Friday, 14 December 2012

result pspm dah keluar!!


lamanye tak update blog!!! kawan-kawan macam mana sihat tak?? (ceh, dah macam rancagan kanak-kanak pulak dah..)
hari ni alia nak update pasal result pspm yang baru jer keluar 11/12 lepas..Alhamdulillah..pointer first semester ni jauh labih better dari result ups dulu..3.50..alia dah sangat bersyukur dengan apa yang alia dapat..terima kasih ya Allah..:) Yang lebih menggembirakan lagi,,my twin,yana dapat 3.92..fuh..hebaq..hebaq..(dalam hati jelous he,he,,)..Gembira sangat bila dapat buat ibu dan ayah happy..

Bila ada kesempatan nak menulis ni..alia nak ucapkan tahniah kat sahabat2x alia..roomate..classmate n semua budak-budak kmj lah yang berjaya dapat 4 flat serta berjaya teruskn pengajian..i'm happy for you
Tapi pada yang tak capai target..jangan stress-stress..mungkin ada hikmah yang tersembunyi..Allah maha bijaksana lagi maha mengetahui :) BELIEVE TO ALLAH!!

buat classmate alia,nasuha hamdan...masih ada peluang..this sem, tunjukkan suha punya auummmm...(janganlah suha terbaca belog ni,he,,,he,)betul kata parents suha,setiap orang rezeki masing-masing..mungkin rezeki suha melimpah ruah masa kat U nanti.just see..Inshaallah..



oklah.setakat ni jer coretan alia..kalau bosan sorry..sebelumtu..alia nak ucap thanks bangat kat afikah aka pika sebab bagi pinam broadbandmu..kalau tak,tak ade posting barulh nampaknye kan..

okylah korang bye..wish me luck for the next ups..
wassalam..:)


Photobucket

Friday, 24 August 2012

3 bulan di kmj


eksitednye..nak menaip setelah sekian lama pencen he..he..bukan ape sejak masuk matrik ni,sibuk sesangat..alhamdulillah,alia dapat modul2 iaitu subjek fizik,kimia,sains komputer dan matematik...mula-mula masa dapat tahu dapat modul 2 memang sedih sangat..sebab awal-awal aim masuk matrik memang kat kepala ni nak ambil subjek bio..sekali dapatnye fizik..tapi alia memang dapat jangka pon alia akan dapat fizik based on my result:(

tapi takpe-takpe...mungkin ada hikmahnye..Allah maha mengetahui..lagi maha bijaksana..bila lama-lama dah belajar fizik..wujudlah rasa cinta terhadap fizik..u see!!Allah maha mengetahui..baru-baru ni kami warga pelajar matrik baruje lepas exam UPS..harap-harap result baik..amin~

alia nak share lah pic-pic kat matrik (dilarang sama sekali mengsave,copy,paste,cut,download pic ni..haram!! hak milik terpelihara!!)




kami twin^__^



makanan harian..jimat duit..



mangkuk pink tu alia punye..x cabut tanda harga lagi..he..he..


tasya dan izzati afiqah..roommate yana..


smile!!! chemistry lab dengan partner deqna^__^



sue,tasya,yana dan pika




kami lagi..

roomate alia yang the best..
dari kiri: ika,zul alia ,farahin..


ika ambil fizik,zul ambil bio,farahin pulak ambil akaun..cukup 5 recah 5 rasa dalam satu bilik kteorang he.he..



mase ni lepas outing time puasa haritu..nampak tak beg shopping sebelah tu..he..he..



ni pulak praktikum alia,MD20 yang gila-gila:) bersama akak faci..





ok tu je nak share..wassalam..




Photobucket

Salam lebaran

salam lebaran



ASSALAMUALAIKUM!!!!
lame x jumpe...lame jugak tak berbloging...he..he..mesti bosan kan hari2x ngadap cerita yang sama je kat blog ni..ke x de sesiape yang bertandang ke blog buruks ni..he..he..yang sudi membaca artikel2x dan storymory dalam blog ni thanks sesangat..saya sayang anda!!!

ok..ok..sekarang ni mesti semua tengah sebok beraya sakan kan??
apa-apa pon..alia nak ucapkan selamat hari rayaa...salam lebaran..salam aidilfitri..dan semua adikberadiknya..kepada kawan-kawan fneku yang always the best..tq sangat-sangat..sebab hantar text ucapan raya kat alia..mintak maaf lah kalau tak sempat nak replay..tahun ni memang dah beli kad raya untuk korang tapi adikku yang sengal tu tak bagi kat korang pulak..nge~SABAWJELA..



oklah..kejap lagi kawan baik alia nak datang beraya..seronoknye....
^______________^
alia tutup laptop dulu ea..bye.bye..selamat hari raya..maaf zahir dan batin...
wassalam..

nota kaki***sedih kawan saya chui fang x dapat balik..:'(
Photobucket

Friday, 1 June 2012

Kisah di Sebalik Gempa Bumi di Tasik Malaya dan di Padang Sumatra


Organisasi Buya Alvis (seorang aktivis dari Front Pembela Islam (FPI) ) telah menghantar sebuah pasukan pembantu kepada mangsa gempa bumi Tasik Malaya.Kita semua maklum pada 2 September 2009, sebuah gempa bumi pada 7.3 skala Ritcher telah melanda sebuah tempat bernama Tasik Malaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.


Setelah berlaku gempa tersebut, FPI menghantar pasukan untuk membantu proses dan kerja2 menyelamat serta pembinaan semula kawasan terbabit serta membantu mangsa2 Tasik Malaya tersebut.

Buya Alvis seterusnya bertanya mengapa Tasik Malaya dan Padang? Dalam satu wawancara di stesen TV Indonesia (Stesen Trans TV), seorang pakar seismologist memberitahu bahawa kawasan yang dijangka berlaku gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Menurut pakar itu, boleh dikatakan semua pengkaji di Indonesia menyatakan bahawa Jakarta akan menjadi tempat kedua kejadian gempa berlaku selepas Tsunami Acheh.

Seterusnya, berlakunya gempa di Tasik Malaya dan Padang benar-benar MEMBINGUNGKAN para pengkaji gempa di Indonesia, dan pakar itu berkata kejadian gempa ini adalah benar-benar kejadian yang menurut kehendak kuasa yang Maha Besar.

Kesah di Tasek Malaya

Buya Alvis menyambung lagi, setelah berada beberapa hari di Tasik Malaya, di tempat kejadian gempa berlaku, barulah Buya Alvis mengetahui mengapa gempa tersebut berlaku. Hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dalam gempa tersebut diduduki oleh para pengikut Ahmadiyyah/Qadyani.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan yang menjadi mangsa gempa Tasik Malaya melibatkan kampung2 dan penempatan2 pengikut2 Qadyani/Ahmadiyyah. Amat sedikit kawasan Ahlus Sunnah yang musnah akibat gempa tersebut.


Buya Alvis menyambung, protes dan usaha ke arah memaksa kerajaan Indonesia mengambil tindakan ke atas pengikut2 dan ajaran2 Qadyani di Indonesia telah dilakukan oleh Muhammadiyya dan FPI ke tahap maksimum. Sebelum pemilu MPR baru2 ini, satu demonstrasi besar2 an telah dilakukan menuntut kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas ke atas ajaran Ahmadiyyah di Indonesia.

Namun tuntutan gerakan Islam itu tidak diambil kesah pemerintah Indonesia sama sekali. Malahan, terdapat pengikut Jaringan Islam Liberal di bawah naungan Gus Dur memperlekehkan usaha FPI/Muhammadiyyah ini.

Buya Alvis berkata lagi, akhirnya mereka terpaksa mengadu kepada Kerajaan di langit bagi mengharapkan tindakan tegas ke atas ajaran sesat dan syirik ini. Dan Kerajaan di Langit akhirnya menghantar penguatkuasaanNya dalam bentuk Gempa Bumi berskala Richter 7.3 di tengah2 kawasan Ahmadiyyah/Qadyani ini.

Alhamdulillah, selepas trajedi ini, hampir 1500 pengikut Qadyani berjaya diislamkan oleh FPI. Itu tidak termasuk usaha dari kumpulan2 pembantu yang lain di Tasik Malaya.

Kesah di Padang

Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut.

Menurut khabar muttawateer dari hampir ke semua yang ditanya, beberapa ketika sebelum berlaku gempa, tiba-tiba muncul sepasang mata di langit yang boleh dilihat oleh semua orang2 di kampong tersebut.

Sejurus melihat sepasang mata tersebut menyebabkan orang2 di kampong tersebut merasa takut dan mengunci diri mereka dalam rumah2 mereka. Sejurus orang2 kampung mengunci diri mereka, maka berlakulah gempa yang amat dahsyat.


Mereka yang terselemat memberitahu seolah-olah mereka berada di atas kapal di tengah2 badai yang melanggar, walaupun mereka duduk atas darat.


Mengapa Tidak Jakarta?

Keseluruhan mereka yang ahli dalam gempa di Indonesia memberitahu bahawa Bandar yang akan dilanda gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Namun, sehingga hari ini Jakarta masih tenang.

Sedangkan pusat maksiat terbesar di Indonesia adalah Jakarta berbanding bandar2 lain. Menurut Buya Alvis, walaupun wujud maksiat terbesar di Jakarta, namun kedapatan juga para ulama yang menjalankan usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar dan yang paling besar di Indonesia adalah di Jakarta.

Ulama2 yang besar2 dan usaha dakwah yang terbesar di Indonesia adalah di Jakarta yang mana inilah faktor menyebabkan Allah SWT menangguh adanya gempa di Jakarta. Buya Alvis berkata kalau pada satu hari nanti, ulama2 besar ini mengambil sikap tidak lagi mahu berdakwah dan melakukan kerja nahi mungkar dan menyerahkan kepada Allah SWT, pada hari itu beliau yakin Gempa yang ditahan oleh Allah SWT selama ini akan berlaku di Jakarta.

wassalam..

Photobucket

Sunday, 27 May 2012

kita bagaikan anak kucing



Dalam ulitan mimpi, aku dikejutkan dengan bunyi nyalakan anjing yang begitu kuat diselangi dengan pekikan halus anak kucing yang penuh derita. Ahh..ini semua nyata mengganggu tidurku. Kulihat jam dinding tepat menunjukkan jam 4 pagi. Berbalik pada nyalakan anjing yang begitu mengganggu tidurku. Semakin galak ia menyalak dan semakin kuat juga bunyi si kucing mengiau. Lantas aku bangkit dari katil ku menuju jendela.

Masya Allah… Apa yang aku lihat benar-benar menyayat hati ku. Dua ekor anjing besar (agaknya tengah kelaparan) cuba menggigit seekor anak kucing yang nyata sekali bukan lawannya. Ku lihat anak kucing itu benar-benar berusaha mempertahankan dirinya. Pekikan halusnya benar-benar menyentuh jiwa ku. Aku hanya berdiri di jendela ku. Hendak ku turun ke laman, nanti tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa gigitan anjing durjana tu. Apa yang aku lakukan untuk menyelamatkan si anak kucing yang cuba mempertahankan dirinnya itu? Berdiri, melihat dan mendengar anak kucing itu memekik penuh derita sahaja…

Tanpa ku sedari air mata ku mengalir membasahi pipi ku… Sedih… Aku tidak cuba untuk menyelamatkan anak kucing malang itu. Hatiku bagaikan tersentak. Aku insaf melihatkan bagaimana tubuhnya yang kecil itu cuba melawan binatang yang mengganas. Kaki kecilnya yang tak berdaya cuba untuk mencakar-cakar anjing-anjing jahanam itu. Tanpa rasa belas ku lihat, kedua-dua ekor anjing gila itu cuba memamah tubuh kecil yang memberontak mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa keganasan anjing-anjing durjana itu. Innalillahi innalillahi roji`un… suara pekikan anak kucing itu semakin lemah dan akhirnya senyap. Salakan anjing ganas itu juga tidak kedengaran lagi. Anjing-anjing ganas itu tadi menolak-menolak tubuh si anak kucing.

Anak kucing itu tidak bergerak lagi. Astaghfirullah, ya Allah… ampunilah dosaku… Adakah rasa keinsafan ku ini hanya sementara?...

……………………………



Melihat peristiwa yang menyayat hati di depan mata ku sendiri, membuatkan aku mula berfikir… adakah ini sebenarnya yang kita lakukan… Maksudku… dalam kita bergembira dan menikmati hidup dengan sempurna dengan izin Allah, saudara-saudara seIslam kita di tempat lain berjuang nyawa mempertahankan kesucian Islam. Dan juga dalam masa yang sama kita di sini yang mengaku Islam tanpa disedari melelong kesucian Islam. Nauzibillah Minzalik…

Banyak juga yang aku fikirkan. Sahabatku, cubalah fikir sejenak... Kenapa kita umat Islam diibaratkan seperti anak kucing yang kecil, tidak bermaya, kesorangan dan hanya mampu memekik sahaja. Sedangkan Yahudi (terutamanya) dan orang kafir umpama anjing besar yang kelaparan. Fikirlah sejenak, adakah kita umat islam di sini, seperti aku yang hanya berdiri menyaksikan penderitaan anak kucing itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu mengasihani sahaja… dan membiarkan sahaja kegilaan anjing-anjing itu berleluasa.

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami;ampuni kami;dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir”. (Al-Baqarah : 284-286)

wassalam..

creadit : lukman khairi


Photobucket

Thursday, 24 May 2012

KMJ aku datang!!





sihat tak semua?? untuk pengetahuan semua follower awesomeku..*cehwah! tak lama lagi ,alia akan sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor..


nampaknye makin buzzylah untuk update entri..dan bersarang serta berhaboklah belog ni tak lama lagi..Apapun,insyaallah..selagi terdaya alia akan teruskan share artikal-artikal menarik serta diari alia selagi ada kelapangan masa..

Apapun..alia nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas jasa..bakti..pengorbanan..ihsan..dari cikgu2x lia..cikgu-cikgu S.K LENGA, S.M.K LENGA, dan S.A. LENGA,tak dilupakan tabika kemasku..hi..hi..begitu juga dengan ibu dengan ayah yang selalu doakan kakak..hanya Allah dapat mambalasnya..


maaf..hanya ada pic SMK LENGA je..tu pon amik kat facebook cikgu..hi..hi..



pic mase kat ICT..hu..hu..

tolong doakan alia yup!!lagi satu alia nak bagi tau,lia terpaksa tolak tawaran ke UPM course kejuruteraan pertanian..apa tak nya alia duduk Johor , nak belajar kat serawak..WALAWEI!! sedih memang sedih..sebab alia memang minat sangat bidang tu..lagipun,dah lama dah alia berangan-angan nak masuk upm.tapi nak buat macam mana..mungkin ada hikmah disebalik ni kan..



tolong comment sikit..bagi semangat..hi.hi..wassalam..



Photobucket

Monday, 14 May 2012

. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya.."

selamat malam kawanII..harap-harap semua sihat-sihat belaka..malam ni alia nak kongsi satu kisah benar yang berlaku di sandakan ..harap ambil pengajaran dari kisah ini..enjoy your reading..jangan lupa klik share ye..

sebelum tu.alia nak ucapkan selamat hari ibu..
^_________________________^





> > pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
> > berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan
> > kepala.
> >
> >
> > Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya
> > di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah
> > mereka.
> >
> >
> > " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
> > " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak >> dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
> >
> >
> > " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,"
> > jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
> >
> >
> >
> > " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung
> > Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
> > lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang
> > tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
> >
> >
> > " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita
> > lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
> >
> >
> > Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam
> > adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur
> > belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama
> > kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia
> > dan sakit pula enggan memberikannya wang.
> >
> >
> > " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
> >
> >
> > " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,
> > perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah
> > bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
> >
> >
> > " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
> > kata gadis itu.
> >
> >
> > " Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
> >
> >
> > " RM 20 aja !" si gadis berkata.
> >
> >
> > " Tak ada ," jawab ibunya.
> >
> >
> > " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
> >
> >
> > " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
> > tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar! "
> >
> >
> > " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
> > kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi
> > kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
> >
> >
> > Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya
> > ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya
> > perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
> >
> >
> > Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
> > Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
> > di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana
> > sunyi sepi.
> >
> >
> > Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
> > terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke
> > pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
> >
> >
> > Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
> > tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
> > jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang
> > bekerja di luar.
> >
> >
> > Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
> > 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya
> > nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
> > terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
> > Bantu.
> >
> >
> > " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta
> > jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
> > kubur."
> >
> >
> > Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut
> > jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat
> > mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
> >
> >
> > Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam
> > lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
> > tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si
> > gadis mula cemas.
> >
> >
> > " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
> >
> >
> > " Apa pasal," Si ayah bertanya.
> >
> >
> > " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian
> > cemas.
> >
> >
> > Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang
> > demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
> >
> >
> > " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak
> > naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
> >
> >
> > Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
> > tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk
> > menariknya keluar, juga tidak berhasil.
> > " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis
> > memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
> >
> >
> > Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
> > menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap
> > terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
> >
> >
> > " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata
> > si gadis sambil meratap.
> > " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ,
> > ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
> > mengeluarkan anaknya itu.
> > Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi
> > tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
> >
> >
> > " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis .
> > Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
> > boleh di empang lagi.
> >
> >
> > " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida
> > menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil
> > memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
> >
> >
> > Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di
> > tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
> > Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu
> > lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
> > perlu di kambus.
> >
> >
> > " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat
> > lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam
> > mana ?
> > " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
> >
> >
> > "Habis anak saya ?" tanya si bapa.
> >
> >
> > " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali,
> > mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
> >
> >
> > Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara
> > pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
> > Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
> > menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
> >
> >
> > Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
> > talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
> > meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang
> > ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
> >
> >
> > " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
> > sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
> > Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
> >
> >
> > " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang
> > motosikal masing-masing menuju ke kubur.
> >
> >
> > Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah
> > kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju
> > kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai
> > yang sedang bersesak-sesak.
> >
> >
> > Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan
> > paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
> > depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
> > meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
> > kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
> >
> >
> > Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
> > berkenaan adalah kenalan saya.
> > " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan
> > saya memanggilnya mengangkat tangan.
> >
> >
> > " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia
> > datang ke arah saya.
> >
> >
> > " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
> > perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan
> > kanan khuatir ada orang yang tahu.
> >
> >
> > " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.
> > Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah,
> > saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie
> > seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya
> > berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak
> > sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
> >
> >
> > selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai
> > ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
> > polis memerhatikan kedatangan saya.
> >
> >
> > Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu
> > supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
> > berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan
> > bibirnya ke arah sebuah kubur.
> >
> >
> > Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
> > lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
> > teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
> > merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
> > emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."
> >
> >
> > Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata
> > yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
> > arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
> > saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
> >
> >
> > saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
> > Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
> > menyelamatkan gadis berkenaan.
> >
> >
> > " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
> > menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
> > tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
> > terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
> >
> >
> > Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka ,
> > cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.
> >
> >
> > Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama,
> > dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
> >
> >
> > Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja
> > kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
> > mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran
> > lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya
> > Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
> >
> >
> > Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
> > adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi
> > seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.
> >
> >
> > Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan
> > itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
> > kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar > > berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu
> > bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu
> > terpaksa di tolak.
> >
> >
> > Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak
> > tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara
> > dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan
> > malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya
> > terngiang-ngiang di telinga.
> >
> >
> > Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun
> > minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya
> > masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah
> > di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat
> > besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
> >
> >
> > Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di
> > beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
> > menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
> >
> >
> > Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
> > mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
> > tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
> > bercerita.
> >
> >
> > Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
> > meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
> > kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin
> > juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
> > sangat dengan apa yang di lakukannya.
> >
> >
> > Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
> > barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di
> > sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
> >
> >
> > Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
> > melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
> > derhaka.
ingatlah anak-anak semua..siapalah kita tanpa ummi,ibu,mama,mammi,mak,bonda..

wassalam..jangan lupa share..

Photobucket

Tuesday, 8 May 2012

Temuduga Terbuka: buat semua..(SEBAGAI CALON JENAZAH)


(gambar ni menakutkan...)

TEMUDUGA TERBUKA : buat semua
Message: SEBAGAI CALON JENAZAH
· Admin on 08/05/2012 23:43

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.



Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Photobucket

Monday, 30 April 2012

cintan-canton



Photobucket
cute kan pic ani.gif kat atas tu..okey entry kali ni memang kane mengena ngan pic tu..tapi bukan gosip kpop ea~..it is about love..yea~ semua orang suka cintan canton,tapi perlu ada batasnya..

untuk menarikkan lagi entri kali ni , jom baca komik ringkas + padat + informatif kat bawah ni..

enjoy..







At the end of the story..tak yah couple..buka mata hati beso-beso.. and accept this advice..

wassalam..selamat beramal!!

*untuk tumbesaran open link in new tab pada pic yg korang nak tengok..-nota kaki-
Photobucket