Tuesday, 6 December 2011

AKIBAT SUNTIKAN LEMAK B**I!!

ASSALAMUALAIKUM..

Ari nie twinz nak share pasal suntikan botox..nie kisah betul aw..apepon kowang bacelah dlu artikel nie ye..

KUALA LUMPUR: Wartawan Metro Ahad berjaya menemubual seorang lelaki lembut yang pernah menjadi pelanggan tetap operasi haram suntikan botox di sebuah hotel tiga bintang di sini.
Pelik tapi benar apabila pondan itu yang mahu dikenali sebagai Azri, 26, berdepan keadaan menyeksakan apabila bukan saja terpaksa menahan sakit tetapi pada masa tertentu dia menyondol-nyondol dan mendengus seperti babi.

“Rupa-rupanya botox yang disuntik ke wajah saya menggunakan ramuan lemak babi. Saya buat pemeriksaan lanjut dan botox itu disahkan mengandungi lemak babi.
“Lebih mengejutkan, rakan bukan Islam yang pernah menggunakan khidmat doktor sama mendakwa, ada kemungkinan botox itu diselitkan sihir tertentu supaya penggunanya memiliki cantik ‘luar biasa’,” katanya ketika ditemui Metro Ahad baru-baru ini.
Menurut Azri, sejak menggunakan botox itu, dia mengakui bukan saja mempunyai perwatakan mirip babi, tetapi suka menjeling dan sering berasa dirinya cantik.
Katanya, bukan saja dia berperwatakan seperti babi, wajahnya kadangkala bengkak dan berasa sakit seolah-olah disiat.
“Saya juga perlu kerap memicit hidung yang disuntik botox supaya tidak kembang yang sebenarnya membuatkan wajah saya lebih hodoh,” katanya yang menganggap kesengsaraan itu sukar digambarkan dengan perkataan.
Katanya, dia mula menyedari ada yang tidak kena dengan penggunaan botox itu selepas menderita penyakit ganjil yang didakwa disihir seseorang, dipercayai kenalan di kalangan pondan, kerana cemburu dan hasad dengki.
“Ketika menderita akibat disihir awal tahun lalu, saya mula menyedari kelakuan berubah setiap kali bertemu pakar agama atau ustaz untuk berubat.
“Beberapa ustaz yang ditemui mendakwa, ketika berubat, tingkah laku saya bertukar seolah-olah seekor babi dan menyondol-nyondol tanpa saya sedari.
“Mulanya saya menyangka mungkin ilmu sihir dituju kepada saya mempunyai unsur babi, namun ustaz yang ditemui menyangkal dakwaan saya,” katanya yang susut 20 kilogram sepanjang tempoh sembilan bulan selepas menyuntik botox itu di wajahnya.
Azrul yang kini insaf dengan perbuatannya terpaksa berterus terang bahawa dia kemaruk botox demi memastikan wajahnya cantik seperti artis wanita.
“Ustaz yang mengubati saya meminta saya bertaubat dan segera membuang botox di wajah untuk sembuh. Ketika itu terdetik di hati untuk bertemu individu yang lebih arif mengenai botox yang disuntik pada dagu dan hidung saya.
“Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu cecair suntikan itu mengandungi lemak babi bagi memberi kesan segera. Ketika itu timbul penyesalan dan ketakutan pada diri saya.
“Rupa-rupanya perwatakan mirip babi berlaku disebabkan kealpaan sendiri yang taksub untuk mengubah wajah,” katanya.
Menceritakan pengalamannya mendapatkan suntikan botox, kata Azri, ia dilakukan seorang wanita yang mendakwa doktor dan pakar botox di sebuah hotel di ibu kota.
“Rakan mendakwa, individu yang menyediakan khidmat itu adalah doktor. Ketika berjumpa doktor itu, saya diberi pilihan sama ada ingin melakukan suntikan jarum pendek (murah) atau panjang (mahal).
“Ia berbeza daripada segi kandungan botox diberi, sama ada ia tahan lama atau tidak. Saya memilih suntikan jarum pendek kerana murah dan melakukannya berulang kali sehingga berhabis ribuan ringgit,” katanya.
Dia melakukan suntikan ketika masih bergelumang dengan dunia pondan dan mahu dirinya kelihatan cantik dengan melakukan sedikit perubahan pada wajah.
“Di kalangan pondan, melakukan suntikan botox adalah perkara normal, kami sering lakukannya kerana ingin kelihatan cantik seperti wanita.
“Soal kandungan botox yang kami terima, sama ada halal atau haram, bukan persoalan. Yang penting bagi saya, kepuasan untuk kelihatan cantik tetapi inilah padah yang saya terima,” katanya.
Kini, selepas sembuh daripada gangguan sihir, Azri meninggalkan dunia pondan dan kembali menjadi lelaki normal.
Katanya, dia sedar perbuatannya merugikan dan berdosa besar kerana bahan suntikan botox itu mengandungi lemak babi yang haram di sisi agama.
“Saya tenang ketika ini, saya terima diri saya seadanya dan tidak mahu berlagak seperti wanita lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu terjerumus dengan dunia pondan yang sia-sia dan tiada masa depan selain mengejar keseronokan semata-mata,” katanya.



MORAL OF THE STORY: x pe klau kte x cantik..umm..tul ke 2??twinz pcaya stiap org ada kcantikan sendiri..cme mungkin kita shje yang blum bljar utk b'syukur..biar hati kte sweet cam twinz lolipop kat atas 2..
bye!!salam fne..

Friday, 2 December 2011

YEULKKK,JANGAN JILAT!!

salam fne..

penah tngok x citer dulu2 cam cte P.Ramlee..ada adegan menjilat stem kalau nak post surat..(posto..posto..) Mungkin kte x heran sangatlah pasal 2 kan..tapi korang tau x ape akibatnya???cube korang bce artikel kat bawah nie...


bodycontact telah menulis “Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

aduhai..!sungguh x kusangka!! ok..hopefully korang suke ngan artikel nie..

sumber:http://asriwn86.wordpress.com/

wokey bye..wassalam..