Monday, 27 February 2012

freebies header animation


Hari ni mood baik ..jadi nak bagi freebies..nampak tak header lia kat atas tu..gerak-garak kan..lia tak tau nama jenis header tu header apa ..tapi I called it animated header..*tak tau lah dalam istilah blog panggil header apa..hentam sajelah...ni header yang alia nak kasi..
hope u like it..


header animation1
http://i1240.photobucket.com/albums/gg498/aliyanatwinz/animationgadiskg.gif
saiz header ni 750 x 400
header animation2
http://i1240.photobucket.com/albums/gg498/aliyanatwinz/animationprincessstory.gif

saiz ni pulak 750 x 300

header animation3

http://i1240.photobucket.com/albums/gg498/aliyanatwinz/animationteenagedream.gif
yang ni pulak saiz nya 760 x 350
suka tak?? kalau dah ambil jangan lupa coment..kalau nak tinggal kan link pun tak pe..nanti alia boleh singgah blog korang..wassalam..bye.

entri untuk sahabatku geng seni^^

rabbitaemoticon salam fNe juga..

Dah lama beno rasanya alia tak posting..ni semua sebab nak edit blog punya pasal..sejak kebelakangan ni..alia jarang post pasal kisah hidup alia kan??but today i'm going to posting veryyy special entry ..its all about my lovely..lovely..lovely.. friends!!!!
*juz abaikan my broken english..

sekarang ni alia kan tengah cuti..dah tak sekolah lagi..yahoo!! tetiba teringat pulak kat kengkawan masa kat sek dulu..hu..hu.miss you guys lah..jom alia cerita sikit pasal my bestie ..

nama geng zaman sek : gengseni fNe..
pencipta nama group : yana,my twin
*tu pun accidently ter..bagi nama..masa nak bagi kad raya..tapi x tau nak tulis dari siapa..jadi tulislah geng seni fNe..lama2x..kawan2x sekelas pun gelar group kiteorang cam ni
sebab nama dipilih:
sukageng kitaorang minat seni..and such creatif art..
*cakap je apa sahaja contest kat sekolah pasal benda2x kreatif..mesti kiteorang dengan rela hatinya join..together..
sukafNe dipilih sebab ada makna tersembunyi gitu..
sukaf-FRIENDSHIP
sukaN-NEVER
sukae-END
*the reason why the capital of N hurup besar other than the tho words sebab N maknanya tak akan a.k.a never..ceh..wah..so,its mean persahabatan takkan pernah berakhir..

comon characteristic antara ahli : semua pakai cermin mata..except chui fang..

ahli GENG SENI fNe :* ROLL DRUM PLEASE!!..TADA..


pic ni diambil masa study group chemistry kat taman..tu yang siap pegang buku tu.tapi handset tetap x boleh tinggal..

yong xue qin a.k.a jie ting (yang comey pakai shirt biru tu..)

seorang yang sangat friendly..even kalau korang jumpe for the first time pun..korang akan mudah to be her friend..tak percaya boleh add kat fb..he..he..jangan marah jie ting..
yong ni seorang yang sangat teratur..efisien..efisien..pernah satu hari tu alia cari exam papers kat fail alia yang bersepah dengan macam2x...jadah entah...nervous x jumpe2x.. pastu legaa..jumpa..tu pun yong yang tolong cari ..ish,,ish..terok betul aku kan...yong siap ajar lagi cara susun kertas dalam fail..supaya tak ulang lagi kes ni..

puteri nurdiyana..(yang pakai shirt kuning tu..)

dalam banyak2x ahli geng seni ni,dia yang paling berani.tapi x lah sampai tahap pecahkan kaca dengan kepalatuzkicrazyrabbitemohe..he.. oleh kerana itu...dia jugalah yang selalu tolong tanya cikgu kalau aku x paham..patutnye aku yang tanya eak..maklumlah pemalu..puteri ni seorang yang agak cerewet sikit..tapi cerewet yang baik lah..even kalau nak tulis nama dia pun biar betul..jangan tertinggal 'a ' sekalipun kalau takgurau jerk..


Tan chui fang a.k.a cf
cf ni pun pemalu macam aku..tapi x lah sampai suruh orang lain tanya cikgu kalau tak dia x paham..cf ni memang peminat k pop..lagi-lagi si shin woo SJ tu..kalau kat kelas x ada cikgu,sometime kiteorang curi-curi baca magazine e-pop..alamak kantoi!!!whitebunnyemoticon tapi yang paling penting..cf ni sanggaatttt..penyabar..walaupun alia x pham seribu kali belajar add math..dia ajar juga tanpa mengeluh pun..pelik la...kalau alia tak ada maknanya buat cam tu..he..he..sory to say!!bye!!

deqna a.k.a lidi sate..eh..silap gurau je deqna..jangan marah..

si deqna ni banyak tolong lia masa sek dulu..kalau pergi study group dialah yang selalu tumpangkan kiteorang (twin).tq deqna!!!muah.. deqna ni macam2x pandai..pandai zapin,bola jaring'bola baling semuanyalah..maklumlah..ada kaki panjang..he..he..tapi tak reti bawak motor..agaknya sebab dah kena badi geng ni kot...ceh!!

oklah tu je nak kongsi cerita pasal kawan-kawan lia..Last sekali,

i want to tell them..I LOVE U ALL!!


wassalam


Wednesday, 22 February 2012

Tudung Saji, Pembungkus Roti & Beg Plastik Mydin


alt

Artikel ini ditulis atas rasa kasih sayang yang mendalam terhadap kalian, insan yang pernah kukenal atau tidak pernah kenal tetapi disatukan atas nama ISLAM.

Tersebut alkisah di sebuah negeri jauh di pedalaman yang jarang ditembusi para pendakwah melainkan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan. Seorang makcik bertanya pada salah seorang ustaz usai tazkirah Maghribnya.

''Ustaz, apa hukum memakai tudung?''

Jawab si ustaz dengan penuh yakin,

''Tak Wajib!''

Mak cik tersebut tidak mengalah, diajukan pula soalan kedua.

''Apa pula hukum memakai baju?"

Dengan penuh yakin lagi sekali dan dinyaringkan sedikit suaranya,

''Tak Wajib!''

Mak cik tersebut mula menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengerutkan dahinya yang sudah tersedia kedut. Ustaz tersebut mula berdehem dan bersuara.

''Mak cik, dalam Islam, kewajipan menutup aurat Islam tidaklah terlalu rigid dalam menetapkan jenis dan bentuk pakaian yang wajib dipakai tetapi Islam meletakkan beberapa garis panduan agar Islam ini dilihat fleksibel, sesuai sepanjang zaman dan tempat. Kalaulah tudung saji, pembungkus roti , dan plastik Mydin Satu Malaysia boleh digunakan untuk menutup aurat, maka hukumnya Harus digunakan , malah boleh jatuh hukum Wajib dalam keadaan darurat jika hanya 'pakaian-pakaian' tersebut yang boleh digunakan untuk menutup aurat.''

Terkebil-kebil mak cik tersebut mendengar syarahan ustaz tersebut. Masuk kampung setahun sekali, sempat lagi nak beranalogi dan melawak dengan aku, bisik hati kecil mak cik tersebut.

MENUTUP AURAT BUKAN RUKUN IMAN & ISLAM

Membicarakan tentang dalil penutupan aurat bukan menjadi perkara pokok perbincangan kerana saya percaya kita sudah maklum akannya.

Tetapi yang perlu diperjelas dan diperbetulkan adalah kekeliruan dan salah faham yang berlaku dalam tuntutan dan perintah menutup aurat.

Ramai yang berkata, saya sudah menunaikan lima (5) rukun Islam dan enam (6) rukun Iman dan menutup aurat tidak pula disebutkan sebagai satu rukun daripadanya.

Jom kita fikir menggunakan akal yang logik. Jika anda hendak membina sebuah rumah untuk didiami adakah memadai dengan hanya memacakkan tiangnya sahaja?

Atau anda mahu mereka bentuk sebuah rumah yang terbaik demi keselesaan anda dan kelurga anda. Tak cukup dengan kipas angin ditambah pula dengan air-cond. Tak cukup dengan TV3, ditambah pula kuali Astro.

Begitulah perumpamaannya dengan tuntutan menutup aurat. Rukun-rukun tersebut merupakan tiangnya. Daripada wujudnya tiang, akan ditambah pula tingkap, tangga dan bilik-bilik.

Jika dilihat dengan lebih dalam lagi, bagaimana ibadah solat dan haji juga menuntut untuk kita menutup aurat sebagai salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah-ibadah tersebut.

Tak rasa pelik dan janggalkah apabila melakukan solat, menunaikan haji dan umrah sahaja kita berpakaian sempurna tapi usai sahaja ibadah tersebut kita menanggalkan pakaian kehormatan yang menutup aurat tersebut.

''MAAF SAYA JAHIL SAYA TIDAK TAHU"

- Ini mungkin jawapan yang akan diberi oleh sesetengah daripada kita, tetapi tanyalah hati kecil kita. Benarkah dengan kecanggihan teknologi hujung jari dan kemudahan akses internet dikebanyakan tempat kita layak dikategorikan sebagai jahil? -

Hakikatnya kita selalu berdolak dalik dalam memberikan alasan untuk berubah. Mungkin juga takut dikatakan menongkah arus.

Kalaulah kita sedar bermula dengan diri kita sendiri, kemudian menyedarkan kelurga kita, kemudian kita menyedarkan pula sahabat-sahabat taman perumahan kita, kemudian sahabat-sahabat teman sepengajian kita, maka alangkah hebatnya.

Sudah tentu gelombang dan seruan kebaikan tersebut akan makin berkembang dan berkembang sehingga fenomena dan situasi ini tidak lagi dilihat sebagai menongkah arus.

''SAYA LELAKILAH, PEREMPUAN YANG SELALU TAK JAGA AURAT NI''

Walaupun anda LELAKI,

Anda seorang abang, maka tugas dan tanggungjawab menjaga adik-adik perempuan anda..

Anda seorang anak, maka tugas dan tanggungjawab menjaga ibu anda..

Anda seorang suami, maka tugas dan tanggungjawab menjaga isteri anda..

Anda seorang ayah, maka tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak perempuan anda..

Anda seorang majikan, maka tugas dan tanggungjawab menjaga pekerja-pekerja anda..

Anda seorang ketua negara, maka tugas dan tanggungjawab menjaga rakyat anda..

Dan yang paling PENTING, anda juga seorang individu MUSLIM, maka mulakan dengan menjaga diri anda sendiri. Kelihatan aurat seorang lelaki tidaklah begitu payah dan susah untuk dijaga tetapi sekali sekala terkandas dan terbabas juga apabila keluar bermain futsal dan bermandi manda di sungai.

RAMADAN BULAN TRANSFORMASI

''Semua orang memerhatikan dengan pandangan yang pelik apabila saya mengubah cara pemakaian saya''

Anda tahu kenapa semua orang memerhatikan anda? Ya, kerana anda kelihatan hebat dan elegan sekali kerana cuba untuk berubah.

Ayuh sahabat-sahabat..

Mari kita mulakan langkah pertama kita dibulan Ramadhan, bulan transformasi. Moga dengan keberkatan bulan yang penuh mulia ini, DIA akan bantu kita untuk sama-sama berubah menjadi hamba-NYA yang lebih baik!

artikal ni ditulis oleh:saudari Nur Al Farhain binti Kamaruzaman

alia sekadar kongsikan sahaja...

#bagi alia,wanita bertudung itu cantik..apabila kita bertudung dengan ikhlas,secara automatik..ahlak kita menjadi indah..seindah tudung yang memelihara kita dari perkara mazmumah.

wassalam...*spread and share..