sunday, 25 March 2012

peluang menang baucer buku PTS lebih RM5300!!!



dah lama tak update entry..alang-alang dah posting ni,nak tye sapa minat buku dari PTS?? *sila angkat kaki!!main-main jerk..okay,serious..serious..


sesiapa yang nak menang baucer buku pts tu boleh lah klik sini

jangan lupa tekan tau!!

yahoo.. excited lah tu.. bila dah klik tu join lah sekali contest tu..tak rugi pun..kata sayangss PTS kan..


ni hadiah contest tu..
roll drum pliz..tada..



klik gambar untuk tumbesaran..

syarat2x penyertaan korang boleh tengok kat sini

kiranya alia pun tengah join contest tu..korang pun join lah..best tau dapat baucer..sebulan dok rumah tak keje pun tak pe,boleh baca buku pts^__^

okaylah i'm stop here wassalam..

eh,lupa pulak..kalau nak singgah portal PTS tekan pic atas tu yang kale pink tu..

wassalam again...jangan lepaskan peluang!!!

Photobucket

Tuesday, 20 March 2012

subhanallah..cuba buat aktiviti ni..


short entri je hari ni..no need to panjang mengulung..just do this activity..


arahannya korang paham kan.just tengok bintik hitam di tengah-tengah kalimah selama 10 saat..jangan lama-lama nanti juling pulak he..he..pastu,tengok kat plain wall..atau apa=apa yang totally palain lah..apa korang nampak??tepuk dada tanya selera..

wassalam..

Photobucket

Sunday, 18 March 2012

logiknya solat dalam sains


hari ni nak share ilmu..minta maaf bagi follower yang non-muslim..sebab artikel ni elibatkan agama Islam.Tapi tak salah pun kalau nak baca..sebab ia benar..okaylah.enjoy ur reading..^-^


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita..Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail)
.

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam



tengoklah betapa bijaksananya Allah..subhanallah..semoga selepas baca entri ni..bagi yang belum solat tu..solatlah.tak rugi pun..sebaliknya nikmat...selalunya kita ingat no tel pakwe,no plate motor,no ic apatah lagi..tapi ada satu nombor korang mesti tak boleh lupa.apa tu?? 24434..fikir-fikirkanlah,selamat beramal..wassalam..

Photobucket

Saturday, 17 March 2012

cute doodle madeline


hari tu alia ada janji nak bagi freebies kan..okay,sekarang juga lia bagi..sebelum tu..korang pernah tengok tak cerita karton madeline yang dulu-dulu kat tv satu tu..ha..lia dapat inspiration dari karton tu lah..*tak taulah eja madeline tu betul ke salah..masatu kecik lagi..tak tau eja bahasa orang putihh.he..he..

rigtclick kat doodle pastu save image as/copy image untuk simpan kat laptop korang/copy
macam tak biasa pulak korang ni...



yang ni mata nya lain sikit..
ni lah rupa madeline tu.tak lah serupa beno...




harap korang suka..doodle ni bolehlah korang edit jadikan header ke..atau apa-apa je lah...jangan lupa coment ea..akhir kata,wassalam..


Photobucket

dilema spm kembali lagi



tinggal lagi 2 hari nak dapat result..mulanya macam orang tak de perasaan...tak rasa apa-apa langsung bila dapat tahu tarikh keputusan keluar..tapi makin dekat tanggal 21 Mac tu makin....takut pulak..bukan apa,semalam ada kenduri akikah kat rumah atok,ramai yang datang tegur aku pasal spm..

makcik 1 : dah dapat mimpi belum?
aku : hah mimpi?? dalam hati* mimpi apa pulak makcik ni..

aku memang lambat pick up sikit..he..he.aku pun senyum jek..macam kerang busuk..

makcik 2 : kak, kalau dapat result bagitau makcik..mana tau dapat sambung balajar kat oversea ke..jangan lupa bagitau kat fb

makcik 3 : akak.gud luck spm..ni harapan orang lenga ni..do de best..

kat Fb pun cikgu siap tulis status pasal hal ni jugak..cikgu2x semua memang target tahun ni result baik (berdasarkan pengalaman zaman pmr kite orang..yang agak cermelang)

pokoknya..semua orang seolah olah berharap sangat...kiteorang (twinz) dapat result baik..sebab before ni kiteorang alhamdulillah dapat straight A's PMR..jadi spm mesti nak cemerlang jugak kan??

itulah yang merisaukan aku..aku cuma takut kalau-kalau..aku hampakan mereka semua.
aku cuma berharap kalau aku dapat kep cemerlang,kejayaan tu hanya untuk mereka semua bukan untuk aku..masatu baru aku rasa lega..fuhhh..

wassalam..wish me luck peeps!!



Photobucket

Thursday, 15 March 2012

doodle untuk kak mel..


pagi-pagi buta dah ngadap blog..ish..ish..tak patut betul..dah seminggu rasanya tak update entry baru kan..semuanya gara-gara tak toup broadband*la~la~la~.. kantoi rumah tak ada wifi..ngaku jelah..tak salah pun..*nge~oklah back to my mission..
sebenarnya alia bertungkus lumus buat doodle..ceh ayat..ye ye aa je..betullah!! alia belajar dari kak mel..kiranya sifu lia la kan..thanks a lot kak mel for ur tutor..it awesome!!tutorial kak mel memang ringkas..padat..efektif..dan segala yang superb lah..he..he..

oleh itu sudilah kiranya,kak mel terima my first doodle ni..khas untuk kak mel..tapi nak di bandingkan dengan doodle kak mel totally,doodle lia 10 kali ganda lebih buroks...hu..hu..doodle ni special sikit..lia animatekan supaya nampak dari yang lain..epp..kak mel je tau boleh amik!!



Photobucket
ok tu je entry pagi ni..harap kak mel suka..yang lain tu jangan jeles ea..tunggu freebies doodle dari lia..he..he..sempat lagi promote..akhir kata wassalam...
Photobucket